Showing posts with label afraid of height. Show all posts
Showing posts with label afraid of height. Show all posts

Monday, May 20, 2013

VUVUZELA Ride @ Sunway Lagoon, Rasa Nak Tercabut Nyawa

Hi Korang,

Ni bukan citer pasal Vuvuzela yang orang Brazil dok tiup during football match tu ek. Ni pasal latest attraction di Sunway Lagoon theme park iaitu Vuvuzela Ride.


Memang betul pun, bentuknya sebijik macam Vuvuzela tuh.


Dari jauh lagi dah boleh nampak Vuvuzela ni, yelah ianya sebesar 3,360mtrs ( 3 kali saiz Olympic standard swimming pool), 30 meters tinggi, 11 tingkat, ada evelator sendiri untuk naikkan rakit kuning dia tuh.



So masa official launch hari tu dapatlah jugak aku merasa naik menda alah ni.

Ni tengok KEEK aku ni ek

Disebabkan ktorg naik Vuvuzela ride ni malam so ktorg dinner dulu di Lighthouse Cafe then baru je Waters of Africa WaterPark untuk majlis perasmian dan main gergasi merah kuning ni.


Mr Bill Holman, Consultant Director of Sunway Lagoon citer sket ‘We are proud to have introduced the world’s largest water ride, right here in Malaysia. The Vuvuzela is also equipped with its own programmed, colourful LED light display, which shows the location and phenomenal size of the Vuvuzela within the water park at Sunway Lagoon at night’

Tengok bunga api dulu


May 10, 2013 | Bunga api cantik by CikLilyPutih on Keek.com


Nak naik Vuvuzela ni, korang mestilah berketinggian 3’ dan 7.3’’ (110 cm). Satu rakit tu boleh muat maksimum 4-6 orang yang beratnya 454kg.

Memula korang kena naik tangga tower 11 tingkat tuh, nama je 11 tingkat tapi tak terasa tinggi pun. Cuma aku je yang semput sket yelah jarang exercise kan. Duduk dalam rakit then turun. Bayangkan korang boleh rasa cam nak terbalik tapi tak sebab apa, tarikan gravitinya yang kuat, korang boleh duduk dengan stabil walaupun rakit tu berpusing almost 200 darjah.

Memang rasa macam nak tercabut nyawa tapi tak pun sebenarnya.

Propa je lebih hehehehhe

Lepas turun je masa first ride tu, muka pucat lesi dan kaki mengeletar ntah kemana tapi aku gagahkan diri gak untuk mencuba kali kedua. Ternyata second attempt tu memang best dan lebih enjoy. Totally sangat release tension coz korang boleh menjerit sekuat mana yang termampu.

Korang yang saiz-saiz badan comel seperti aku  dan Mr Big ni jangan risau boleh naik punya lah, tak akan terbalik pun. Cuba dan rasai sendiri lah. Malas aku nak membebel panjang.


Nak more info lagi, meh call 03-5639 0000, check it out www.sunwaylagoon.com tau pun connect to www.facebook.com/sunwaylagoonMalaysia


Sementara tengah ada promotion murah ni setiap bulan, baik korang pi merasa naik kan.

Release tension sekejap tau...