Showing posts with label catuan air di selangor. Show all posts
Showing posts with label catuan air di selangor. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Bila Air Kena Catu Di Selangor

Hi Korang,

Dari tengahari semalam dah heboh pasal pengumuman MB Selangor pasal catuan air di Selangor ini. 

Bila aku balik petang semalam, mak oi kedai 2 ringgit penuh dengan orang yang sibuk beli tong air. Ermm kes parah ni.


Sampai je rumah terus tadah air, penuhkan segala tong-tong yang ada.

Walaupun berdua je kat umah ni tapi penggunaan air memang maha hebatnya. Aku kang pegang kucing sket kang nak basuh tangan, siram pokok lagi, pakai krim-krim kang kena basuh tangan lepas tuh. Itu baru aku belum lagi Mr Big kan.

Ermm 2 hari ada air dan 2 hari tak de air.


Boleh pening di buatnya. Yelah ko balik nak masak lagi, nak basuh baju, nak bersihkan sangkar kucing macam-macam lah. Nasib baik ada 2 bilik air, so bilik air belakang tu aku tadah air bebanyak. Air untuk masak standby kat dapur. 

Ini baru ktorang berdua.

Bayangkan family yang ramai, nak tadah air untuk anak, untuk isteri nak guna kat dapur, dengan sendiri punya usage kan. Jawabnya mau ada yang tak mandi pi office kan coz nak bagi anak-anak selesa. 

Kalau setakat 1-2 minggu ok gak lah. Ini dengar citer at least boleh sampai end of March. Boleh kering kontang dibuatnya

Aduiyai masak cam ni wei!