Showing posts with label batu ferringi. Show all posts
Showing posts with label batu ferringi. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

One Great Day in Penang

Hi Korang,

Sekarang ni aku berlive blogging dari Penang dalam bilik hotel kat Gurney ni. Alah pi satu hari satu malam je ada meeting plak kat HQ ni. So the whole team kena ke Penang lah kan. Segalanya disiapkan dari start travel sampai ke umah esok. Tempat tinggal, mileage semuanya di cover. Seronok kan. Yelah tak kan nak kuar duit sendiri plak, mestilah company tanggung.


Ktorg stay kat Gurney Hotel, menghadap laut tu. Selak langsir dah nampak laut. Not bad jugak hotel ni, biliknya besar, bilik air pun mantap beb siap ada jakuzi tuh. Tapi tv je zaman batu lagi, kejap ada suara kejap bisu. Tak perlah janji internet 24 jam kan.


Meeting start lebih kurang kul 4pm cam tu. Banyak jugak aku belajar dari meeting ni. Tak yah nak citer dengan korang kang korang tau plak rahsia company aku kan. hehehehe just joking lah. Ala pasal brainstorming staff je.

Combinasi yang tak sesuai langsung

Gila korang aku nak minum kan.

Kuaci Geng..

After that ada light dinner kat main office nasib baik sebelah je kan. Dekat je, tukar2 lift. Masuk2 je ada chapati, nasi kandaq, pasemboq ermm memacam Penang food. Alcohol drink tu memang biasa dah dalam culture company aku so tak heranlah kan. Tapi aku tak minum ok.


Balik bilik, lepak kejap tweet2 then kuar lagi jejalan kat area Gurney Drive nie, masuk Gurney Plaza lepak2 pekena ice-cream Gelastissmo. Not bad jugak. After that pi jejelan plak kat Batu Feringhi nite market. Ingatkan tak bukak ari isnin rupanya ada.  Seronoklah diorg ni shopping kan. Beli itu beli ini. Aku? cuci mata jelah coz tak tau nak beli apa lah. Semua dah ada.

Licin pasemboq ktorg bedal, banyak dan harga pun not bad jugak.

Balik ktorg singgah lagi kat Gurney Drive untuk supper plak. Pekena pasemboq sepinggan share 3 orang. Kenyang tak ingat, memang sedap. Balik hotel pun jalan dah cam malas2 je.

Ok ok enough for now. Nanti sambung lagi lah. Chow...

Tuesday, December 21, 2010

Korang Berani ParaSailing Ke?

Hi Korang,

Last weekend memang best, super duper best. Aku ada family outing kat Penang. Actually tak de plan apa pun. Cuma just nak relax and having fun je.

Speaking of fun, ermm aku cuba satu aktiviti nie.. iaitu PARASAILING..

Memula kecut pecut masa nak naik, pas tu terkinyam nak lagi..


Time nak take off

Hah cuak kan, tapi best giler. Bila dah ada kat sana tu, panorama kat Batu Ferringi tu sangat menasyikkan. Cantik sangat. Bila tengok bawah, nampak air laut tu hijau je. Sampai boleh nampak jellyfish lagi, banyak sesangat ooo. Memang mempersonakan lah.

Time landing plak


Kalau korang perasan, dalam video aku nie dengar suara orang2 menjerit kan. Itu actually my SIL & BIL. Diorg kecut perut masa nak cuba memula. So aku jadi bahan experimen diorg lah kan. Ala just kidding tau.

Disebabkan terlalu suka, aku cuba lagi for second time on the next day. Dah nampaknya berhasil, take off cantik, dan bila landing time pun cantik jugak..

Anyway, I love parasailing. Kalau kat KL nie ada aktiviti cam ni. Memang tiap-tiap minggu aku pi naik kan.

Ok, citer pasal makan jap lagi update la ek..