Hi Korang,
Ya ampun kemain lama blog kak lily ni bercuti ek, mengikut sama tuannya jugak hehehe. Of courselah korang hari raya tuh, semua kena berehat jugak.
Raya tahun ni simple dan bersederhana saje
Disebabkan dua-dua tak dapat cuti sebelum raya, so kak lily beli barang-barang masak time lunch then letak je dalam kereta. Habis kerja, kemas barang then terus jalan. Even tengok episod akhir Isteri Untuk Diikhtiraf pun dalam kereta je hehehhe gedik bebenau ek. Alah mak kak lily dah siap masak pun sebab barang-barang dah order dan beli minggu sebelum tuh, so masak yang simple-simple jelah.
Raya kali ni tak ramai balik serentak so rumah tak berapa penuh sangat but keep bertambah pada hari raya pertama, kedua dan ketiga. Seronok raya kat kampung kata sepupu-sepupu kak lily ni, raya reramai meriah. Diorang ni suka tidur bergelimpangan kat dapur, berebut bilik air, berebut parking keta, sembang-sembang sampai pagi kan.
kami sekeluarga, yang hujung adik kak lily. perasan hensem konon
rumah pengabisan, rumah mak long. riuhhh
ni kat rumah nenek ayah, penuh jugak
membawang je kerjanya
nampak berebut sarapan pagi
On first day raya tuh, lepas je solat jumaat habis kitorang tawaf seluruh kampung melawat sedara mara, yelah kat kampung ni banyak orang tua kan so kita yang muda ni kenalah pi melawat diaorang #mengeratkansilaturrahim katanya.
dengan family papa
beraya makan nasi lemak je hah, sedapp
dengan mama sekeluarga
Raya kedua tuh, kak lily beraya di Rembau pulak. Rumah papa mr big, ini rutin kitaorang setiap tahun. So sambung beraya kat Rembau plak. Makan-makan dan makan non stop, haruslah tak kurus kak lily ni hauhauahuahua.
bungkus lemang nak bawak balik
anak bandar bila masuk kampung cam ni lah kan
Raya ketiga, beraya balik di rumah mak di Melaka. So bila jadi tuan rumah ni, memang penat tak terhingga. Bukan apa, ayah kak lily ni ramai betul adik beradik so diorang datang pulak ikut turn. Tak sempat nak habis basuh cawan dah datang lagi orang, pendek kata dah macam rumah YB. Non stop orang datang, dari pagi sampai ke malam. Even kaki kak lily ni boleh cramp tau, bangun duduk bangun duduk berjalan ke sana kemari huahauhauha.
Itulah kisahnya raya tahun 2018.
Tak yah nak gebang-gebang sangat, keep it slow and steady je.
kepenatan memasing ek
Korang plak cam ne? mesti banyak lagi cerita ceriti raya tahun ni ek.. anyway Selamat Hari Raya korang, maaf zahir dan batin…