Showing posts with label beauty review. Show all posts
Showing posts with label beauty review. Show all posts

Saturday, April 25, 2015

REVIEW | Pure Beauty Youth Restore Lift & Nourish Range

Hi Korang,


Nampak aku umur berape ek? 40? Aku puk korang kang tau..

Belum lagi, still sweet 27 lagi hahahahaha perasan tak henggat tau Cik Lily kite ni.


Untuk senantiasa nak nampak muda, of courselah aku kena cari produk kecantikan anti-aging yang sesuai dengan muka mak yang lebar dulang ni. Bagi aku yang penting sekarang ni dalam skincare regime aku mesti ada essence dengan night cream. Eh penting dua-dua tuh, untuk merepair kulit muka kita kan.


Ok ni aku citer pasal produk Pure Beauty yang aku dah guna dengan seminggu dah ni. 

PURE BEAUTY 

Youth Restore Lift & Nourish Firming Essence
Weight : 30ml
Price : RM69.90
Availability : Watsons Nationwide

Hah inilah dia firming essence yang aku guna sekarang ni. Kat bawah ni di antara kandungan bahan-bahan di dalam essence tuh.


Liftonin, Red Ginseng Peptide & Noni Fruit Extract (Anti-ageing complex)
~ Boost skin's elasticity and reduce wrinkles
~ Enhance skin's firmness and moisture
~ Rich in anti-oxidant that fight against damaging effects of free radicals\

Sea Grapes (Green Caviar) & Blue Lotus Extract
~ Locks in hydration
~ Secure skin's moisture and prevents early signs of ageing

Thymus Vulgaris (Thyme), Buddleja Davidii & Edelweiss (Certified Organic Extract)
~ Enhances soothing effects

Bulgarian Rose Water 
~ Nourishes, hydrates and soothes to give radiant and supple skin

Bagus kan!


Apa yang best dengan firming essence dan skincare range ni, ianya free from paraben, lanolin and alcohol. Lagi pulak, produk ni dah diuji secara dermatologically dan mengandungi bahan-bahan organic yang di sahkan. Baguslah untuk mereka-mereka yang mempunyai kulit sensitif, boleh guna jugak.

Kemudian, kita beralih pula pada krim malam.


PURE BEAUTY 

Youth Restore Lift & Nourish Repair Night Cream
Weight : 50ml
Price : RM55.90
Availability : Watsons Nationwide

Comel kan packagingnya. Aku suka menda-menda yang unik nie. Siap ada cover lagi kat sebelah dalam. So tak de lah nak tumpah-tumpah terkeluar kalau bawak sana-sini kan. Ni kalau nampak #DakUban of courselah dia buat main bola nanti.


Ada bau-bau ginseng extract untuk krim malam ni, alah tak per yang penting dapat menjaga dan memulihara kulit muka kita masa kita tidur kan. Cepat meresap masuk kedalam kulit. I like it!.

tengok #DakUban buat main bola kan

So itu je nak citer mengenai beauty produk yang aku duk guna sekarang ni, hopefully boleh jadi panduan buat korang dalam mencari krim yang sesuai untuk kulit muka kita kan. Harga pun not bad, berpatutan sesuai dengan budget krim-krim muka yang lain.


Kalau korang berminat nak cuba produk dari Pure Beauty ni, korang boleh dapatkan daripada www.watsons.com.my dan korang boleh check it out jugak di https://www.facebook.com/purebeautymalaysia tau.

Selamat mencuba ye…




Cik Lily Terfikir : memintak diorang ni ingat aku muda ek! hauhauahuahauhauhaua




Friday, August 15, 2014

REVIEW | ORIDERM Skincare

Hi Korang,

Kan aku ni suka cuba selalu yang boleh menyelesaikan masalah kulit muka kan. So now aku cuba produk ORIDERM ni plak.

Ramai duk complaint kat aku cakap, tak de effect kat muka ke asyik tukar-tukar skincare? Ermm so far alhamdullilah tak de masalah. Maklumlah kulit muka orang kampung kan tahan lasak hahahahha riak plak aku ni. Tak lah tipu-tipu memang tak de masalah apa-apa pun. Jerawat pasir kecik-kecik tu biasalah. Tapi kulit berminyak ni memang tak boleh nak elak senantiasa ada je.

Meh aku nak perkenalkan pada korang produk Oriderm nie k.

Ada 2 set iaitu Set Remaja dan Set Anti Penuaan

Jadi aku ni muda remaja lagi, so gunalah Set Remaja. Eh elek tipu aarr. Sebenarnya set remaja ni bersesuaian dengan orang-orang kulit berminyak tak kira remaja muda ke remaja purba kan. Sebab kita kena kurangkan atau hilangkan minyak-minyak di muka dulu then baru boleh pakai set Anti Penuaan.


Set Remaja / Teenager Set
-------------------------------
1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.

2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah

3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.

Cara pemakaian:-
Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai.


Set Anti Penuaan / Anti-Ageing
-----------------------------------
1. Absolute Cleansing Gel
• Gel pencuci yang memberi kesimbangan PH pada kulit wajah
• Mengurangkan kotoran dan kesan cela pada wajah
• Kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian

2. Absolute Hydro Fluid
• Mengaktifkan sel kulit
• Berfungsi mengurangkan kesan parut
• Anti-oksida
• Anti penuaan dan memberi kesan lembap pada wajah

3. Absolute Hydro Serum
• Membantu membaiki tekstur kulit
• Melembut, ,melembap dan menyuburkan kulit
• Memastikan kulit wajah sihat dan cerah

4. Absolute Hydro Cream
• Melembap dan menyuburkan kulit
• Istimewa kerana formulasinya diekstrak dari tumbuhan marin
• Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah

Cara pemakaian:-
Cuci wajah dengan menggunakan absolute cleansing gel terlebih dahulu. Bilas dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian pada wajah; dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu sebelum meratakannya secara menaik pada wajah. Sapu Absolute Serum diikuti dengan Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.


Kesan selepas 7 hari menggunakan Set Remaja:

Dia tak de effect yang kuat macam keluar jerawat ke minyak muka makin banyak keluar tapi aku boleh perasan perbezaannya. Selalunya sebelum tengahari aku dah sibuk kering muka aku dengan oil blotter paper ni. Sekarang ni tak yah lagi.

Rasa minyak tu sedikit demi sedikit berkurangan dan hilang. Tak yah nak basuh muka dan letak make up balik kalau nak keluar office pi event kan coz makeup still ada cuma touch up je sana sket sini sket. Nampak muka cam bersih sket dan clear je bekas-bekas jerawat tuh.

muka seharian keluar, ada kesan minyak tapi sket je lah. dah mula berkurangan


Ok itu baru guna Set Remaja, nanti aku nak cuba Set Anti Penuaan plak ye.

Hanya RM150 untuk Set Remaja dan RM280 untuk Set Anti Penuaan. Rasaikan sendiri perbezaannya dan mulakan hari anda dengan ORIDERM hari ini!

Korang, kalau interested nak cuba bolehlah call di talian 0164224439 untuk keterangan lanjut dan kalau korang cam nak tengok sendiri keberkesanan produk ORIDERM ni boleh ek di laman instagram @Oriderm_Malaysia

Ada banyak testimonial kat situ lah.

Thursday, November 15, 2012

AVERINE ‘Age Defy’ Collection Menangani Masalah Penuaan


Hi Korang,

Orang pompuan memang tak abis-abis cautiously dengan penjagaan kulit muka. Maknanya lagi berusia lagi lah kena menjaga kesihatan kulit kita ni. Skincare memang tak jadi masalah kot coz melambak di pasaran.


But how about make-up? Pernah jumpa ke yang protect kulit muka kita?


So AVERINE telah memperkenalkan satu rangkaian mekap yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit anti-penuaan dengan warna yang menarik. Di kenali sebagai koleksi Age Defy, yang berupaya melawan penuaan kulit dengan rangkaian lengkap mekap, merangkumi mekap asas hinggalah kepada warna untuk mata dan bibir.


Sesampai je lepas register, ktorg boleh bermake-up dengan produk AVERINE ni. Ada 5 orang make-up artist dah sedia menunggu untuk menyolekkan guest yang datang kan. 


Aku pun tak ketinggalan gak, sempatlah touch –up sedas dua kan. Lepas tu terus jadi cantik noks!


Dalam ucapannya sewaktu pelancaran Age Defy, Roderick Chieng, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Esthetics International Group Bhd, menyatakan bahawa koleksi mekap serba baharu ini diinspirasi oleh wanita hari ini yang dikagumi kerana berwawasan, berkeyakinan dan miliki kekuatan untuk menempuh pelbagai cabaran dalam membina karier dan mengimbangi kehidupan keluarga, namun tidak lupa mengambil berat tentang diri sendiri.

“Dalam erti kata lain, semangat juang wanita moden telah memberi inspirasi kepada AVERINE untuk membangunkan koleksi mekap revolusi, Age Defy, sebagai ‘perisai’ untuk melindungi daripada tanda-tanda penuaan pada kulit,” kata Chieng.


Koleksi warna-warna berseri Age Defy dicipta untuk menyerlahkan ciri terbaik seseorang di samping memelihara dan melindungi kulit.  Koleksi ini termasuklah mekap asas yang melicinkan, bedak debu & kompak, gincu yang mempunyai serum, pengilat bibir, penggaris mata, maskara melebatkan dan seleksi pembayang mata yang cantik.

Yang paling penting sekali, rangkaian ini selamat dan bahan-bahan serta formulasi termajunya membantu kulit menentang kesan penuaan kulit untuk tempoh lebih lama. 

Nude Collection

Smokey Product

Tidak seperti mekap lain dalam pasaran, AVERINE menggunakan bahan semulajadi dan memelihara kulit seperti sari tumbuh-tumbuhan, vitamin dan mineral.

Hasil produknya: 

  • 100% tidak komedogenik (tidak menyumbat pori-pori)
  • hipoalergenik (selamat untuk kulit sensitif);
  • bebas daripada minyak mineral (tidak menyebabkan milia dan akne akibat kosmetik);
  • 100% bebas wangian (tidak merengsakan kulit);
  • bebas lanolin (tidak merengsakan kulit);
  • tanpa alkohol (tidak menyebabkan kulit kering dan wajah kusam);

Dengan ciri-ciri penjagaan kulitnya, kosmetik Averine sesuai untuk semua jenis kulit, terutama sekali kulit sensitif atau yang mudah mendapat akne.


Acara pelancaran Age Defy diserikan lagi dengan kehadiran Anita Aziz berusia 39 tahun, model fesyen veteran tanahair dan selaku duta jenama AVERINE Age Defy Makeup. Anita juga ditemani oleh dua orang wanita cantik menawan, yang diberi penghormatan oleh jenama mekap penjagaan kulit ini sebagai AVERINE Age Warriors


Mereka adalah model fesyen dan seorang yang berjaya menempuh barah servikal, Genevieve Sambhi berusia 38 tahun; dan Jo Moo, model dan juga seorang ibu, berusia 29 tahun.

Erm macam menarik kan? Haruslah girl. Siapalah nak tua sebelum waktunya kan.

Koleksi mekap AVERINE Age Defy boleh didapati di semua AsterSpring Signature, AsterSpring dan pengedar sah AVERINE di seluruh negara mulai 1 November 2012.


Thanks Averine coz menjemput aku ke beauty event ni, haruslah mencuba produk yang dibekalkan dalam goodies bag ni ek

Yeah…