Showing posts with label buffet lunch. Show all posts
Showing posts with label buffet lunch. Show all posts

Monday, November 26, 2018

Lunch Sambil Membawang Di Majestic Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Dulu kak lily pernah citer pasal makan-makan di Paul Pavilion hari tuh dengan geng #exyteladies, so kali ni kitorang pi makan di Majestic Hotel. 

Alah sesaje je nak release tension, so memasing amik cuti bagai then we meet up.


Sebab apa pilih Majestic Hotel?? 

Sebab buffet lunchnya tak delah mahal mana pun bawah RM100 je, kira according tuh budget lah kan. 

Bab-bab booking memang kak lily yang buat, survey banyak hotel jugak tapi Majestic tawarkan variety food with affordable price, somemore one of kawan ktorang tuh vegetarian so banyak jugak pilihan vegetarian kat sini. Ingatkan nak high tea dekat THE ORCHID CONSERVATORY tuh ermm hampeh, kalau yang itu kena book awal 3 bulan coz every evening ada je function buat kat situ hah so kenalah berganjak ke makan lunch.


Ktorang sampai before 12 wokeh sebab takut jem, kak lily naik shuttle dari KL Sentral je hah. Park kereta kat sana sebab petang ada meeting plak kat situ. 

Lunch di CONTANGO 

Yesza pilihan makanan memang banyak ya ampun, seronok bila stroll down ke buffet line ni. Dari makanan tempatan hingga ke makanan ke antarabangsa sampai pening-pening di buatnya. 











Pilihan makanan jepun memang menarik hati kak lily wei 





Banyak dan sedap bak hang!! 

Bangun duduk bangun duduk jelah kerjanya. Yang sembang-sembang, yang makan-makan, itu yang best tuh.



Isu-isu berbangkit adalah hal office dan hal site lah, apa lagi. Membincangkan perangai orang-orang bodoh sombong kat site tuh. Yang malas di puji yang rajin di keji ye betul tuh, ahkak tak salah tulis ye hahahahha 

Di Contango ni, kita boleh lunch, dinner even breakfast pun boleh secara buffet. So senanglah banyak pilihan yang sedap-sedap belaka. Ktorang hari tuh bayar RM95nett je seorang, ok harganyanya.





Daripada masuk pukul 12 tengahari tuh sampai pukul 3.30petang baru keluar dari situ, ktorang yang memula masuk dan ktorang jugaklah yang last sekali keluar hahahaha hebat kan, makan non stop. Even sebelum buffet line tutup ktorang ambil dessert siap-siap dengan kopi sekali so jadiklah hi-tea hehehehe

Balik kak lily naik shuttle balik ke KL Sentral, senang dah mudah kan. Tapi ramai orang tak tau hehehhe.

Nak cuba, mehlah ke:-

The Majestic Hotel Kuala Lumpur
5, Jalan Sultan Hishamuddin,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia. 

Tel : +603 2785 8000
Fax : +603 2785 8080 

Untuk tempahan, boleh email ke : tmklresv@ytlhotels.com.my



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 






Tuesday, August 8, 2017

Promo Makan 'Gobble Gobble' Dan Ala Carte Di TEMPTationS, Renaissance Kuala Lumpur Hotel

Hi Korang,


Wah kemain lagi nama promonya ye hehehehe 

Lets Gobble Gobble… 


Marilah ke TEMPTationS dari Ogos hingga 30 September 2017 untuk menikmati Buffet lunch atau Makan Malam di mana korang boleh makan sepuas hati tanpa poket terbakar dengan banyaknya 

La betullah.. 










Apa lagi marilah ajak keluarga dan kawan-kawan korang untuk makan tengahari kerana bufetnya berharga hanya RM60nett setiap orang manakala buffet makan malam dari Khamis hingga Sabtu adalah RM80nett seorang. Sebagai tambahan kepada harga bufet yang dikurangkan, korang akan dapat melengkapkan makanan mereka dengan aliran jam 2 jam percuma wain rumah pada RM66nett seorang atau 2 jam minuman ringan percuma pada RM22nett setiap orang dan tempat letak kereta percuma di tingkat bawah hotel. 

Chef Eksekutif Helmut Lamberger dan pasukannya telah menyediakan menu khas yang disesuaikan di mana korang juga akan dapat menikmati pilihan masakan dari Timur ke Barat, dari Sup dan Salad ke pelbagai Makanan Laut untuk memulakan hidangan korang, terdapat juga pilihan roti dan keju buatan sendiri yang hangat. 



Khas di Buffet Makan Malam terdapat beberapa ‘live station’ seperti Chicken shawarma, Roasted lamb shoulder with rosemary jus, Freshly grilled chicken and beef satay dan Salt crusted baked whole seabass yang mampu memenuhi selera korang.


Ok mestilah pemanis mulut ada jugak tau, pelbagai jenis yang rasanya korang tak mampu nak tolak. So kena rasa jugak tau


Hidangan Menu ‘ All Day Dining’ di Temptations 



Selain daripada hidangan menu secara buffet, hidangan ala-carte juga berwajah baru. TEMPTationS telah mengubah menunya baru-baru ini untuk menawarkan pendekatan makan yang lebih menarik dengan hidangan baru yang lazat dan banyak pilihan untuk dipilih! Dari permulaan dan Salad ke Sandwich, Sup, Orang Asal dan Pasta, Makanan Menyenangkan, Pizza dan makanan pencuci mulut, 

Memberi tumpuan kepada masakan asli, WACS Global Master Chef Helmut Lamberger membawa rasa Malaysia kepada tetamu antarabangsa dan pengunjung tempatan. 

Di antaranya adalah






Dengan lebih daripada 50 item untuk dipilih, pengunjung boleh menikmati pelbagai masakan Barat, Asia dan Tempatan yang disediakan khas dengan hasil segar yang mampan dan tempatan. Bahagian Permulaan dan Salad berselerak dengan pelbagai barangan baru seperti Popiah goreng, Buffalo style chicken wings, Kerabu mangga and Rojak.


So bolehlah plan sekarang ni tau..

Jom kita ke 

RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL 
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang 
50450 Kuala Lumpur 


Tel: 03 2771 6692 


Follow us on lnstagram renaissancekualalumpur and temptations_kl 







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com





Saturday, May 6, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | EASTIN Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum... 

Pada hari Khamis baru-baru ini, Eastin Hotel Kuala Lumpur telah memberi peluang kepada pihak CikLilyPutih untuk merasa hidangan buffet Ramadan bertemakan Warisan Tradisi Kampung D'Utara Ramadan masakan utara (terutamanya masakan Penang, Kedah dan Kelantan) di Swez Brasserie, tingkat 1. 


Penerangan dan dedikasi untuk menyajikan pelbagai jenis masakan utara telah diberikan sendiri oleh ketua Chef Swez Brasserie. Antara menu yang menjadi tarikan utama buffet Ramadan tahun ini ialah Kelapa Bakar, Sup Daging, Nasi Kandar dan Mee Laksa. Tak lupa juga menu kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang dimasak sekali dengan nasi. 





Selain itu, para tetamu boleh merasa pelbagai menu unik lainnya seperti Malaysian Folder Pizza, Ink Squid Noodles, dan macam-macam lagi. Kenalah mai baru boleh tahu! He he! 

Kesemua hidangan ini boleh dinikmati dengan harga yang tertera di bawah. Booking lah awal untuk menikmati harga diskaun hamper 50% daripada harga asal. Berbaloi-baloi!


Early Bird Special 

Price: RM72 nett per person 
Validity: 29 May – 2 June 2017 

Special Buffet Price & Weekend Special 

Price: RM100nett/adult RM50/child 
Validity: 29 May – 4 June / 10 – 11 June / 17 – 18 June / 22 – 23 June 

Normal Price 

Price: RM142nett/adult RM72/child 

Booking boleh dibuat di sini : http://www.eastin.com/kuala-lumpur/


Info sampingan lainnya: 

Parking flat rate RM5 selepas pukul 6 petang 

Ruang makan yang luas dan selesa. 

Terima kasih kepada blogger Jard kerana sudi menjadi wakil untuk team CikLilyPutih ke buffet ramadhan 2017 di Eastin Hotel Petaling Jaya baru-baru ni.

Korang nak jadi wakil Cik Lily Putih tak?..
Kalau nak bagitau ek...