Showing posts with label Yeo’s Yeogurt Asli. Show all posts
Showing posts with label Yeo’s Yeogurt Asli. Show all posts

Saturday, May 21, 2016

Resipi KIMA Daging Bersama Yeo's Yeogurt Perisa Asli

Hi Korang,


Meh kita main masak-masak lagi ek

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi ni, pasti ramai yang duk sibuk nau mencari resipi mudah lagi ringkas untuk waktu berbuka puasa kan.

Aku pun sama gak tau, nak resipi yang mudah dan simple je.


Disebabkan aku suka nau minum air Yeo’s yeogurt ni kan, jadi aku pun buat experimen masak Kima Daging favourite aku bersama Yeo’s Yeogurt. Hah pelik tapi benar ye.

Meh aku kongsikan resipi sedap ni tau.


Bahan-bahan:

2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar.
200 gram daging cincang
2 biji tomato (sederhana besar), di dadu kasar.
2 biji bawang besar potong dadu.
2 camca besar rempah kari daging
1 camca tomato puri
Sebatang kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
3 biji buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa.
2 camca besar minyak masak
Secawan Yeo’s Yeogurt perisa asli
3 ulas bawang putih *
3 cm halia *
1 camca teh lada hitam biji* (Kesemua bahan bertanda* dikisar halus).

Cara-cara buat Kima Daging Bersama Yeo’s Yeogurt Asli.


1.Panaskan minyak, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum. 


2.Masukkan bahan kisar bersama rempah kari. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak (gunakan api kecil). 



3. Masukkan kentang dan bahan-bahan yang telah dipotong tadi, diikuti daging cincang.



4.Kacau rata dan masukkan Yeo’s Yeogurt Asli


5. Masak hingga menggelegak dan kecilkan api. 

6. Terus masakkan sehingga kentang lembut (tambah sedikit air panas, jika masih belum empuk). 

7. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan masak kan sehingga sedikit kering. Rasa dahulu. Jika telah berpuas hati, boleh matikan api. 


Hidangkan di waktu panas bersama roti arab, roti gardenia atau Mission wraps 

Di samping ia produk yang ada khasiat untuk kesihatan, sudah pasti pilihan produk Halal diutamakan. Semua produk Yeo’s ada pengesahan Halal JAKIM dan ia mudah didapati di pelbagai pasaraya, kedai runcit mahupun kedai stesen minyak.



Masa bulan Ramadhan ni, memang kita sangat digalakkan untuk melakukan seberapa banyak kebaikan. Boleh juga buat resipi mudah dengan guna resipi Yeo’s Yeogurt Asli tu dan bagi dekat jiran-jiran sebelah. 

Mudah dan best kan?

Untuk pengetahuan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), sentiasa membuat dan berkongsi amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua. Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s.


Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor. Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! 

Kali ini aku support:-

Pasukan Bintang 1

Syukri Yahaya (Yeo’s Yeogurt) – 
Pusat Penjagaan Rumah Kesayangan (RUKESA) PJ

Kaka Azraff (Yeo’s Yeogurt) – 
Rumah Kasih Nurul Hasanah, Kuala Lumpur

korang dah start beri sumbangan nilai derma ke? Mula lah hari ini!

Maklumat lanjut menerusi www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828