Showing posts with label cara hack WiFi. Show all posts
Showing posts with label cara hack WiFi. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Jiran, WiFi Pun Mahu Cilok Ke?

Hi Korang,

Ni kisah 2 hari lepas
.
Balik-balik keje petang tuh, Mr Big terus je cari aku sampai ke dapur. Aku plak tengah terhengeh-hengeh baru nak masak kan.

Mr Big : Dear, masa dalam lift tadi si------- tanya nama betul u sape?

CLP : La kenapa plak, U bagitau ke?

Mr Big : I tanya kenape. Rupanya dia nak double check betul ke nama yang ada kat WiFi list bila dia detect dalam laptop nama U?

CLP : Then U citer lah ek

Mr Big : I tanya lagi, kalau betul nama dia dalam list tu, kenapa plak? Then dia jawab apa nak mintak password boleh, nak surfing.

CLP : U bagi ke? (hidung dah kembang-kuncup, tahan marah)

Mr Big : I cakap dengan dia, kalau nak mintak sendiri dengan U la, sebab U yang bayar bukan I. Terus minah tu senyap je sampai dia kuar lift.

CLP : aik, umah bukan main cantik, air-cond sampai 3 sekali pasang, ada maid takkan tak mampu.. ini dah kes teruk nie. Haruslah I tak akan bagi. Berkira benau..

Mr Big : Itulah jiran U hakahakhakahakhkahaka

Bengong sungguh!


Bukan nak berkira tapi kalau dah hidup mewah tak kan nak pasang WiFi pun tak boleh. Janganlah nak berangan amik UNIFI kalau tak mampu, amik STREAMYX biasa cam aku ni dah ler. Kalau tak pun pakai je broadband lagi murah. P1 punya broadband tu RM39 je sebulan.

Tak paham aku orang zaman sekarang ni, makin kaya makin kedekut sebab tu lah rezeki susah nak dapat kan.