Showing posts with label Umami Steamboat. Show all posts
Showing posts with label Umami Steamboat. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Umami Steamboat Yang Menyelerakan


Hi Korang,

Last week, ktorg (aku + Mr Big) pi makan kat area Sunway Mentari ni. Sesaja je nak tukar selera cari makanan ber ala steamboat kan. Search punya search tup tup terpandang kedai ni, Umami Steamboat ni. 


Inilah Umami Steamboat

Kemas je susun atur di meja

Bila berdiri depan kedai tuh, Nampak dari luar nampak best.  Memula tu cam ragu2 jugak lah, but bila dan nampak perkataan ‘PORK FREE’ tu terus je masuk tanpa was-was.


bebola ikan

Kena makan sayur jugak tau


pinggan pertama

Umami Steamboat ni menawarkan pelbagai jenis makanan laut, sayur-sayuran, snacks, buah-buahan, pelbagai warna dan perisa aiskrim dan minuman dan tak ketinggalan juga sos pencicahnya yang pelbagai rasa.  


Pelbagai jenis mee


Seperti kedai steamboat yang aku pernah cuba dulu, Umami Steamboat ini menawarkan pelbagai pilihan sup akan ktorg memilih sup ayam dan sup tomyam. Memang menjadi pilihan ramailah kata pekerja di situ.

Udang Bergrill

Sate Ayam Madu

Di samping makanan steamboat, ada juga hidangan bergrill. Ada kepak ayam madu, ikan pari bakar, udang bakar, ketam bakar dan yang paling special Sate Ayam Madu. Untuk hidangan ini, aku just order je dengan waiter then terus diorg hantar.


sos pencicah




Ada jugak makanan yang telah siap di masak seperti nasi goreng cina, ketam bercili, makanan bergoreng dan bermacam-macam lagi lah.


Berwarna warni aiskrimnya






Dengan harga yang di tawarkan iaitu RM26.90++/adult, rasanya aku akan datang ke sini selalu. Sempat jugak aku interview salah sorang pekerja di situ dan mereka bagitau yang kalau weekend memang ramai orang, sampaikan nak cari tempat duduk kena tunggu lah.


Kepada kaki-kaki steamboat mesti korang nak ke sini kan? Kalau tak de GPS meh layan video direction yang attached nie, hopefully boleh membantu korang untuk ke sini.


Umami Steamboat Restaurant
12A (Ground Floor), Jalan PJS8/17, Dataran Mentari, Sunway, PJ
GPS : N03° 06.33.5′ E101° 35.40.2′




Memang sedap makan kat Umami Steamboat ni, Mr Big siap cakap lagi dengan aku rasanya macam tiap2 minggu nak pi makan kat sini lah.