Showing posts with label belajar buat minyak wangi. Show all posts
Showing posts with label belajar buat minyak wangi. Show all posts

Monday, September 9, 2013

LUX Sensational Fine Fragrance Workshop


Hi Korang,

Dah lama tak pi media trip kan. Last aku pi, bulan 5 cam tu ke Singapore.

Bestnya kalau dapat pi lagi kan

Last 2 week, aku dapat invitation dari LUX Malaysia ke Fine Fragrance Workshop. Yeah, media trip ke Melaka tau. Walaupun 2 hari 1 malam je, but experience nya awesome tau.

Ini cerita PART 1 tau..


Nanti aku citer yang tuh ek, now meh aku citer pasal LUX Workshop ni.

Rupanya LUX ni wujud pada 1925, lama dah gak ni. Ianya telah merevolusikan dunia sabun buku kecantikan dan mandian badan dan berjaya menambat hati wanita di seluruh dunia. Ini seterurnya meletakkan jenama LUX ni sebagai jenama sabun kecantikan nombor satu dunia. Yelah ko menda yang wangi-wangi ni memang jadi kesukaan pompuan cam kita-kita ni.


Sebelum workshop start tu, sempat gak lah ktoorang bergambar ikut theme yang diberikan iaitu Chic Casual. Aku pakai simple je, janji ada purple disitu.


Host malam tu, Nazruddin. Alah artis gak lah. Comel, kecik molek orang Melaka. Eh sekampung plak kita ek. Sempoi je hosting this event.


Jom dengar sket Ms Tanya Teng kasi speech mengenai LuX workshop ni.

“Nadi dalam setiap mandian badan Lux ialah wangian kerana ia merupakan bahagian penting dalam  amalan kecantikan setiap wanita. Wangian membantu beliau merasa positif terhadap dirinya dan membenarkan beliau menggambarkan perasaan sebenar melalui haruman berpanjangan setelah menggunakan salah satu daripada mandian badan kami,” kata Tanya Teng, Pengurus Jenama untuk Pembersihan Kulit, Unilever (M) Sdn. Bhd.

Ok jom belajar mengenai perfume ni ek.

Mr David Boyd, Pengarah Wangian Global dari Givaudan yang mengendalikan LUX Fine Fragrance Workshop ni.

Ann Gottlieb telah bekerjasama dengan pasukan pembangunan pengkhususan wangian di pusat haruman kelas dunia, Givaudan, untuk menghasilkan haruman yang kompleks dan penuh misteri seperti Lux Magical Spell.

“Saya telah menghabiskan 50 tahun menghasilkan haruman eksklusif untuk individu-individu senarai A yang penuh glamor di dunia – daripada Calvin Klein ke Sarah Jessica Parker sehingga ke legenda industri kecantikan seperti Estee Lauder, dan saya sangat teruja dengan usaha sama yang menjanjikan satu penemuan baharu dalam kategorinya ini.”



Beliau menerangkan satu per satu cara pembuatan wangian LUX ni. Rupanya bukan main susah diorang ni mencari bahan yang bersesuaian dengan kulit orang Asia ni. Yelah dengan cuaca tak menentu, panas terik, hujan lagi so memacam kajian yang di lakukan untuk menjadikan setiap shower gel yang terbaik.



Pelbagai bahan rupanya yang terkandung di dalam sesuatu gel mandian ni. Kalau korang ada yang di ambil dari hutan-hutan di Asia, bunga-bunga yang unik dan juga ada juga bahan masakan juga di tambah bagi menghasilkan haruman ini.


Di antara wangian varian mandian badan LUX adalah:-

Lux Soft Touch
Lux Velvet Touch
Lux White Impress
Lux Magical Spell
Lux Wake Me Up

Mandian badan Lux disediakan dalam dua saiz botol berbeza. Botol 700 ml dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6.00, manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.


Duta Jenama Lux, Nur Fazura, menyertai senarai bintang-bintang glamor di serata dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Amy Mastura, Shiela Majid, Fauziah Latiff dan Erra Fazira yang menikmati ciri-ciri mengagumkan wangian eksklusif Lux scentsational.


Haruslah aku suka pada LUX Magical Spell, baunya memang sedap dan harum. Bukan yang lain tu tak best but this one is the best. Ianya diperbuat daripada black orchid yang hanya terdapat di hutan kat Malaysia. Kira special sungguh.

Sangat best workshop sebegini, at least memacam info yang aku dapat tahu pasal pembuatan wangian ni.

Terima kasih to LUX for this special media trip. I suker sangat tau.

Eh, ada lagi nak citer tunggu episod seterusnya. Maybe 2-3 entry lagi mengenai trip ni. Hotel yang awesome, SPA yang menyenangkan, makan-makan yang mengasyikan dan ada banyak lagi lah. Belum lagi dinner dengan FAZURA kan hahahahha. Aku rasa ramai yang jeles punya la..

So stay tune...