Showing posts with label contest gadget impian. Show all posts
Showing posts with label contest gadget impian. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Hadiah Dari Seoul

Hi Korang,

Last few weeks aku jarang dapat masuk office coz banyak sangat keje luar nak kena handle kan. Kira berabuk gak lah meja aku. Tup-tup hari jumaat hari tuh, aku tengok atas meja aku ada ni.

Fridge magnet dari Seoul

dan

Anting-anting dari Seoul gak.

Rupanya hadiah dari officemate aku. Dia baru je balik bercuti dari Seoul. Nothing to buy katanya so itu je yang dapat dia bagi as souvenir. Haruslah aku gembira kan, dapat hadiah free. Cuma anting-anting tu aku tak boleh pakai coz ada tanda salib kan.

Aku cakap dengan dia, anting-anting tu aku x leh pakai coz ada tanda salib kan. Trus dia said sorry coz dia memang tak perasan langsung dan dia pesan kalau tak boleh pakai buang je. Dia takut nanti jadi apa-apa susahkan aku plak kan.

Yelah hal cam nie tak leh nak bawak main kan. Isu sensitif tuh. Anyway thanks tau Natalie for such a lovely gift ni.

Anyway, korang dah vote aku blom? Kalau blom meh meh klik kat entry nie. Korang boleh komen, retweet dan like kat entry aku ni ek. Moga-moga dapatlah apa yang aku idamkan.

Thank you tau. 

NotaKaki:
This week may be entry aku agak simple2 sket coz aku tengah bekerja bersungguh2 kat tempat orang ni. Internet access very limited lah... Hope bebanyak lah bersabar ek... Banyak citer aku nak citer sebenarnya.


Saturday, November 19, 2011

Impianku Yang Belum Kesampaian

Hi Korang,

Rasanya semua orang ada impian kan, ermm aku pun begitu gak. Yelah nak laptop speed laju, IPad yang superb, telefon yang sangat smart dan pelbagai lagi la. 

Aku pun memang dah lama simpan hasrat di hati untuk memiliki gadget2 yang high tech ni. Yelah pegi memana semua orang akan get in touch with gadget diorg. Tak kira lah Ipad ke, smartphone ke, tablet ke ermm memacam lagi lah benda2 yang pelik2 tapi leh connect to internet. 

Yang aku idamkan ialah :

Blackberry Bold 9900

Ermm aku memang gilalah dengan Blackberry Bold ni. Memang dah terlalu simpan hasrat di hati ni. Aku kagum dengan functionnya walaupun mesti korang rasa alah sama je dengan smartphone yang lelain kan. but bagi aku tidak. Aku suka Blackberry Bold ni dia function BBM iaitu Blackberry Messanger. Majoriti kengkawan aku memang pakai Blackberry so bila nak comunicate, semuanya guna BBM. Itu yang aku sakit hati tuh kan. Selain dari tuh, dengan Blackberry Bold ni aku boleh check email on the spot dan juga leh update status kat facebook dan twitter


Sebenarnya bukan aku tak mampu nak beli Blackberry Bold ni. Tapi tiap-tiap bulan ada je halangan untuk aku memiliki smartphone ni. Budget memang ada but senantiasa ada je benda lain yang penting kena didahulukan. Lagipun Blackberry Bold bukan keperluan tapi more to kehendak, so kenalah take time untuk archieve

Sebab tu lah aku beria-ria nak join contest gadget impian dari denaihati.com ni, manalah tau boleh jadi top 10 kan. Kata orang usaha tu penting untuk tentukan kejayaan seseorang kan. Ayuh, mari korang vote aku dengan FB like, retweet dan klik google column kat atas entry ni ek. Mudah-mudahan kalau ada rezeki, memang jadi milik aku kan.

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak SitiRakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.