Showing posts with label buffet dinner. Show all posts
Showing posts with label buffet dinner. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

BIFE Charcoal Steakhouse Di The LINC KL, Peminat STEAK Harus Terjah Ke Mari!

Hi Korang,


Ye apa-apa yang berkaitan dengan daging sudah pasti kak lily akan cubalah. Pencinta daging memang cam ni lah, sebab tuh lah gemuk kann hehehhehe


Kebetulan ada satu restoran steakhouse baru di buka di The Linc KL haruslah kak lily pi terjah kan. Takkan pi sengsorang haruslah kena ada guenyer hehehhehe

Nama restorannya BIFE.

Wah apa pelik namanya sampai nak sebut pun tak sure cam ne, samaada bunyinya kuar BIFI ataupun BIF tapi yang betullah ada lah BI FEEE.. hah sebut betul-betul ek hehehhe


Kalau korang nak tau yang BIFE adalah perkataan dari PORTUGAL yang bermaksud DAGING. Oh orang Portugal panggil daging BIFE rupanya huahauhaua. Dan lagi daging-daging yang di gunakan bukan sebarang daging yer, semuanya daging premium dan sudah semestinya Halal Toiybannn.

Not bad jugak dekorasi restoran ni ek



Disebabkan dekorasinya simple so menampakkan keluasan ruangan di situ ek. Terdapat sudut buffet line yang begitu teratur susunannya.


Yang bestnya hidangan di BIFE merupakan BUFFET MAKAN TENGAHARI / LUNCH BUFFET dan BUFFET MAKAN MALAM / DINNER BUFFET. 

Wahh makan daging secara buffet!!!





Terbaek toqqqq

Si karnivor sukerlah kan, ini baru sebahagian menu-menu daging yer, ada banyak lagi sebenarnya tapi kak lily tak sempat nak ambil gambar hah

ini kambing nie tapi lupa bahagian mane

kemain suke memasing ek, dapat makan dagin kan

pilihan sos korang boleh ambil di buffet line

Walaupun buffet namanya tapi segala main course konsepnya “FOOD COMES TO YOU” di mana terdapat satu coin yang kalau korang nak tambah daging terbalikkan coins tuh ke warna hijau dan pelayan akan datang bawakkan hidangan daging yang korang nak makan. Hebat kan, semuanya datang terus kepada korang.

hah anto daging lekas!!

ok dah konyang hah!!

Kalau tak nak makan, just terbalik coins tuh ke warna merah. Itu jer.

Don’t worries untuk menu side dish korang boleh ambil di buffet line seperti menu-menu berikut:-








Not bad kan, sedap-sedap belaka. So banyak pilihan sebenarnya menu makanan di BIFE Charcoal Steakhouse ni ek

Harga untuk kedua-dua waktu buffet ini adalah:-


Churassco Buffet Lunch (12PM - 3PM)
Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kanak-Kanak 4 - 11 Tahun : RM 20++
Dewasa : RM 39.90++ 


Churassco Buffet Dinner (6PM - 10PM)
Kanak-Kanak 3 Tahun Ke Bawah : Percuma
Kanak-Kanak 4 - 11 Tahun : RM 45++
Dewasa : RM 89.90++ 

Selain daripada buffet terdapat juga hidangan ala-carte yang bakal membuka selera korang lagi, so tepuk dada tanya selera nak makan yang mana satu kan, samaada buffet ataupun ala-carte. 

Ada promosi 40% diskaun untuk 40% diskaun untuk Lady's Night yer, I like also!!



By the way, tahniah kepada En Saiful di atas pembukaan BIFE Charcoal Steakhouse ni ek, walaupun ianya sudah di buka 2 bulan lalu tapi baru-baru ini merupakan perasmiannya. Ramai jugak VVIP dan selebriti yang hadir termasuk akak lily jugak ek hehhhe

Yang mana nak mencuba hidangan-hidangan ’churrassco meat’ni boleh lah ke BIFE Charcoal Steakhouse ni kan

Jom ke:

BIFE Charcoal Steakhouse,
The LINC KL, No. 1-5 & 1-5-F 1st Floor,
Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur

Operating Hours: 12pm – 10.30pm
Tel: 03-2300 6488

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website :

Facebook: 

Instagram :




#BIFECharcoalSteakhouse
#HouseOfMeatBuffet
#BiFEAsia
#BIFE




Wednesday, July 17, 2019

Thai Wok and BBQ Buffet Di AROI DEE Thai Restaurant, Palm Garden Hotel

Hi Korang, 

Makan-makan memang jadi forte kak lily berdua lah kan especially makan ala Thai dan BBQ ni. 

Kebetulan pulak bila ada restoran yang hidangkan makanan sebegini haruslah kena pi cuba kan, jadinya jumaat lepas ktorang ke Palm Garden Hotel dengan kengkawan yang lelain. 

Kalau korang nak tau yang Thai Wok and BBQ Buffet ni ianya di adakan pada setiap jumaat malam bermula 12hb Julai 2019 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 


Pelbagai jenis hidangan makanan Thailand dan BBQ di hidangkan untuk menjadi santapan, di mana bahan-bahan segar ini di masak secara ‘live’ di hadapan korang samaada di grill, di goreng dan macam-macam lagi cara masakan. 

Selain daripada itu hidangan asli Thailand, salah satunya salad somtam di hidangkan secara ‘live’ di hadapan korang di dalam masa tak sampai seminit pun hehehehe ye kak lily siap timing lagi tau hauhauhaua 

Menu-menu hidangan utama seperti nasi goreng, mee hoon, pencuci mulut juga dihidang yang bakal membuka selera korang. 

Tom Yam Soup 

Live Som Tam 
(Variety of Som Tam - Young Mango, Young Papaya, Carrot, White Radish) Mix Green Salad with 3 types of Sauce) 

MAIN DISH 

Thai Vegetable Fried Rice 

Fried Noodle (Mee Hoon I Sao Hoon) 

SAUCE 

3 Flavoured Sauce 
(Nam Yam Sauce, Spicy Tamarind Sauce, Thai Sauce & Chili Sauce) 


BBQ ITEM 

Beef Tenderloin Slice 
Fish Seabass & Snapper Fillet 
Tiger Prawn Blue Crab Squid 
Local Clam, Bamboo Clam, Shellfish, Lala 
Whole Fresh Corn, Ubi Keledek 






Chicken Skewer, Otak-Otak, Fish, Prawn, Chicken Wrap in Banana Leaf 

Chicken Enche Cabin & Pandan Chicken 

LIVE STIR FRIED 




Stir Fried with Roasted Chili Sauce 
Stir Fried Chili Chinese Style 
Stir Fried with Fresh Chili Thai Style 
Stir Fried with Black Pepper Sauce 


DESSERT 

Thai ABC, Cendol & Thai Jelly 
Mix Fruits (Water Melon, Papaya, Pineapple) 

Untuk buffet ‘Thai Wok and BBQ’ ni, ianya bermula dari 12hb Julai 2019, setiap hari jumaat malam dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah RM68nett dewasa 

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Palm Garden Hotel Putrajaya boleh hubungi di talian 03- 8943 2233 atau whatsapp ke 010-367 6101 


Sedikit info mengenai Aroi Dee Thai Restaurant ini. 

Di buka setiap hari untuk makan tengahari dan makan malam dari 12.00 tengahari hingga 2.30 petang dan 6.30 petang hingga 10.00 malam. 

Pada hari bekerja, ianya menghidangakan Thai Set Lunch dan Thai Dinner Menu dengan beberapa pilihan menu ala carte.

Jom kite ke:

Aroi Dee Thai Restaurant
Palm Garden Hotel 
(Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd) 
IOI Resort City 
62502 Putrajaya 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 


Laman Web: 

Facebook: 


Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Wednesday, October 31, 2018

Masakan Padang Di Melting Pot Cafe, Concorde Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang, 


Lama betul tak ke Concorde KL ek? Tidur sana pun dah lama tak pi. Itulah bila ada orang ajak makan so apa lagi jangan lepaskan peluang kan hehehehe 

Melting Pot Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb November 2018. Nikmati kelazatan hidangan yang disediakan oleh Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik.


Padang adalah tempat asal orang Minangkabau di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Padang adalah antara makanan terkenal di Asia Tenggara termasuk Singapura. Masakan Padang ini terkenal dengan rasanya yang kaya dengan santan dan kepedasan cili.


Perbezaan di antara masakan Padang dan Melayu terletak pada cara penyediaan lauk Padang tersebut, namun terdapat satu atau dua bahan yang berbeza digunakan dalam masakan Padang yang memberikan rasa, tekstur dan aroma yang tersendiri. 

Diantara hidangan wajib masakan Padang adalah ayam pop, dendeng, kalio ayam, cumi balado, sup tulang rusuk, lauak taucho ikan, samba! udang petai, gulai jariang pucuk ubi, taruang balado dan gulai sayur kapau. Terdapat juga lauk-pauk yang lain seperti anyang pucuk paku, gado-gado, uwok pucuk ubi, rendang daging, sup ekor dan gulai ikan !ado api. Godok batinta, kolak pisang, badak berendam, onde-onde dan bubur pulut hitam adalah antara pemanis mulut yang harus dicuba. 

Appetiser 

Lotek 

Sup Ekor 

Sambal Lado Buncis , Anyang Kacang Panjang dan Anyang Pucuk Paku 



Main Course 

Ayam Pop (live cooking station)
Sambal Merah dan Sambal Hijau 

Ikan Gulai Lado Padi 

Gulai Sayur Kapau 

Ayam Rendang 

Dendeng 

Sotong (Cumi) Berlado 

Keli Berlado

Teruang Berlado 


Dessert 

Kolak Pisang 

Badak Berendam (a la minute) 

Terdapat persembahan secara langsung oleh kumpulan Begema 5. Chef menyediakan 3 set bufet yang berbeza. 

Untuk buffet ‘Masakan Padang’ ni, ianya bermula dari 25hb Oktober 2018 – 30hb November 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.


Harga buffet makan malam ini adalah RM110.00 nett (termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa)


Untuk tempahan buffet ‘Masakan Padang’ boleh hubungi di talian +03 2717 2233 atau email ke fbkl@concorde.net.

Jom kita ke: 

Concorde Hotel Kuala Lumpur 
2 Jalan Sultan Ismail, 
50250 Kuala Lumpur, Malaysia 

Tel: +603 2144 2200 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Laman Web: 

Facebook Page :

Instagram : 




Info sampingan lainnya: 
Parking yang luas di kawasan hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa.












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com