Showing posts with label blogger event. Show all posts
Showing posts with label blogger event. Show all posts

Monday, June 29, 2015

Terglamer Pulak Di Astro AWANI Gara-Gara #SBByeos2015

Hi Korang,


Aku tau
Aku tau 
Aku salah

Sebab belum citer lagi pasal Sepetang Bersama Blogger #SBByeos2015 yang lepas. Betul ko, memang aku takde masa langsung nak tulis kan walaupun draft suku perenggan dah siap lama dah.

Memang dasar pemalas punye blogger tau.. hahahaahha

Tup-tup harituh, bebudak ni lah sibuk TAG nama aku kat facebook pasal #SBByeos2015 ni.

La kenapa pulak kan, sebab aku tak update entry siap kena TAG bagai ke, ishkk melampau sungguhlah diorang ni. Mentang-mentanglah group aku kalah, korang duk bantai memain TAG pulak ek. 

Rupa-rupanya muke mak masuk tv noks! hahaaha

amik dari FB Sheda Ucu 

Astro Awani lagi kan, itulah si budak wartawan Hilal Azmi tu datang time SBB tuh. So dapatlah ktorang tumpang glamer sket kan. 

Nak tengok video youtube ni ek


Hah rasanya melambak-lambak muka aku kan hahahahaha tapi semuanya dalam keadaan serius je asyik dengan telefon je kan. Dah memang ye pun, kena update social media sepanjang waktu so tepon kat tangan jelah 

Apa-apa pun terima kasih kepada Astro Awani kerana sudi cover event #SBByeos2015 ni kan dan juga tahniah kepada team Denaihati Network kerana berjaya menganjurkan majlis yang best untuk bloggers ni kan.

Hopefully jangan #SBByeos2015 jadi #SBB yang terakhir ye...

Friday, May 18, 2012

Elfira Loy Jurucakap Terbaru Maybeline New York Di Malaysia

Hi Korang,

Kan ada gambo aku dengan Elfira Loy yang muda dan versatile kat entry hari tuh, hah sebabnya aku dapat invitation ke Maybeline media launch untuk memperkenalkan Elfira Loy ni sebagai duta baru dengan menggayakan salah satu daripada gaya bertema FABULOUSLY 18, yang direka khas oleh Maybeline New York untuk actress sweet ni.


Majlis ni di adakan di Souled Out, Menara HSC. Hah first aku jejak kaki kat sini. Rupanya ada medical centre sekali. Of course sesampai register dulu then ktorg diberikan press kit dan empty goodies bag. Hah, kosong? Ye ko memang kosong pun. Rupanya ktorg diberikan sekeping kad untuk redeem our gift at each different counter.

kat kaunter redeemption, ramai giler orang

baby lips gergasi, yeah!

semangkuk eye liner

So sambil redeem, ktorg akan diberikan briefing sket mengenai produk FABULOUSLY 18 yang di gunakan oleh Elfira Loy ini. Aku dapat Smooth BB Stick Clear Stick yang akan keluar July 2012 nanti, Baby Lips Balm, Volum’ Express The Falsies Mascara, Master Eye Liner dan Eye Studio Diamond Glow. Lengkap barang make-up aku dah.


Sementara menunggu semua guest sampai, haruslah bercamwhoring sambil makan2 kan. Aku cam biasa amik gambo makan sket je coz sibuk berborak2 dengan K Ina dan Ruby.


Kemudian, ktorg di persilakan ke launch stage. Comel je tempatnya dan penuh dengan lampu2 sangat. MC petang tuh Julie Woon, I memang minat kat dia. Kurus je.


Ms Pink Fong, pengurus produk kumpulan Maybeline kasi some speech sket tentang pemilihan Elfira Loy sebagai duta terbaru Maybeline ni. Mereka memilih kerana sifatnya yang berkeyakinan dan ceria, serta kebolehannya yang versatile untuk menggayakan pelbagai rupa bagi Maybeline. Ini menjadikannya jurucakap ideal untuk menampilkan sifat bertenaga, bergaya, penuh dengan daya tarikan dan dinamik jenama New York tersebut.


Kemudian keluarnya si comel lotey Nurul Elfira Loy ni. Ermm ko memang kecik je orangnya. Simple dan nampak sweet. So ada Q & A session sket, memang confidence je dia jawab soalan2 tu kan. Senyum je dan pandai bergaya bila bergambar memang dah macam model lah.


Sempat jugak lah aku bergambar dengan Elfira Loy nie. Ready je sentiasa depan camera dan nama pun artis kan mestilah siap sedia.

Maybe she’s born with it. Maybe its Maybeline!

with Julie Woon


Anyway thanks to Connie dan Maybeline Team yang sudi jemput ktorg ke event simple yet elegant ni. Kalau ada peluang jadi, ajak lagi tau.

CLP notes : Hah aku dah cakap aku suker make-up nie walaupun aku tak cantik kan. Huhuhuhuhu..


Friday, December 23, 2011

Sepanjang Sept,Oct & Nov 2011 - Sampai Tak Terkata

Hi Korang,

Apa yang aku boleh cakap ialah letih sesangat. Tak de masa nak berehat langsung. Siang malam tak lekat di rumah. Abis keje pi event. Weekdays night penuh dengan event sampai weekend pun ada jugak jemputan event. Kalau aku charge diorg ni confirm2 aku dah boleh beli share kat Nuffnang tau. kahkahakhakhakahkaha jangan nak berangan. Kata orang berblogging biar ikhlas bukan mata duitan ye.


Skills
Dapat jugak aku merasa review smartphone HTC Sensation 2 minggu yang bermakna lah. Memang seronok sangat first time ada smartphone kan. Kira cam jakun sket lah. Lepas tu plak jugak merasa review DSLR camera Sony NEX 5. Walaupun sehari je but performance camera tu memang tip top lah. Dapat jugak belajar make-up2 kat Avent Beauty Workshop dan belajar buat video tutorial cara nak make-up.

Events
Aduiyai, lagi lah banyak. Melambak2 siap dapat jumpa artis lagi dan bukan artis je dapat jumpa celebriti chef lagi. Dapat pi tengok AIM Live lagi. Launching product tu tak yah nak cakap lah memang ada je time2 minggu, party pun kene attend jugak. Dan yang paling best aku conduct hi tea party sendiri kat umah aku siap make-up artist datang tuh.

Premiere Screening
Tak boleh nak tulis terlalu banyak sangat. Sampai dah lupa2. Pendek kata segala citer baru semua aku dah tengok lah.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..



Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Jun ni. Yang penting bersabar dan rajin ok.

Hopefully bulan Disember lagi best lah hendaknya ek sebab dah hujung tahun kan hehehehhe.

Oklah nak sambung buat entry dulu.. Choas...

p/s : gambo2 yang ada kat atas tu tak de kene mengena langsung dengan entry nie ek.. Aku sesaje nak letak coz kosong sangat rasanya dalam entry tak de gambo kan..


Tuesday, October 25, 2011

Belajar Jaga Muka @Avene Beauty Workshop

Hi Korang,

Lepas je dari main masak2 kat Restoran Rebung pagi tuh, aku dengan kelam kabutnya terus ke 2nd event plak. Nasib baik jarak dari Bangsar ke Jalan Yap Kwan Seng tu not so jauh sangat kan dan aku managed sampai lebih kurang 15 minit cam tu dengan kelajuan 90km/j je. Ok kan tak lah merempit sangat kot kan. 



Masuk2 je kat lobby Fullhouse Cafe ni dah nampak dah sign 'Avene Beauty Workshop' ni. Hah, lega pun belum start lagi. So cari2 tempat duduk, lagi terperanjat coz majoritinya female chinese kan. Sudah! aku sorang je melayu. Ermm tak per cekalkn hati duk dekat one of NN bloggers yang aku kenal lah kan. So duk diam2 je lah.


Semuanya putih belaka

Tengah duk layan FB kat IPAD, ada orang tegur plak. La rupanya Posh76, dia pun datang sorang gak. Sesama tak de geng kan. Disebabkn amoi NN blogger tu prihatin, dia dapat tukarkan meja ktorg jadi sebelah menyebelah. Ada pun geng, so borak2 lah sampai event start.

Actually Avene Beauty Workshop ini adalah untuk memperkenalkan produk Avene untuk Kulit Sensitif. Bagus tak? Aku memang dah tergolong dalam group ni so sememangnya sangat bersesuaianlah dengan aku. 


So event di mulakan dengan kata2 aluan dari Cheryl, Avene Senior Manager dan diikuti oleh Mr Avene's Trainer Mr. Damien Tavernier. Beliau menceritakan mengenai pelbagai jenis kulit sensitif dan cara penjagaannya dengan menggunakan produk Avene ni. Walaupun screen projector tu kecil nau rasanya disebabkan silau but aku still leh tangkap lagi apa yang dia cakapkan.

Avene Thermal Spring Water - sangat mujarab 

Abis dengan presentation, acara yang di tunggu. Test produk Avene ni lah kan. So ktorg dah di siapkan dengan sorang satu make-up station berserta produk Avene sekali. 


Teruslah ktorg di ajar cara menggunakan produk Avene ni kan.


Memula bersihkan muka

Sapu toner

then letak mask. 


Muka dah bersih

Seronok jugak muka dibelai2 gitu kan. Terasa begitu berharga plak kulit muka aku yang lebar ni kan. Lepas siap acara jaga muka tuh. 


Mix Grill Seafood


Ktorg di hidangkan dengan late lunch. Not bad jugak menunya. Eh, sebelum balik sempat lah bercamwhore kejap kan. 


Teman setable, Posh76


Dengan Shazwani Hamid


Sebelum balik, moh kite collect goodies bag dulu. Orang dah kasi free mestilah amik kan. Berguna oo produk2 nie, buat muka aku jadi bersih lah. Dapat aku rasakan.




So terima kasih to Avene for this educational event. Banyak betul aku belajar mengenai kulit muka ni kan. 


Lepas nie, agak2 aku dah boleh jadi skin analyst ek... hehehhhe