Showing posts with label bandar nada alam. Show all posts
Showing posts with label bandar nada alam. Show all posts

Sunday, October 27, 2013

Nada Alam, Nak Rasa Duduk Pinggir Bandar Plak

Hi Korang,

Ini kali pertama aku dapat jemputan ke property launch ni. Ermm gempak jugak ek.


Nada Alam ni betul dalam kawasan Batang Benar di Pajam. Aku dah biasa area sini so kira tak susah nak mencarinya. Dekat dengan site lama dulu.



Kawasan yang aku rasa amat luas ini akan menjadi bandar perumahan Eco Living yang terbaik di Seri Pajam, ianya merupakan projek perumahan terbaru dari Seri Pajam Development.


Mehlah kita masuk ke Sales Gallery ni ek



Biasalah office developer, haruslah ada model kawasan perumahan Nada Alam ni. Ada gak layout plan untuk mereka yang tak sure apa lagi yang terkandung dalam Nada Alam.





Bila tengok model-model rumah ni terus pasang angan-angan, kalaulah satu hari nanti dapat duduk kat sini kan best. Ermm mana tau kan, rezeki di tangan Allah.





Perumahan Nada Alam ini di rasmikan oleh YB Dato' Hassan Bin Malek. Memang gilang-gemilang. Lepas je speech perasmian, terus ke acara potong reben. Then belon-belon di lepaskan bukan main cantik lagi tau uolss.


Lepas je ktorang makan, terus je naik ke kawasan rumah contoh.

Aku melawat rumah double strorey terrace (FREEHOLD) je






22' x 70' (2,366 sq.ft - 2,543 sq.ft) 4 bedrooms + 4 bathrooms price from RM472,400




22' x 70' (2,412 sq.ft - 2,545 sq.ft) 4 bedrooms + 4 bathrooms price from RM440,500

Memang rasa teringin nak beli gak la rumah Nada Alam ni.
konon nak yoga kat luar laman, by the way laman untuk corner lot memang sangat besar tau..


Yang best tu kawasan Nada Alam ni dekat dengan pelbagai kemudahan awam macam KTM Station (5 minit je), college macam INTI, Universiti Sains Islam Malaysia, Legenda College, Kolej Tunku Jaafar, Nilai International School, Staffield Golf Club, banks, hypermarket macam Tesco, Giant dan memacam lagi lah.


Mehlah check it out di www.seripajam.com.my dan facebook page www.facebook.com/SeriPajam untuk lebih details ye.


Selain dari pemberian belon pada anak-anak kecil ni, pihak Seri Pajam Development ju menyediakan live band dan beberapa permainan dulu dan kini bagi menghiburkan tetamu yang hadir.


Cuma aku je yang tak sempat nak main coz duk leka kat rumah contoh tu dekat sejam, sebab suka benau kan.

Dear, belikan I satu boleh tak?

Ermm alangkah bahagianya kalau dapat rumah ni sebijik.