Showing posts with label chinese food. Show all posts
Showing posts with label chinese food. Show all posts

Friday, October 18, 2019

Makan-Makan ‘’Eat All You Can’’ Di Qing Palace, Pulai Springs Resort Johor Bahru

Hi Korang, 


Kita sambung lagi citer makan-makan ni ek. Dah nama pun suka makan so update yolah pasal makan-makan hehehehehe 

Kali ni kita makan di Pulai Springs Resort Johor Bahru. 

Ewah kemain jauh nau pi makan ek sampai ke Jay Bee. Alah tak plan pun, sebab orang ajak so kita pi lah. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak kan, so haruslah pi. 

Sis Lin banjer ari tu hehehehe

Bila blogger sis lin ajak dinner malam Jumaat tuh, ktorang ok je sebab memang tak de plan, ingatkan nak pi makan bubur kat Sentosa je atau pi makan mutabak kat Kg Melayu Majidee so batalkan niat tuh jelah ari tuh. 

Pulai Springs Resort ni di pinggir bandar Johor Bahru iaitu di Skudai tapi tak delah jauh mana pun sebelah UTM je hah, ikut highway dari hotel yang ktorang duduk tu dalam 15 minit je dan sampai. 


Rupanya besar kawasan Pulai Springs Resort ni, ada suite, apartment, hotel, golf course, nasib tak sesat hari tuh ikut waze kan mana boleh sesat. 

Wah kita makan Chinese food tau malam tuh sempena promosi ‘Eat All You Can’ di Qing Palace. Yesza Chinese food I like! Dengar-dengar promosi ni back by popular demand tau errm kira hebat jugak promosi ni ek. 


Terdapat lebih dari 80 jenis menu makanan Cina yang mampu menawan selera korang untuk tambah-tambah dan tambah order lagi kan. 

Di antara menu-menu yang di hidangkan iaitu:- 

· Szechuan Hot and Sour Soup 
· Braised Shark's Fin Soup with Crabmeat 
· Fish Head in Claypot 
· Live Seafood like Red Snapper and Seabass in various types of preparation 
· General Tzo Chicken 
· Peking Duck 
· Wasabi Prawn 
· Cuttlefish with Dried Chillies 
· Fried Eel with Szechuan Sauce 
· Desserts and more 

Tengoklah apa yang Sis Lin untuk kitaorang makan malam tuh 

Szechuan Hot and Sour Soup 

Peking Duck 

Peking Duck with Dried Chili

Buttered Prawns 

Yang Zhou Fried Rice 

Snapper Indonesian Style Curry Fish

Stewed Beancurd with Diced Chicken and Mushrooms


Harga untuk promosi ‘Eat All You Can’ adalah:-

Weekday (Monday to Friday)
ADULT: RM60.00+ per person
CHILD : RM30.00+ per person (3 to 11 years old)

Weekend (Saturday & Sunday) & Public Holiday
ADULT: RM65.00+ per person
CHILD: RM32.50+ per person (3 to 11 years old)

Terms and Conditions:
- Minimum 4 paying persons required
- Available for lunch (12.00 noon to 3.00pm) and dinner (6.30pm to 10.30pm)
- Not applicable with any other discounts and promotions
- Prices subject to 6% Service Tax


Promotion ini bermula dari 1hb Oktober hingga 30hb November 2019 

Untuk pertanyaan makan, tempahan dan pesanan, sila hubungi +607 521 2121 atau boleh email ke enquiry@pulaisprings.com

Jom kita ke 

Qing Palace,
Pulai Springs Resort,
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor

Tel : +607 521 2121
Fax : +607521 1818




Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Wednesday, December 23, 2015

Green Town DIMSUM Café, IPOH. Makan DIMSUM Lagi..

Hi Korang,

Citer pasal DIMSUM lagi ek

Kan aku dah cakap yang aku ni pencinta dimsum hahahahahahahaha…


Ok kali ni aku nak citer dimsum yang kitaorang pi makan ek, dekat Ipoh tuh. Kemain jauh bagai kan, alah hari tuh ktorang berhujung minggu di sana. Tak plan pun start keta terus jalan hehehehe..

Sebenarnya kedai tak de orang suggest pun, ktorang just google je kat mana tempat makan sedap di Ipoh then terus keluar kedai ni. Baguslah google membantu sungguh. Lagiplak kedai ini merupakan kedai dimsum yang halal so courselah jadi pilihan utama.

duduk luar dulu sementara tunggu meja kosong kat dalam

Sesampai depan kedai, ramai betul orang. Yelah time lunch kan, agaknya hari minggu semua makan luar kot malas nak masak. Nasib baik dapat tempat kat luar kedai, kira memuatlah memasing duduk sementara tunggu meja kat sebelah dalam. 




Tengok menu berpinau mata, banyak sangat nak makan hahhahahaha



Aku memang order dimsum je, orang lain siap order nasi claypot, bubur dan memacam lagi. Memasing betul-betul lapo tuh.




Ni je hah yang sempat di snap gambar coz yang lelain tuh dah masuk dalam mulut. 

Bagi aku harga dimsum ni tak delah mahal pun, kira berpatutanlah sesuai dengan ekonomi orang-orang kita, rakyat marhaen kan...

Greentown Dim Sum Cafe 
No 10, Persiaran Greentown 4, 
Greentown Avenue, 
30450 Ipoh. 

Tel:05-255 2010, 012-569 8876 
Business hours: 8am-9pm (closed Tuesdays) 

Datang Ipoh semata-mata nak makan dimsum je memang melampau lah kan huahuahauhaua..


Abis makan terus gerak balik ke KL tapi sempat singgah ke Kellie Castle kat Batu Gajah dulu, sesaje nak pi melawat dan memang tempat tu dah cantik sungguh.

Ok itu je

Nanti sambung citer dimsum lagi ek hahhahahaha


Friday, January 16, 2015

Makan Tengahari Di EE Chinese Cuisine Di EASTIN Hotel, PJ

Hi Korang,


Nak dapat makanan cina yang halal ni memang payah. 

Memang kena teliti mencarinya, dapatkan info semua bagai kan, then baru boleh makan. Itu yang selalu aku buat sebelum pi makan. Ini sebab Marketing Director Eastin Hotel yang ajak so teruslah cergas aku ke sana hari tuh time lunch kan.

Check out entry aku sebelum ni pasal makan di Eastin Hotel ek.



Di sebabkan first time jejak kaki ke restoran EE ni, so aku bagi Ms Ivana yang order semuanya. Semuanya ikut tekak dia lah, maklumlah dia lagi ariff. Kalau aku kang, rasa 30 minit menatap menu tuh tak reti apa nak order.


Sambil tunggu makanan sampai, haruslah borak-borak pasal restoran EE ni. Sebenarnya restoran baru je dapat status sijil HALAL daripada JAKIM iaitu dari segi bahan makanan, supplier, cara penyediaan makanan hah yang tulah. Nowdays, dah ramai orang melayu nak mencuba hidangan makanan cina cuma tak de tempat kan. Itu yg diorang ambil peluang ni dan akhirnya Berjaya jugak mendapat sijil kan.


So jom tengok apa yang menjadi hidangan makan tengahari ktorang ek


Steamed Sweet & Sour Prawns Dimsum
nampak cam pedas tapi tak pun. Rasa sweet sour kan, udang seketul sebijik

Steamed Dried Scallops & Vegetable Dumplings
scallops kenyal-kenyal gituh, sayur yang di balut tu enal dongg

Steamed Crab Meat Dumplings
yang kuning-kuning tuh telur ikan tak silap aku, yang carik-carik tuh crabmeat


Crispy Cups with Seafood Salad
ranggup luarnya, tapi bila masuk mulut cooling effect tu pun datang sebab itu sebenarnya kira cam salad buah-buahan tapi di potong kecik-kecik. atas tu letak telur ikan


Fried Shrimp with Crispy Almond 
ini bukan nama sebenarnya sebab aku lupa nak salin. Of course lah sedap sebab udang tu di balut dengan hirisan almond, kemudian goreng panas-panas. tak yah cicah sos manis tu pun tak per


Asparagus Stir Fry with Sambal Belacan
crunchy asparagus digoreng dengan sambal belacan, pedas tapi sedap


Fried Rice with Egg White and Dried Scallops
penutup mesti ada nasi goreng, baru bertambahlah kenyangnya. Simple but marbeles

Lemongrass Jelly with Longan & Lemon Juice
penutup yang paling menyegarkan. Sejuk je bila masuk ke tekak, sebenarnya kat bawah cawan tuh ada jelly sejuk yang amat berserta perahan air limau. Terus terbeliak mata lepas makan pemanis mulut ni ek


Hah menitis air liur korang kan… 

hahahhaha… boleh dikatakan semuanya sedaplah. Kira pilihan Ms Ivana tu mengikut selera aku lah. Tak berapa pedas, not to sweet memang just nice. Boleh je nak makan pedas but bila umur dah meningkat ni, kena jaga keadaan perut gak.

Alah peringatan jelah, makan jelah apa yang korang suker.

Ni aku nak tunjuk jap, sijil HALAL dari Jakim untuk hotel Eastin ni ek


Ini adalah sebahagian daripada sijil HALAL, actually ada beberapa kitchen dan kebanyakan restaurant dah dapat sijil tau macam Swez Brasserie, Sewz Kitchen dan banquet kitchen. Kalau tak caya, meh aku boleh bagi copy ek..



Kalau nak datang sini, dia ada time-time tertentu. Tengok ni

Lunch:
12:00 p.m. to 2:30 p.m.
(Monday to Saturday)

10:00 a.m. to 2:30 p.m.
(Sunday and public holidays)

Dinner:
6:30 p.m. to 10:30 p.m. daily

Don’t worry yang penting setiap hari dibukalah.

5 star hotel wokeh....

Jom kita ke :-

EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.



Terima kasih kat Ms Ash dan Ms Ivana yang sudi jemput aku makan di sini. Of course I'll come back tau for the delicious dimsum..

hhehehehhehehehe....



Wednesday, January 14, 2015

Dinner Di The Emperor, Grand Dorsett Subang

Hi Korang,


Citer makan-makan lagi yeah..


Kah Peng dan May (team Dorsett) yang ajak makan ni sebenarnya. Yelah sebab dah lama collaborate dengan diorang ni, so kira cam appreciation dinner lah.

Ermm makan sedap di The Emperor Chinese Restaurant, first time ni so excited nak cuba. Tak ramai pun yang ada, blogger Evelyn dan husbandnya, aku dengan Mr Big dan kak Ezzah Aziz Fawzy dan suaminya alah yang pengacara rancangan Nona dulu tuh. 




Siap ada demo lagi cara Peking Duck tu dihidangkan ek

Mehlah tengok yang menjadi santapan kitaorang malam tuh ek

Four Hot and Cold Combinations 

Sliced Abalone with Fish Maw and Spinach Soup


Emperor Peking Duck with Condiments

Peking Duck Sauteed with Spring Onions

Cod Fish Baked with Black Pepper and Green Vegetables

Wok-fried Tenderloin Beef Cube with Black Pepper

Stir Fry Asparagus

Fried Noodles with Fresh Water Prawn and Superior Sauce

Double-Boiled Bird's Nest with Ginseng adn Dried Longan


Chilled HoneyDew Melon with Sago and Ice Cream


Banyak kan.

Itulah sampai sneak-senak perut dibuatnya.

sempat lagi celebrate birthday husband Kak Ezzah


Nasib baik banyak topik yang di borakkan so tak delah rasa boring sangat citer pasal makan je. Ktorang banyak citer pasal banjir, pets, exercise dan memacam lagi lah.

Nak cuba,


DORSETT GRAND SUBANG

Address:

Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia 

Email:

Telephone:




Sekali sekala makan lain daripada biasa sedap jugak kan.