Showing posts with label ciklilyputihdotcom. Show all posts
Showing posts with label ciklilyputihdotcom. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

WHITTAKER’S CHOCOLATE Bloggers Party

Hi Korang,

Pepagi lagi kak lily dan Mr Big ke Starling Mall bagi Whittaker’s Chocolate Bloggers Party ni. 

Alah bukan party yang kaw-kaw pun lah, its actually mengenai Whittaker’s Chocolate yang merupakan coklat terbaik di dunia keluaran dari New Zealand.


Kalau korang nak tau, Coklat di Whittaker kesemua produknya di proses di satu-satunya kilangnya di Porirua, New Zealand dan ianya merupakan pengeluar utama satu-satunya coklat di New Zealand yang memastikan kualiti yang baik dari segi bahan dan cara pembuatannya.

kemain lagi memasing ek, hyper lepas makan coklat tau

Meh sini akak Lily kongsikan sejarah Whittaker’s chocolate ni ek.

Whittaker telah ditubuhkan lebih daripada 120 tahun yang lalu oleh J.H. Whittaker, dan kini diuruskan oleh Whittakers generasi ketiga, adik beradik Andrew dan Brian. Generasi akan datang Whittakers, abang dan kakak Matt dan Holly, bekerja dalam perniagaan masing-masing sebagai Ketua pasaran antarabangsa dan Pengurus pemasaran.

Kandungan coklat Whittaker kesemuanya berstatus Halal dan mempunyai pelbagai perisa yang terdapat pada in 200g Blocks, 50g Slabs, 50g Chunks and Mini Slabs. Jualan paling tinggi adalah perisa Almond Gold dan juga beberapa perisa lain seperti Creamy Milk Block, 72% Cocoa Dark Ghana, Dark Almond dan Dark Peppermint.

Coklat Whittaker buatan New Zealand, negara dipercayai jenama paling di minati oleh penggemar coklat dan ianya telah berkembang ke pasaran Asia, dan kini boleh didapati secara meluas di China, Asia Utara, dan Asia Tenggara.

Seperti biasa, sedikit kata-kata aluan daripada Mr Matt Whittaker, yang merupakan pewaris bagi generasi keempat coklat Whittaker’s ni. Kalau akak lily jadi dia mesti bangga sebangganya lah kan. Bisnes wariasan turun temurun lepas tuh terkenal satu dunia plak tuh. 

Humble je Matt Whittaker’s ni

marilah beli coklat saya, murah-murah dan sedap tau

“Our core focus on producing quality, world-class chocolate is why we think we have been voted New Zealand’s Most Trusted Brand for six years in a row,” kata Matt Whittaker. 

Yeah acara pun bermula.

baru dapat sampul dah happy, padahal huahauha

Ktorang ada ala-ala Whittaker’s scavenger hunt ni, kitaorang kena mengenal pasti coklat-coklat keluaran Whittaker’s yang terdapat di Jaya Grocer ni. Hah pening-pening nak matchkan jawapan ek. 

tengoklah memasing ek

penat lantai ni pekerja Jaya Grocer ni mop ek, diaorang siap standby untuk mop tau

ntah betul ke iddok Diya, kita submit jelah kan

Sekejap salah, sekejap betul. Kak Lily partner dengan blogger Diya Pink so gamatlah lagi kat lorong coklat tuh dek ketawa ktorang huahauhauha.

camno korang nak tembak, semua sama je kan hhehehe

Lepas 20 minit, ada lagi tugasan kedua pulak iaitu mengenai pasti jenis coklat dan namanya. Hah bab makan ni memang kak Lily terrer tapi nak kenal pasti rasa tuh yang payah sket. Mau 5-6 keping makan then baru dapat teka yang mana satu coklatnya heheehehe. Ini kelakar sebab yang mana tak abis makan, k lily suruh Mr Big makan so berkeping-kepinglah dia makan sampai kenyang.



Sementara nak tunggu keputusan, kami dapat saksikan demonstrasi masakan menggunakan coklat Whittaker’s ni dari Chef Faizah, eh orang kuat Whittaker’s ni tau. Leka gak di buatnya 



Ingatkan kami tak kena masak rupanya ada tugas lain lagi hehehe tapi bukan memasak lah cuma kena deco cupcakes dengan bahan-bahan yang diberikan. Hah mengekek-kekek ketawa memasing melihat hasil kerja sorang sorang, of courselah kak lily punye simple je janji boleh makan sudah.


Memang tak sangka betul team kak Lily dan Diya menang task yang Blind Test tuh, hahahaha tak sia-sia makan coklat berkeping-keping untuk pastikan rasa yang sebenar. Dapatlah coklat Whittaker’s yang sedap tuh sebeban, wah I love Whittaker’s 


Anyway, nak bagi korang ni yang Whittaker’s akan berkerjasama dengan Ben’s Independent Grocer yang terletak di Ikano Power Centre untuk memberikan secara PERCUMA iaitu mini Whittaker’s chocolate slab bagi setiap cawan kopi yang di beli. Promosi ini bermula dari 12th – 15th October, so first come first serve basis la ye.


Kalau ada rezeki, terjumpa korang kat memana dan kak lily bawak plak coklat Whittaker’s ni bolehlah bagi korang rasa ek








Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, November 30, 2015

Kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan Dari AVON

Hi Korang,


Baru-baru ini AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd hari ini telah melancarkan kempen 'Kecantikan Demi Satu Tujuan' , satu mesej penjenamaan global yang memfokuskan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan wakil AVON dan wanita seluruh dunia melalui kecantikan dan kebebasan kewangan. 

Majlis di adakan di Tanzini Restaurant G-TOWER sangat meriah dengan kehadiran orang-orang besar AVON tau. Aku pun of courselah happy dapat menjadi one of the guest ek.



'Beauty For A Purpose' atau Kecantikan Demi Satu Tujuan menyediakan suatu pelan rangka kerja yang menjurus kepada tiga fokus utama iaitu Menghasilkan barangan kecantikan berkualiti pada nilai terbaik; Peluang Pendapatan AVON; menyediakan platform kepada 6 jutaan wanita seluruh dunia berdikari mempunyai pendapatan sendiri sendiri dan meningkatkan tarat hidup keluarga ; serta jaringan hubungan antara wanita yang diperkasa menyokong serta memperkasa wanita lain.

Usaha penjenamaan baru ini akan dipergiatkan melalui pelbagai saluran kempen komunikasi yang direka untuk menyampaikan mesej keseluruhan mengenai AVON kepada pengguna dan wakil-wakilnya. 

Kempen ini juga akan disokong melalui pengiklanan dan dimanfaatkan melalui saluran digital dan media cetak. Kecantikan Demi Satu Tujuan merupakan suatu panduan visi jangka panjang AVON  yang berasaskan kepada sejarah AVON mengenai memperkasa wanita. Kebebasan kewangan merupakan pengerak utama dalam pemerkasaan wanita dan AVON telah menyediakan peluang menjana pendapatan kepada wanita lebih daripada 125 tahun.

Selain itu, komitmen AVON  kepada wanita adalah melalui usaha-usaha besar yang dilakukan untuk kempen barah payudara (Kiss Goodbye To Breast Cancer) dan keganasan domestik (Fight Against Breast Cancer). Usaha ini adalah untuk membantu wanita menjalani kehidupan yang lebih sihat, dan bebas daripada menjadi mangsa keganasan domestik. 


"Pada hari ini , soya ingin berkongsi rasa teruja dan bangga mengenai AVON dan juga usaha memperkuatkan lagi hubungan dengan penguna dan wakil-wakil AVON. Selain itu memperkenalkan kepada generasi baru wanita tentang jenama yang semua orang yakin dan suka", Menurut Aspalin Hj Sirat, Ketua Pemasaran Komersil AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd. 

Kecantikan Demi Satu Tujuan - suatu penceritaan mengenai AVON secara keseluruhan: menghasilkan barangan yang diingini wanita, peluang menjana pendapatan dan sokongan rangkaian yang boleh mengubah dunia. Melalui kempen ini, Avon meraikan kecemerlangan yang diperolehi oleh 6 juta Wakil Avon - rangkaian terbesar wanita dalam memperkasakan wanita disekeliling mereka melalui kecantikan. 



Menuju ke hadapan, AVON baru-baru ini telah melancarkan aplikasi di telefon pintar. Melalui saluran inL wakil-wakil AVON dan pengguna boleh mendapatkan brosur AVON; aplikasi yang membolehkan pengguna membeli dan wakil-wakil AVON menjual barangan. Aplikasi brosur ini direka untuk membantu wakil -wakil AVON mengembangkan serta menguruskan perniagaan selain untuk pengguna membeli barangan AVON kegemaran mereka.

di antara mereka yang berjaya dalam AVON, daripada meniaga kecil-kecilan hingga sekarang dah jadi stokis besar dah pun tau

lntegrasi Sepenuhnya di Peringkat Syarikat

Syarikat telah mensasarkan bahawa kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan ini akan diintegrasikan sepenuhnya dalam setiap aspek perniagaan termasuklah pencetakan brosur jualan yang diedarkan kepada pengguna. Syarikat juga telah melancarkan kempen ' Employee value Proposition melalui kempen Kecantikan Demi Satu Tujuan yang bertemakan "Inspiring Work. Empowering Women,". lni bertujuan menerapkan aspek pemerkasaan daripada perspektif dan pengalaman pekerjaan mereka. Melalui kempen ini AVON dapat memperkukuhkan lagi komitmennya untuk menyediakan skop kerja yang memenuhi keinginan dan kepuasan kepada pekerja untuk melakar hala tuju seterusnya.

produk terbaru AVON, fragrance mist.. ishkk tak sabar nak cubalah

ermm gold collection, cantik gak tau... nak cuba nak cuba

Ermm best kan mereka-mereka yang diberada di dalam keluarga AVON ni ek.. Bak kata diorang ni di mana ada kemahuan di situ ada jalan untuk berniaga kan...

Ok ok aku rasa-rasa boleh meniaga tak? hehehehe who knows kan...


Thursday, October 8, 2015

Weekend Di Resort Suites Sunway Lagoon Resort

Hi Korang,

Baru balik outstation dah berjalan lagi.

Aik tak reti penat ke kan? Ek bukanlah. Sebenarnya aku ada dapat voucher untuk berhujung minggu di Resort Suites ni. Dekat benau kat Sunway Lagoon tu je.


Kalau nak tau Resort Suites ni terletak bersebelahan dengan Sunway Piramid dan juga Piramid Tower Hotel, ini macam in between of this two lah. So ke kiri boleh dan ke kanan pun boleh.



Disebabkan ktorang ni special sket, so dapatlah check in awal dalam kul 12 tengahari gituh. Oh ye, lobby resort ni di tingkat 12 so kalau korang dari basement ada special lift entrance kat B1. Ikut signboard je senang.


Kira privacy sungguh tempat ni, lobby pun tak semak dengan orang. Quiet dan peaceful sajor, Cuma ada 2 orang reception yang lobby ni. Settle je urusan check ini bagai, terus je ktorang di bawa naik ke tingkat 28, wow ingat paling tinggi rupanya ada lagi satu lagi tingkat iaitu tingkat 29. Sayup je bilik pandang ke bawah ek.

boleh pi mandi kat sunway lagoon nanti ek

Ini dia bilik 28111

Its actually macam studio apartment gituhlah tapi luas yang amat. Hall luas, katil beso, bilik air luas, dapur just nice pendek kata selesa la kan.

Ok snap-snap gambar dulu untuk tatapan korang.

living hall

katil empuk

dalam bilik pun ada tv tapi tv lama jelah alah janji boleh tengok kan

selfie jap 

toiletries 


bathtub untuk mandi buih pun ada

dapur yang almost lengkap, boleh masak sekali ek





Internet sangat laju tapi kena double check dulu suis internet dengan housekeeping ek sebab kalau tak de guest, automatically diorang akan tutup service wifi untuk bilik tuh.


Lepak kat bilik sekejapan abis amik gambar tuh, lepas tu terus keluar sampai malam. Sekali sekala jadi budak Subang Jaya so hangout lah a few places for coffee kan hehehehhe

Malam tu balik terus tidur sebab kekenyangan makan seafood kat Just Seafood Sunway Giza Mall, seriously tak pernah Mr Big makan seafood sampai sengkih2 perut dia kan. Hebat sungguh penangan restoran tu ek. Nanti aku citer lah..

Esoknya bangun boleh lambat plak, dalam kul 9.30 pagi cam tu.

Letih sangat kot lagipun tilam tuh empuk benau rasa macam ditarik-tarik supaya jangan bangun dan teruskan je tidur. Disebabkan voucher untuk promotion ni tak disediakan sarapan so aku dah prepare awal-awal makanan untuk sarapan ek.


Tada.. hebat tak?

beli yang frozen punye, jadilah kan


Ada nasi goreng kampung, spagethi bolognese, beef lasagne, kopi dan siap ada juice sekali ek. Heaven sangat breakfastnya, semuanya panaskan guna microwave sahaja.

Lepak kejap dan siap-siap untuk check out ek.

sempat lagi nak selfie kat lobby ek

Thanks Resort Suites for this special accommodation. Kalau boleh nak datang lagi ke sini nanti, bukan apa sekali sekala lepak-lepak chillax apa salahnya kan.

Korang kalau nak book hotel ni dengan pada RM199 per night, ni klik kat link http://www.bit.ly/ResortSuitesBS nanti korang boleh pilih yang mana sesuai dengan budget or pilihan hati korang ek.

Yeah selamat bercuti korang….