Showing posts with label burger kat mana. Show all posts
Showing posts with label burger kat mana. Show all posts

Saturday, April 29, 2017

www.burgerkatmane.com.my - Meh Beli Burger Kat Sini

Hi Korang,


Laman mikro Burger Kat Mane?pencapaian utama untuk menyerlah lebih perniagaan bisnes makanan runcit

Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane?, www.burgerkatmane.com.my kini siap sedia menerajui usaha pengusaha burger untuk menaikkan taraf bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Laman ini menawarkan pelbagai manfaat termasuk peluang masa kini di mana pengusaha burger berkemampuan mengadakan publisiti serta pos tawaran mereka sendiri kepada pelanggan sambil menjimatkan masa, tenaga dan kos dengan menggunakan kuasa media sosial.


Pengurus Jualan UFS Malaysia iaitu Angeline Ho berkata: “Selain dari ciri B2B, aplikasi unik ini membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan ciri ciri mudah guna. Pengusaha mahupun pelanggan senang mendaftarkan diri.

“Pelanggan boleh menggunakan aplikasi canggih ini untuk mengunjungi pilihan burger tempatan atau bereksplorasi mencari sendiri kerana laman ini berdasarkan lokasi berpeta.

“Mereka juga boleh memilih untuk menilai dan menghargai gerai burger kegemaran mereka secara atas talian dan berkongsi pendapat dengan pengguna lain juga melalui Facebook di laman Burger Kat Mane.”


Dicipta oleh Unilever Food Solutions (UFS) Malaysia, laman web ini dijangka menyediakan pletform bersepadu yang amat diperlukan untuk masyarakat pengendali burger yang dianggarkan berjumlah lebih 10,000 gerai di seluruh negara dan peminat serta pengikut berjumlah berjuta pelanggan burger.

Nusrat Perveen, Ketua Negara UFS berkata: “Menikmati hidangan burger sudah menjadi satu gaya hidup untuk ramai rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Pengusaha burger juga sering mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka untuk membuat persembahan burger yang bukan sahaja lazat tetapi unik dalam membezakan dari pesaing lain.

“Selain dari menggunakan bahan-bahan sesuai seperti Lady’s Choice MayoMagic dalam burger dan melalui usaha seperti projek di atas, kami sentiasa mencari jalan untuk menyediakan serta menggalakkan penyediaan makanan hebat rasa dengan pengalaman makan yang sahih segar, menarik dan membawa kepada gaya hidup sihat dari sumber-sumber yang mampan.

Tujuan kami di UFS: Kami membebaskan cef untuk kerjaya tersayang mereka. Sebagai sebahagian daripada Unilever, iaitu salah satu pembekal terkemuka di dunia barangan pengguna bergerak pantas dengan jualan di 180 negara dan sebagai perniagaan perkhidmatan makanan berdedikasi Unilever, kami menerajui industri dalam menyediakan bahan-bahan makanan inovatif, berkualiti tinggi serta profesional dan perkhidmatan nilai tambah yang dicipta oleh 300 cef professional, meliputi 50 jenis kuisin melalui 200 juta hidangan sehari.

“Unilever Food Solutions adalah sebuah syarikat berinspirasi global terdiri daripada tenaga kerja yang berbakat, profesional dan bersifat keusahawanan serta bekerjasama dengan cef dan rakan kongsi pengedaran setiap hari.


“Dalam budaya positif dan terbuka ini kita mencari inspirasi setiap hari, memberi kuasa kepada pihak majikan dan setaf untuk membuat perbezaan yang lebih besar di setiap peringkat dalam organisasi.

“Dan melalui rakan perkongsian jangka panjang dengan pembekal, pelanggan dan lain pihak berkepentingan, UFS tentu sekali mencapai satu perbezaan,” kata Nusrat.