Showing posts with label cheap lunch set. Show all posts
Showing posts with label cheap lunch set. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Makan Di Little Taiwan, FOOD Republic Pavilion


Hi Korang,

Agaknya dah terlalu bosan makan kat hotel boleh di katakan tiap-tiap minggu di hotel, so masa ada conference kat Westin KL hari tuh aku purposely tak nak makan kat sana.

Asyik-asyik menda yang sama. 

So aku paksa opismate aku ikut makan sekali walaupun dia nak gak makan kat hotel kan. 

Ktorang ke Food Republic, area food court kat dalam Pavilion ni. Alah seberang jalan dengan Westin KL je. Masa tu orang belum ramai so boleh duduk ikut sesuka hati. 

Malas nak tawaf sa'ie satu food court ni, aku terus pilih kiosk Little Taiwan ni. Check menu, ermm not bad gak senarai makanan nya. 

Sudahnya aku pilih

Salted Fried Chicken Rice Set

Ada

Nasi putih dengan may beb sos kicap cam tu

Sup kosong

Ayam goreng pedas tapi tak pedas pun coz diorang pakai chili powder

Sayur sket

Minum air soya bean je coz tak tau nak minum apa.

Total damage - RM13.90 (1 set) + RM3.40 = RM18.00 Oklah kan sekali sekala makan mahal sket time lunch. Sedap gak la. Nanti nak cuba menu yang lain plak la.

Itu je

Jadilah buat alas perut masa tu kan, coz petang tuh nak pi food review hehehhehehe...



Wednesday, March 20, 2013

Lunch Set MURAH Di The Spaghetti Grills


Hi Korang,
Senang ke nak cari tempat yang menghidangkan Lunch set MURAH tapi SEDAP?
Biasalah dah tengah bulan ni kena jimat-jimat sket
So jalan-jalan cari makan
Last week masa ada keje luar kat area Kelana Jaya aku tersinggah ke Paradigm Mall ni. Alah tak sure nak makan kat mana so masuk jelah ke sini.

Aku perasan The Spaghetti Grills cuma ada kat Mid Valley je but tak pernah masuk lagi. So dengan perasaan ingin tahu aku cuba nasib gak lah.
Kalau sedap boleh datang lagi kalau tak itulah first dan last kan.

Ada banyak pilihan yang membuka mata aku sampai jadi rambang dibuatnya. Oleh kerana dah lama tak makan Pizza so aku cubalah.
Aku sorang so order 1 set jelah
Agaknya orang tak ramai dan dohnya dah prepare awal kot, cepatlah aku dapat.

Tengok ni Beef Pepperoni Pizza. Penuh sedulang tapi taklah besar pun just nice je portionnya.

Ini kepingan yang pertama, nampak cam sopan je aku makan kan. Yelah makan sengsorang mestilah jaga tata tertib.

Pekena plak dengan air Grape, haruslah lazat kan.

Apa lagi makan sampai licin sambil tengok MTV kat screen tergantung tu.
Berapa aku kena ? 
Alah RM12.00 je, kira okla tuh
Abis makan terus ke lawyer  office kat area Glomac ni. Sementara nak tunggu lawyer tu prepare document sempat gak terlelap dek kekenyangan yang amat ni.
isk teruk sungguh!
Itu cerita minggu lepas, so hari ni makan ape plak ek
ermm japlah fikir sambil tengok Jalan-jalan cari makan kat tonton.my ni ek