Showing posts with label ampang point. Show all posts
Showing posts with label ampang point. Show all posts

Wednesday, November 1, 2023

Malabar Gold & Diamonds Melancarkan Cawangan Terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point

Hi Korang,

Malabar Gold & Diamonds merupakan salah satu perniagaan perhiasan terbesar di dunia, yang berada di tangga ke-6, dengan lebih dari 335 kedai di seluruh 11 negara di seluruh dunia, kini telah merasmikan pembukaan cawangan terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point, Selangor.


Kedai ini telah dirasmikan bersama selebriti popular Anzalna Nasir pada 30 Oktober bersama kehadiran Ketua Cawangan Malaysia - Encik Nijeesh Parayil, bersama pasukan pengurusan Malabar Gold & Diamonds yang lain, para pelanggan budiman, serta para penyokong mereka. Dengan kehadiran begitu ramai pengunjung, majlis perasmian ini dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik kombinasa 2 negara; Malaysia dan Timur Tengah dan peragaan barangan kemas bertemakan Dubai Bling yang begitu memukau.


Cawangan terbaru di Pusat Membeli Belah Ampang Point ini, akan menumpukan perhatian kepada para pelanggan berbangsa Melayu, yang juga merupakan cawangan ke-9 kepada Syarikat Malabar Gold & Diamonds di Malaysia, mereka menyediakan pelbagai koleksi perhiasan emas, berlian, dan batu berharga, dengan reka bentuk yang telah direka dengan mempertimbangkan selera dan pilihan penggemar perhiasan Melayu. Terkenal di seluruh dunia dengan polisi yang berorientasikan kepentingan pelanggan dan ketelusan didalam urusniaga, semua pembelian perhiasan dari Malabar Gold & Diamonds dilindungi oleh 'Janji Malabar', iaitu satu set dasar yang memberikan jaminan kualiti serta perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan. Janji Malabar juga termasuk 100% nilai pertukaran emas, 100% nilai pertukaran berlian, berlian yang disahkan oleh IGI dan GIA, harga yang telus kepada para pelanggan dengan menunjukkan berat batu, berat bersih, serta caj batu perhiasan, serta menawarkan nilai terbaik di dalam pembelian semula perhiasan daripada para pelanggan.



Kami amat berbesar hati kerana dapat membuka cawangan terbaru kami di Pusat Membeli Belah Ampang Point, justeru itu dapat memperluaskan kehadiran kami di Malaysia. Malabar Gold & Diamonds telah memulakan operasi di Malaysia bermula tahun 2015, dengan cawangan pertama di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Meskipun kami telah melayani minat pelanggan Melayu kami dengan berkonsepkan MGD - Lifestyle Jewellery, cawangan Malabar Gold & Diamonds di Ampang Point ini adalah yang pertama direka khas, khusus untuk para pelanggan berbangsa Melayu. Cawangan di Ampang Point ini akan memperluaskan lagi rangkaian kami di Malaysia dan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kami untuk menjadi peniaga perhiasan pilihan utama di dalam Negara ini," kata Pengerusi Malabar Group, M.P Ahammed.

Cawangan yang baru dibuka di Pusat Membeli Belah Ampang Point ini mempamerkan pelbagai pilihan rekaan perhiasan emas dan berlian yang begitu memukau. Koleksi “The Mine” dari Malabar Gold & Diamonds mempersembahkan perhiasan berlian unik yang direka khas untuk pelanggan berbangsa Melayu, termasuk rantai berlian panjang yang begitu mempesonakan, di antara banyak rekaan unik yang lain, juga terdapat di sini. Selain dari itu, kategori perhiasan emas termasuk koleksi emas 916 “Bella” yang sering menjadi tumpuan, menyediakan berbagai rekaan eksklusif dan kekemasan yang halus dihasilkan dengan pelbagai jenis emas. 




Koleksi Bella boleh didapati dengan rantai panjang dengan keberatan yang mampu milik, menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Rekaannya yang unik lagi menarik, didatangi dari 11 buah negara yang berbeza menampakkan kelainan setiap rekaannya di Malaysia.

"Kami amat gembira dengan pelancaran cawangan baru kami ini, yang didedikasikan secara eksklusif untuk memenuhi citarasa dan keselesaan kepada pelanggan tempatan terutama sekali wanita-wanita Melayu. Setiap satu koleksi dan rekaan di dipilih khas dan terperinci mengambil kira faktor rekaan yang baru dan unik, hasil kerjatangan yang halus dan keberatan yang seiring untuk memberikan pelanggan nilai harga yang menarik dan mampu milik. Kami sangat menitik berat khidmat pelanggan yang telus dan menepati kepuasan hati pelanggan".

Kini, jenama ini mempunyai 9 cawangan bertaraf dunia di Malaysia, yang terletak di Jalan Masjid India (terdapat 2 cawangan), di Pulau Pinang, di Klang, di Bandaraya Seremban, di Ipoh, di Mydin Mall Subang, di Mydin Mall Seremban, serta yang terkini adalah di Pusat Membeli Belah Ampang Point. Diantara perancangan pembangunan agresif yang akan dijalankan oleh jenama ini adalah untuk membuka beberapa lagi cawangan baru mereka di Bangsar, Johor Bharu, & Aeon Mall di Kuala Lumpur.

Malabar Gold & Diamonds adalah jenama utama Kumpulan Malabar, yang telah ditubuhkan pada tahun 1993 di India. Dalam tempoh 30 tahun, Malabar Gold & Diamonds telah berjaya menjadi peniaga perhiasan antarabangsa yang unggul, dengan rangkaian peruncitan besar di Malaysia, Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat & United Kingdom. 

Dengan lebih dari 100 juta pelanggan di seluruh dunia, Malabar Gold & Diamonds menawarkan peminat barangan perhiasan dengan lebih dari 25 jenama eksklusif dan pelbagai koleksi untuk para pelanggan mereka. Selain dari kehadiran cawangan peruncitan yang mengagumkan di seluruh dunia, Malabar Gold & Diamonds juga merupakan sebuah entiti yang berintegrasi secara vertikal, dengan 15 unit pembuatan dan 14unit pemborongan di seluruh dunia, beroperasi bersama secara bersepadu dan bertahan untuk jangka masa panjang, di dalam melaksanakan penyediaan pengalaman membeli perhiasan yang menggembirakan serta eksklusif kepada pelanggan mereka.

Thursday, March 5, 2015

Sangkaya Coconut Ice Cream Ampang Point

Hi Korang,

Ada aku perasan blogger Alyza Fisol post gambo Sangkaya ni kat instagram dia.

Ingat apa menda lah Sangkaya tuh, rupanya ais krim kelapa yang di hidangkan sekali dengan tempurung kelapa tau. Hah ko, kemain lagi ek.

Ermm maybe tak berapa sedap kot, ok abaikan!!

Tup-tup masa last week lepas abis shopping kat Spotlight Ampang Point tuh, ktorang jejalan lah kat bawah ni. Alah cuci mata je sementara nak ke iOi City Mall lepas tu kan, so pusing keliling area lobby ni.


La ada bazaar, ok mai singgah masuk jap. Banyak orang jual tudung dengan jubbah je dan mainan bebudak so kuar balik, jejalan bahagian belakang plak. Sambil jalan tuh, ada sorang adik tu panggil.

'Kak meh rasa ais krim ni ek'

Aku pandang adik tuh, terus senyum dan amik. Uit sedap plak la. Terus aku panggil Mr Big suruh rasa, dia rasa dah terus jalan ishk tak sempat-sempat nak pi kedai handphone tuh.

'Ermm tak perlah dik, thanks'

Adik je senyum je, biasalah ikut customer lah. Kalau sedap mesti dia beli kan.


Setapak je aku jalan, aku tengok signboard kedai tuh. Lepas tu baru teringat, ooo inilah dia famous ice-cream yang tengah meletup-letup hits di social media ni kan. SANGKAYA…


Reserve balik dah terus je berdiri depan kaunter sambil blur-blur tak tau nak order yang mana. Nasib baik orang tak ramai, maklumlah baru kul 11.30pagi cam tu kan. Budak kat kaunter tu pun suggestlah apa yang signature di Sangkaya ni.


Of courselah Sangkaya Coconut Ice-Cream

4 scoop ais krim kelapa dengan kepingan isi kelapa yang lembut. Arghhh sedappppp oooo. Di tambah plak dengan topping yang korang boleh letak apa je di tempat nak ambil ais krim nanti. Memulakan aku ingatkan vanilla ice-cream, bukan wokeh memang ais krim kelapa betul.


Ada beberapa jenis pilihan topping cornflakes, kacang merah, kelapa sagat goreng dan ntah apa lagi tak ingat plak aku kan.

Semangkuk ke cukup, share berdua. Kan berdua tu lebih baik katanya.

Kat mane kedai, ni korang ikut je alamat ni


SANGKAYA
Lot FM-11, Ground Floor,
Ampang Point Shopping Centre,
Jalan Mamanda 3, Taman Dato Ahmad Razali, 
Ampang, Selangor

Opens daily from 10.00 a.m. to 10.00 p.m.

Bagi mereka yang rasa Ampang Point tu jauh, boleh pi outlet mereka yang lain kat Jalan Alor (area Bukit Bintang) dan Jaya One.


So tak delah korang meredah jem nak ke Ampang kan tapi kalau dah teringin harus diredahi jugak kan hahahahaha

Monday, March 28, 2011

Sempat Lagi Membeli Belah Langsir di Warehouse Sale, Ampang Point.

Hi Korang,

Weekend lepas ktorg balik kampung. Mana lagi Sri Rampai, KL. Kampung sangat lah kan. Yelah mr Big kan orang KL. So itulah kampung ktorg.


Di sebabkan semalam tak de aktiviti nak buat lepas tengok pameran kucing kat Tasik Titiwangsa. So pegilah melepak ke Ampang Point. Lepas melantak mee mangkuk besau kat Taiwan House. Teruslah mencuci2 mata. Tengok2 ada plak warehouse sale bebarang rumah.


So singgah lah sekejap. Sekejap katanya, dekat 2 jam duk membelek barang2 murah tuh. Segala bendalah yang ditengok. Langsir, cadar, bantal, bantal sakit tengkuk, alas kaki dan memacam lagi lah.



Inilah yang sempat di sapu. Langsir tingkap, langsir sliding, langsir dapur, bantal lembu comel, bantal letak kaki. Mr Big cakap dah alang2 murah ni baik sambar, dahlah branded plak kan.

Shopping punya banyak barang, ingatkan mahal rupanya. Murah giler ooo. Tak sampai RM120.00 pun tau.

Ermm menggediklah korang tu kan, hah cepat pi ajak laki/mak/anak korang shopping kat Royel Ampang Point ni. Sempat lagi nie sampai 5th April 2011.

Cepat tau..