Showing posts with label cara buat duit. Show all posts
Showing posts with label cara buat duit. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Kongsikan Tisu KLEENEX Dengan Tersayang, Boleh Menangi Hadiah Percutian

Hi Korang,

Semua orang suka yang lembut macam tangan lembut, kuih lembut supaya senang nak telan, kulit muka lembut dan memacam lembut lagi lah.


Lembut pada tisu plak, ermm haruslah pilih KLEENEX kan.

"Kleenex® sinonim dengan kelembutan, justeru itu kami sentiasa menekan kepentingan perlakuan kelembutan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia," kata Soo Woon Yee, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia.


"’Kleenex® Wallof Softness’ membawa kempen ‘Share the Softness’ ke tahap yang baru, memperluaskan kenyataan bahawa kita perlu memberi keutamaan kepada orang tersayang dengan berikrar untuk melakukan sesuatu yang baik untuk mereka, bukan sekadar berkata-kata tetapi komited untuk menunaikan janji kepada orang yang penting dalam kehidupan kita."

Jadi meh sini aku nak citer sket pasal KLEENEX Share the Softness Campaign ni ek.

Kleenex® menjemput orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang dengan memberi komitmen perlakuan kelembutan di ‘Kleenex® Softness Store’ yang akan berlegar-legar di sekitar Lembah Klang bersama ‘Kleenex® Wall of Softness’ ini.


Untuk menggalakkan perlakuan kelembutan, 500 peserta pertama yang berkunjung ke ‘Kleenex® Softness Store’ dan berikrar perlakuan kelembutan mereka akan membawa pulang tisu Kleenex® yang penuh kelembutan

Cuma perlul kongsikan pledges (ikrar) korang di www.facebook.com/Kleenex.Malaysia sebanyak mungkin dan mana tahu korang boleh menangi hadiah percutian bernilai RM3,000 dan juga RM2,000 pocket money.

Yeahh. jom joinlah lekas...


Antara selebriti tempatan yang berganding bahu dengan Kleenex® untuk menyebarkan mesej kelembutan dengan melakukan ikrar-ikrar pertama di ‘Kleenex® Wall of Softness’ adalah Deborah Henry, dermawan dan pejuang Hak Asasi Kanak-kanak World Vision, serta Sharifah Amani, pelakon pemenang anugerah.


Kempen ‘Kleenex® Share the Softness’ yang berlangsung dari 20 November 2013 hingga 15 Januari 2014 bertujuan mencapai 5,000 ikrar dan dengan pencapaian ini, Kleenex® akan memberi sumbangan wang tunai RM10,000 kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari Sekolah Fugee. Melalui kempen ini, rakyat Malaysia akan diingatkan untuk mempraktikkan sifat kelembutan dalam kehidupan sesama sendiri, turut kepada kanak-kanak yang memerlukan kelembutan di Sekolah Fugee, sebuah pertubuhan amal yang memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak pelarian dari Somalia. 

"Sekolah Fugee adalah perjuangan yang amat bermakna untuk saya," kata Deborah Henry. "Saya yakin kita boleh melakukan perubahan positif dalam kehidupan orang lain, dan kempen ‘Kleenex® Share the Softness’ adalah salah satu cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada orang lain."


La tak tau caranya, sini aku tunjukkan ek




2. Klik kat Share the Softness contest di https://apps.facebook.com/kleenexsoftness


3. Tulis apa ikrar korang ye. letak la apa jua ye. Jangan tiru aku punya coz langsung tak kreatif ye. Tulis ikut suka je.


4. Masukkan butir-butir peribadi korang, email, alamat semualah. Jangan salah ye


5. Tekan butang SUBMIT dan tada dah siap pun. 


6. Inilah pledges aku, siap gambar lagi wokeh.. sila jelessss


Sertai Kleenex®, Deborah Henry dan Sharifah Amani untuk melakukan ikrar untuk mempraktikkan perlakuan kelembutan hari ini, bukan sahaja di ‘Kleenex® Wall of Softness’ dan ‘Kleenex® Softness Store’, tetapi juga di www.facebook.com/Kleenex.Malaysia. 100 pengikrar pertama setiap hari akan mendapat pek tisu Kleenex® secara percuma! Seterusnya, kongsi gambar anda melakukan ikrar dan berpeluang memenangi percutian bernilai RM3,000 serta wang saku berjumlah RM2,000! 



Dapatkan maklumat terkini tentang kempen terbaru serta lokasi ‘Kleenex® Wall of Softness’ dan ‘Kleenex® Softness Store’ melalui laman Facebook Kleenex® (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia). 

Cari atau tag melalui #kleenexsoftness dalam instagram, facebook dan twitter anda untuk menyertai perjuangan Kleenex® Share the Softness hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kleenex®, sila hubungi Talian Mesra Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas tol) pada hari bekerja dari jam 9.00 ke 5.00 petang.   

Monday, May 20, 2013

GAMBAR | Blogger Sempoi Di Seminar Buat Duit dengan BLOG

Hi Korang,

Dalam masa sibuk tak tentu pasal minggu ni, sempat gak aku ke Seminar Buat Duit dengan BLOG anjuran Denaihati Network di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam.

Seharusnya blogger mestila ramai kan, tanda sokongan kepada Bro Denaihati.

Tak caya?

Meh tengok gegambo ni

cian pen merah jetlag baru balik dari Macau


ryan si traveller comel

dengan food bloger Hazman

si Hilal Azmi, Yana Yassin, Jamar dan Ruby kaki camwhore

Myra Jay mai dari Penang tau

blogger Alin Marlini menang iPad Mini tau

dengan Kujie, Sharidawati dan Intan

nampak tak si Nisa Kay buat Gwiyomi


Banyak syiok ooo

Sememangnya ktorg sangat happy walaupun tak menang satu lucky draw pun. Alah yang penting dapat kenal blogger lain dan buat networking kan.

Pengisiannya plak, bukan main best lagi. Rupanya banyak lagi ilmu blogging yang aku baru tau.

Ok nanti update later..

note: gambo pakai Samsung S4, bukan tak sharp tau tapi tangan aku yang pengkor ye lagipun time tu nak cepat ... ehehehe





Tuesday, December 20, 2011

Jom Join Giveaway Dari www.kakinakl.com

Hi Korang,

Ermm nampaknya Bloggger K ina KL iaitu President 'Geng Tali Barut' bermurah hati lagi untuk menyedekahkan hasil berbloggingnya kepada follwers dan readersnya yang setia. 

Ermm dia buat giveaway lagi lah. Itu je caranya nak balas jasa baik readers yang tak henti2 lepak kat blog dia sampai 2 juta view kan. Hebat tuh! Kalah aku ni..

Nie aku copy bulat2 dari blog Kak Ina KL ni.




Syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA)  akak  ialah

1. Mesti mempunyai blog
2.
 Buat satu entry khas utk giveaway ni....tajuk entry wajib begini "GIVEAWAY FROM WWW.KAKINAKL.COM
3. Linkkan Ke Entry Ini Dan Bagi 3 Sebab Kenapa Anda Suka Baca Blog Akak
4. Semua perserta di kehendaki LIKE Facebook  akak sebelah kanan
6. Setelah Siap Entry Anda, Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. 
 


Hah senangkan. Tak yah korang selongkar entry dia lama2 untuk cari jawapan. Korang bagi sebab kenapa suker nau lepak kat blog dia je.

Hadiahnya? Cash money tuh. Dengan murah hatinya pramugara tak jadi dari Mas Kargo ni pun nak berkongsi rezeki dengan sponsor cash jugak tau.

Aku, tak yah lah korang tanya join ke tak? Memang lah aku malas nak join. Bukan apa. Kalau aku join confirm aku menang kan! kahkahkahakhaka Tak lah bagi korang chance berkongsi rezeki dengan K Ina KL je. 

Apa apa lagi, moh join lekas. Kang orang lain menang korang jugak yang duk terlopong kan.



Tuesday, October 4, 2011

#GTBMY Meet Up Session

Hi Korang,

Mesti korang sibuk nak tau pasal #GTBMY ni kan? Its actually satu geng blogger yang kaki event dan suka suki outing bersama2. Tak kiralah lepak pekena teh tarik ke, tengok wayang sesama, pi orang kawin sesama ke kan.

Di sebabkan #GTBMY baru je ditubuhkan 3rd October 2011 semalam, so banyak meet up session yang aku kena hadirkan diri. 

Salah satu nya :-

First meet up - dengan Admin #GTBMY sahaja

Adegan yang dibincangkan - pemilihan crew dan dalang #GTBMY, delegate kerja2 pada crew.

Second meet up - dengan Technical Team 

Adegan yang dibincangkan - Prosess pembentukan group dan official blog #GTBMY. Technical team yang senantiasa bertungkus lumus memastikan #GTBMY ni berjalan lancar. 

Third meet up - dengan some of the #GTBMY crew 

Adegan yang di bincangkan - Most about official blog dan komen readers yang nak join #GTBMY kan. Eh, bukan ktorg je Hazman dan Zurie pun ada.

Maybe akan ada banyak lagi session meet up antara admin dan crew bagi #GTBMY ni.

Aku dengar-dengar ramai yang nak join Geng Tali Barut ni kan?

Korang nak jadi cam diorg nie, Sila klik ek Kak Ina KL, Eyriqazz, Shahrol, Myvitrd, Bean, Hazman, Daydeck dan ramai lagi crew #GTBMY kan. 

Caranya? Senang je.

Korang boleh komen kat entry nie, terangkan kenapa korang teruja sangat nak join sangat 'Geng Tali Barut' nie. Tak kisahlah korang nak komen ape ek. Kalau korang nak heboh2kan pun tak per tau. 

Aku tunggu je nie..