Showing posts with label blogger food marathon. Show all posts
Showing posts with label blogger food marathon. Show all posts

Monday, March 2, 2015

Dinner di Melur & Thyme Suria KLCC Dengan Food Blogger Malaysia

Hi Korang,


Aku lalu lalang je kat depan kedai ni, nak singgah cam tak de masa je.

rasa cam malas je nak amik gambo la

Yelah masuk KLCC pun sebab keje je kalau tak pun event je pun. Kalau setakat nak pi shopping ke better pi kat shopping mall lain kot. Maklumlah mak tak mampu lagi nak pakai lagi barangan berjenama yang mahe bebenau ni. Kalau makan kat tempat mahal sket boleh sajorrr

Diskriminasi sungguh!!

Hahahaahhahaha

Rezeki aku last week, dapat jemputan makan-makan dengan food blogger Malaysia yang hot asyik masuk tv je tuh. Eh bukan ktorang berdua lah, food blogger kaki masak pun hado jugak. Ermm Hazman kena loteri ke? Bukan lah rezeki dia ada lebih bulan ni so di ajaknya ktorang berdua ni.

Seperti yang di plan, ktorang dinner kat Melur & Thyme yeah!!




Memula aku ingatkan restoran ni ada western food je rupanya semua jenis menu ada. Ok memasing order ikut tekak memasing ek

WILD MUSHROOM SOUP
Aromatic and creamy soup served complete with a piece of garlic toast. 

Makan panas-panas, cicah roti bawang putih. Colek punye colek licin semangkuk, langsung tak de kesan tau.

DUCK SATAY
Tender duck breast meat marinated overnight and barbecued over charcoal fire

Kalau orang tak tau ingatkan sate ayam but saiz besar kan, dagingnya juicy, tak de bau apa-apa hanyir itik pun. Kuah satenya sedap 

STICKY ASIAN STYLE BONELESS BEEF RIBS
Braised beef ribs marinated with Asian herbs and spices served with our homemade sauce

Uniknya beef ribs ni sebab tulangnye semua dah di buang, so tinggal isi sahaja lagi senang nak makan kan.

GRILLED HERB CHICKEN
Boneless chicken breast marinated with thyme and spices, sous vide to perfection and served with vegetables, mash potato, cilantro garlic oil and thyme sauce.

Sesuai untuk mereka yang berdiet, portionnya tak delah besar mana. Just nice, sosnya sedap.

NASI GORENG BUNGA KANTAN WITH CRISPY CHICKEN
Stir fried rice with flower torch, long beans, and lemongrass served with egg, crackers, our special crispy chicken and sambal sauce

Ini memang win. Semuanye kena dengan tekak. Condiments yang dihidangkan sekali pun macam linked in, hehehe..

PENANG CHAR KOAY TEOW
Stir fried koay teow with cockles, chive, bean sprouts, tiger prawns and duck meat

Hangus-hangus sedap, ada bau-bau kuali hangit sket macam masak kat tepi jalan tuh. Lengkap semua ada dah tak lokek dengan bahan-bahan.

NUTELLA CHOCOLATE CAKE

Penutup makan malam yang awesome, tak terlalu manis dan pekat rasa coklatnya. 

Agak-agak yang mana satu menu untuk ktorang rasa ek?

sibuk interframe ek huahauha

mau roti mau roti

gaduh pasal nasi bunga kantan aku ni lah

Sebenarnya kesemua menu makanan tu ktorang makan, yelah bertukar-tukar pinggan. Sekejapan pinggan melayang ke sana, sekejap mangkuk sup melayang ke sini. So barulah boleh rasa yang mana sedap dan yang mana tidak.

Tapi yang best sekali adalah Nasi Bunga Kantan tuh coz memang sedap, di tambah pulak dengan ayam goreng yang crispy di hidangkan panas-panas kan. Sedap

Teringin la tu kan, meh la ke:-

MELUR &THYME
G03H-I Level Ground,
Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur
Phone : 03-2181 8001

Opening Hours:
8:00AM to 10:00PM (daily)

Laman web : 





Hah, balik tu kang pi singgah la tu kan.. korang ni bukan boleh percaya pun kan hahahahahaha


Friday, November 14, 2014

Blogger Food Marathon

Hi Korang,

Semalam aku tak keja.

Bukan sebab malas hehehehe tapi ada kerja lain plak.

Hidup sebagai freelance blogger ni memang cam ni lah, kerja-kerja review yang terbengkalai haruslah kena disiapkan secepat mungkin, kang Client marah plak kata tak beri komitmen.


Semalam sekali harung ktorang kena siapkan projek makan-makan ni punya kerja. 

Jawabnya Food Marathon la kan.

Bermula dari Empire Damansara hingga ke Subang.

Ya ampun, perut sampai mintak nyawa sebab sakit kena sumbat dengan pelbagai jenis makanan. 


Itulah rasa bersyukur sangat di beri peluang sebegini. Sampai Mr Big cakap orang kat Somalia tu mati tak makan, kita kat sini boleh mati sebab kekenyangan yang amat sangat. 

Sudahnya balik malam tadi, terus minum teh kurus untuk keluarkan lebihan makanan yang tak sepatutnya di sumbat sekali gus.

So stay tune untuk citer project makan-makan ni ek.

Nak nak bagitau, sebenarnya ada lagi tempat ktorang tak abis cover lagi. Maybe akan ada lagi blogger food marathon ni dalam masa terdekat.

p/s : cuba cari menda tersembunyi dalam kedua-dua gambar tuh. Kalau sesiap boleh bagitau, aku bagi hadiah. 
Korang yang dalam gambar tuh tak yah nak sibuk ek... hahahaha