Showing posts with label blogger gathering. Show all posts
Showing posts with label blogger gathering. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Fish & Co Christmas Party Dan Fish’mas Platter Set Menu.

Hi Korang,


Biasalah bila dah dekat hujung tahun ni, blog Cik Lily Putih ni dapat banyak jemputan makan-makan sempena perayaan Krismas tidak lama lagi. So memang senantiasa makan jelah kan.


So baru-baru ni Fish & Co memperkenalkan hidangang menu Krismas yang dikenali sebagai Fish’mas Platter. Majlis di adakan di outlet Fish & Co Pavilion KL.





Party yang cukup meriah yang dihadiri lebih dari 150 tetamu termasuklah media, VIP selebriti seperti Hujan, Vagabonds, pahit manis dan Oh Chentaku! Turut hadir ialah blogger lifestyle seperti Shakiddo.com, HazmanFadzil.com, Mahamahu.com, CikLilyPutih.com dan KitePunye.com.




Ok sempat ktorang bercamwhore di photobooth yang di sediakan. Posing sebanyak mungkin la iolls, sampai bosan dah budak yang jaga booth tuh.. hehehehhe teruk ek




Steve Tan, Pengarah Ikan & Co merasmikan pelancaran Fish’mas Platter bersama-sama dengan Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion KL.“ This Christmas, we were inspired by Caribbean cuisine. Traditionally, people at the Caribbeans grabbed whateveringredients they have and cook it in a pot. We wanted to serve our guests with some oven-baked Cajun seafood goodness with extravirgin olive oil and various spices,” Steve memaklumkan kepada tetamu.

Ermm abis je launching, ada pelbagai permainan yang di sediakan untuk ktorang yang hadir ni.




Sempatlah ktorang main game as ‘Most Amazing Santa Beard’ dan ‘Fill the Stocking’. Sampai sakit-sakit perut gelak kan, semasa main game ni. Game ni biasa je, tapi lawaknye yang lebih. Menang bawak balik voucher makan di Fish & Co RM50 ermm best kan.

Ok its makan time,

Inilah dia Fish’mas Platter Set




Terdiri daripada sekuali besar makanan laut seperti clams, mussels, udang dan sotong serta termasuk juga dengan ayam yang dibakar berjuicy dengan rempah Cajun. Di tambah sekali dengan Fish’mas secret spices dan minyak zaitun.

Set ini di datangkan sekali dengan sup dan minuman ringan untuk 2 orang.

Harga RM89.95++.


Jom dapatkan set Fish’mas Platter ini di ke semua outlet Fish & Co seperti 1 Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, Tempat Utama @ USJ 21 dan outlet terbaru, IOI City Mall @ Putrajaya untuk masa yang terhad bermula dari 1 Disember 2014.


Untuk tempahan atau maklumat lanjut, 



Friday, November 14, 2014

Blogger Food Marathon

Hi Korang,

Semalam aku tak keja.

Bukan sebab malas hehehehe tapi ada kerja lain plak.

Hidup sebagai freelance blogger ni memang cam ni lah, kerja-kerja review yang terbengkalai haruslah kena disiapkan secepat mungkin, kang Client marah plak kata tak beri komitmen.


Semalam sekali harung ktorang kena siapkan projek makan-makan ni punya kerja. 

Jawabnya Food Marathon la kan.

Bermula dari Empire Damansara hingga ke Subang.

Ya ampun, perut sampai mintak nyawa sebab sakit kena sumbat dengan pelbagai jenis makanan. 


Itulah rasa bersyukur sangat di beri peluang sebegini. Sampai Mr Big cakap orang kat Somalia tu mati tak makan, kita kat sini boleh mati sebab kekenyangan yang amat sangat. 

Sudahnya balik malam tadi, terus minum teh kurus untuk keluarkan lebihan makanan yang tak sepatutnya di sumbat sekali gus.

So stay tune untuk citer project makan-makan ni ek.

Nak nak bagitau, sebenarnya ada lagi tempat ktorang tak abis cover lagi. Maybe akan ada lagi blogger food marathon ni dalam masa terdekat.

p/s : cuba cari menda tersembunyi dalam kedua-dua gambar tuh. Kalau sesiap boleh bagitau, aku bagi hadiah. 
Korang yang dalam gambar tuh tak yah nak sibuk ek... hahahaha




Tuesday, January 7, 2014

Majlis Perkahwinan Blogger Yana Yassin

Hi Korang,

Weekend memang time yang paling sibuk pada aku.


Mana tak busy, time tu lah nak pi event, time tu lah ada family gathering, tak termasuk nak pi cari perabut baru, hantar kucing pi vet ala hai. Memang tak cukup 2 hari off day kan. Kalau boleh nak 3 hari, boleh tak bos?

Ermm jangan harap. Berkerja la kito sekuek nyo.

rasa nak gigit budak dayyan ni tau

Sempat gak lah aku ke wedding Yana Yassin ni, salah sorang ahli team #propaganjil ni. Mr Big pun tak ikut coz dia ada wedding lain yang nak kene attend. Sorang pun sorang lah kan.

peneman aku makan diorang ni

Dalam kul 12 tghari cam tu aku dah sampai, tup-tup depan hall tuh aku dah nampak Shakiddo dan Jamar sekeluarga dah ada. Rupanya diaorang datang time nikah pagi tadi. Awal sungguh. Konon buat live streaming katanya.


Ok makan time, aku amik sket je. Nasi + ayam merah + daging masak hitam + papadom = happy!!

Dapat tengok Yana Yassin bersanding ek.



Tapi kejap je lah coz aku ada hal lepas tuh. Ramai gak blogger yang hadir baik yang aku kenal ataupun tidak. Ermm tak perlah next time kita beramah mesra jelah.

Anyway,


Selamat Pengantin Baru kepada Yana dan Shah. Semoga tabah mengharungi liku-liku alam perkahwinan. Gaduh, merajuk, bertengkar, suka, ketawa, tak cukup duit itu dah jadi asam garam rumah tangga ye.

Amin..

Monday, December 16, 2013

Kenduri Kahwin Anak Blogger Kak Ina KL

Hi Korang,

Walaupun banyak nau aktiviti last week sampai jetlag turun flight kan sempat aku ke kenduri kahwin anak blogger K Ina KL.

Memula tuh, rasa cam tak sempat je coz sampai dari Penang kul 8.30pagi dek sebab flight delay kan. Aik MAS pun boleh jadi cam ni kan, ermm dah nak kena nak buat cam ne.

Kitorang keluar rumah dekat kul 1.00 petang cam tuh.

Ikut highway Utara-Selatan coz nak cepat lagipun senang sket jalan tuh, la rupanya jem teruk oulls. Bukan ade accident pun kan, alah kereta-kereta kat Malaysia ni walaupun mahal tapi bila time naik bukit terus jadi slow. Dekat 40minit gaklah tersangkut kat situ.

Lepas je toll Nilai, terus je berdezup Mr Big drive. Yelah ko dah dekat kul 2.30 petang cam tuh. Dengan perut lapar lagi plak, nasib baik dah biasa jalan area Nilai ni. 

time ni k ina tengah busy agihkan goodies tau, berpeluh-peluh

Sesampai je dekat rumah baru K Ina KL ni, mak oi parking memang penuh. Maklumlah anak pertama, orang mesti ramai punya yang datang. Sebagai tuan rumah a.k.a mak pengantin, memang K Ina sibuk manjang, dengan nak menyambut tetamu, nak melayan besan lagi.

Lepas salam je, terus ktorang pi amik makan.

malas nak makan sayur, ini pun dah cukup terbaek oo

Rupanya menu kampung. Nasi putih bersama ulam-ulaman, sambal belacan, kuah lemak nangka, ayam goreng berempah dan ikan keli bercili. Apa lagi terus sampedek lah.

Ada lagi wei, sate, soto, bubur kacang dan kuih muih. Belum air 4 jenis, 2 panas dan 2 sejuk. Kata blogger MatJoe, teh tarik terbaik oooo.

Lepas makan, lepak plak temankan blogger jamar sekeluarga makan. Si Dayyan comel tu ngantuk plak, sekejap je Mr Big dapat dukung budak ni tau.

memang comel goodies wedding ni.

Anyway, terima kasih kepada blogger K Ina KL sekeluarga kerana sudi menjemput ktorang ni. Nasib baik cepat sampai, kalau tak hujan bukan main lebat lepas je ktorang keluar dari rumah K Ina tuh.

p/s:malas nak ambil gambar bebanyak coz lapo time tuh..




Wednesday, May 8, 2013

Blogger Coffee Talk 3.0 – Main Bowling Di Hari Pekerja 2013

Hi Korang,

Now baru ada masa sket nak citer pasal ni.

Memang diorg ni (team Blogger Coffee Talk) plan nak beriadah sempena cuti Labour Day 1st Mei 2013 tu kan, memula plan nak main bowling kat Times Square dan tup-tup bertukar venue ke Wangsa Walk.


Oklah Wangsa Walk, senang bagi ktorg nak singgah umah mama kasi kucing-kucing makan nanti.


On that day itself, hati cam berat nak pi coz duk rileks sarapan french toast dengan coffee  dulu kan. Siap kemas umah semua baru keluar. Mr Big cakap, dan lambat ni kita singgah jelah tengok diorg ni main then baru balik umah mama. Aku pun iya kan jelah.



Sampai tempat bowling je, diorg baru je dapat tempat. Apa lagi terus register nama kat pengelola majlis Yana Yassin dan DeqNoor. Bagus budak berdua ni, dedikasi je buat keje. Semuanya diorg yang uruskan, ktorg ni taunya main je kan.

Di antara bloggers yang hadir ialah :

4. Pak Lan
11. Kozumi Ro
12. Deq Noor

Ramai gak lah, ada yang aku dah kenal dan ada gak yang baru first time jumpa.


Tak sempat ice breaking pun, terus je main.






May 1, 2013 | Bowling time by CikLilyPutih on Keek.com


Memasing menunjukkan skill, aku tak de lah sebab aku memang tak reti pun main bowling ni walaupun ada bola bowling kat bawah katil umah. Dulu memang terrer tapi sebab tak praktis kot itu yang tangan jadi pengkar tuh.

1. Pak Lan - 289 mata
 2. Pena Berkala - 252 mata
 3. Melastik Bintang - 244 mata
4. Kozumi Ro - 225 mata
5. Yana Yassin - 216 mata
6. Ziera Zain - 211 mata
7. Deq Noor - 208 mata
8. Syukri Tahir - 193 mata
 9. Big (Hubby Cik Lily) - 165 mata
10. Muhammad Izwan - 159 mata
11. Eazy Izzuddin - 148 mata
 12. Nisa Kay - 117 mata
13. Cik Lily Putih - 99 mata

Tengok ni keputusan lepas 2 game, aku yang paling tercorot sekali hehehehehe… Buang duit je main kan, alah berape ringgit pun nak kira ke. Kira ok lah tu daripada tak de pin jatuh langsung kan




La rupa-rupanya ada hadiah wokeh. Walaupun tempat 13 but still dapat hadiah. Itu lah aku cakap baik pengelola majlis ni. Semua orang dapat hadiah, tak kira apa dalamnya yang penting ada hadiah tau.

Bowler terbaik lelaki dan perempuan Pak Lan dan Yana Yassin dapat hadiah special tau tajaan Kozumi Ro. Diorg dapat duit tuh dan kasut comel. Jeless sangat, kalau ku tau main bersungguh-sungguh tau.

Abis tu pi makan tapi aku tak join pun coz sibuk pi cari usb cable untuk iPad punya charger ni, duk pusing-pusing sampai terlupa nak call bebudak ni diorg pi makan kat ner. Sudahnya ktorg pi makan kat tempat lain.


Anyway thanks to Blogger Coffee Talk punya team coz sudi arrange program beriadah untuk ktorg bloggers ni kan. 

Hopefully lepas ni ada lagilah event sebegini ek.

info link: TQ DeqNoor tau..


Friday, May 3, 2013

Tempat Ke 13 Je... Sedih Tapi Happy

Hi Korang,

Pagi ni tak sempat nak tulis pepanjang lah

Keje menimbun dalam email ni. Tapi apa-apa pun update sekejap citer masa Labour Day hari tuh.


Cilok gambo dari melastikbintang.com

Walaupun dapat no. 13 but still dapat hadiah wokeh. Baik  betul penganjur event ni, Yana dan DeqNoor. Sebab tu sedih tapi happy

Sedih coz dapat no 13 tapi happy sebab dapat jumpe kengkawan blogger dan dapat hadiah comel..

Later baru update la ye....




Sunday, March 10, 2013

Happy Face!

Hi Korang,

Photo of us on Nuffnang 6th Birthday Bash



Susah kalau time event nak amik gambo sesama sebab Mr Big lagi suka amik gambo orang lain daripada gambo dia.

Agaknya perangai photographer cam tu ke..

Anyway,

Happy Sunday Korang!


Ermm 2-3 hari ni tak de entry ye coz tak de kat umah lah. Insyallah nanti start menulis balik ye...


Sunday, November 11, 2012

Gambar | Sekitar Majlis Perkahwinan Blogger Ruby

Hi Korang,

Semalam sempat gak aku ke majlis perkahwinan blogger www.rabiatuladawiyah.com di dewan serbaguna Bukit Aman ni. 

Majlis resepsinya cukup simple yang di hadiri sanak saudara kedua belah mempelai dan sahabat serta geng blogger si pengantin kan.

Ramai gak blogger yang aku jumpa. Ada Kak Ina KL, Mia Namia, Nurul Siezuka, Anak Perak, Linda, Wendy, Jess, Sharida, Khairi, Jen dan orang kuat Ruby siapa lagi kalau bukan Yana Yassin kan.

Ok, tengok je gegambar ni ek

Sama cantik sama padan

Ada dayang menari-nari tau

Blogger gila-gila

Main suap-suap gituh

Ktorg yang kaki bergambar

Yana, Nurul, Mia dan kite yang cantik ehhe

Dah aku plak wakil pengantin lelaki kan, makan sedap oo

Penari cilik yang comel nau

Dengan Bussiness Partner ehehehe

Diorg ni memang kaki senyum betullah

Orang kuat, yang tak reti-reti nak balik


Itu je, nak tengok gegambo lain tunggu bebudak blogger lain update ye

So tahniah kepada Ruby dan Naim, semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.