Showing posts with label Ucapan Hari Jadi. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Hari Jadi. Show all posts

Friday, September 7, 2018

Happy Birthday Cik Lily Putih!!!

Hi Korang,


Yeah happy birthday to me!!! 🎂 🎂 🎂 🎂 🎂

Dah masuk 40 tahun dah wei, seriously kak lily tak sangka pun. Pejam celik pejam celik cepat betul masa berlalu.

Tahun ni tak de celebration apa-apa pun sebab dah 40 tahun so rasa malu tuh dah mula menguasai diri, seganlah nak potong-potong kek tapi kalau bagi kek sebijik I liked!! hehehe

Nak apa? ermmm

Tak de apa lah rasanya semua dah cukup setakat ini tapi kalau boleh rasanya kak lily nak jadi seorang yang lebih sabar dalam menghadapi dugaan, tak mudah melenting dan senantiasa berfikir sebelum bertindak. 

Zaman sekarang punya dugaan lain macam, sangat-sangat menduga iman.




Terima kasih kawan-kawan, adik-adik, sanak saudara di atas ucapan hari jadi yang di berikan. Semoga mendoakan yang baik-baik dan kak lily doakan untuk korang jugak ye

Tapi tahun ni seronoklah sambut birthday memang tak potong kek pun tapi kitaorang pi holiday yang sangat-sangat best

Nanti kak lily citer lagi la ek....

Selamat berehat semuanya...











Monday, March 3, 2014

Selamat Ulangtahun Sayangku


Hi Korang,

Jumaat lepas, budak beso kesayangan aku ni celebrate birthday yang ke dot dot dot. 

Tak lain tak bukan Mr Big lah.

Sapo laie dalam umah ni. Dialah jantung hati pengarang jantung kan.


This year tak de celebrate grand-grand pun co umur dah makin meningkat. Ktorang abiskan masa dengan pi makan dengan family ye. Lagi afdal kan.

To my dear,


happy 36th birthday to you
May all your wishes come true
Semoga jodoh kita kekal hingga ke jannah

I love you...


wah kemain lagi jiwang-jiwang ek.. eee....

Dah tak tau nak beli hadiah apa lagi kat Mr Big ni, so bagi makan sepuas-puasnya.



Monday, September 9, 2013

Happy 35th Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Jumaat lepas genap umur aku 35 tahun. 

Sekejap je rasanya.

Aku sendiri pun tak sangka, pejam celik pejam celik dah meningkat lagi setahun umur. 


Tak de apa pun celebration, hari tuh ktorang just pi makan dan tengok wayang je. Alah malas nak beria sangat lah celebrate coz da jadi remaja purba kan.


Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Asalkan apa yang baik, aku tetap bersyukur.


Kepada kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang  semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.


Penuh timeline facebook, twitter, instagram dengan wish korang tapi aku suka sangat.


I love you korang...


Friday, September 7, 2012

34 Is Just A Number, Happy Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Genap 34 tahun aku diizinkan bernafas di muka bumi ini semalam 6th Sept. 

Ye aku sendiri pun hampir terlupa di buatnya. Sambil aku menyusun schedule event/ kerja/ advertorial untuk bulan ni, tup-tup Mr Big tegur 'Ai 6hb pun ada event ke, tak kan tak ingat hari apa kan?' Termangu aku sekejap depan buku planner ni dekat 10 minit sambil duk memikirkannya.

Until Mr Big suruh aku keluarkan IC dari purse dan tunjukkan kat aku then baru aku teringat kan. Ishk Melayu Memang Mudah Lupa lah. Lately ni penyakit lupa dah mula melekat sejak awal 30 an lagi dan aku rasa akan terus menular kalau aku lambat bertindak

Thank you Don

Ermm ada apa dengan 34?

Bagi aku ianya sekadar nombor yang akan berubah setiap tahun. Lifestyle tetap sama lagi, walaupun aku ni nampak cam gila-gila but I learn a lot with people around me this entire life. Mana yang elok aku ambil jadikan pedoman dan yang mana buruk aku tinggalkan sebab benda-benda begini mematangkan diri aku lagi.

Birthday Celebration?

Tak sempat pun nak buat dek sebab sibuk kan but next weeknya plan pi honeymoon untuk yang keberapa kali pun aku tak ingat dah


Harapan tahun ni?

Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Aku dah start dengar orang cakap yang aku ni mandul tak boleh beranak kan yang mana datangnya dari mulut orang yang paling respect sekali. Memang tak sangka betul, tapi apakan daya aku cuba boleh bersabar, bersabar dan bersabar. 

Kepada 142 orang kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.

I love you korang...

CLP notes : Amat susah menulis mengenai perasaan, emosi akan turut terganggu...










Tuesday, February 28, 2012

Happy Birthday Mr Big

Hi Korang,
Bukan setakat Nuffnang je celebrate burfday yang ke 5 ada sorang lagi yang jadi favourite dalam hati aku ni punya birthday gak.

Its Mr Big Birthday


Anyway happy birthday dear..
May all your wishes come true..
May our love become stronger than ever...

I love u so much..

Ishkk jiwang plak rasanya, malu tahap cipan nie tau.

Hah, korang jangan lupa wish ye.. kahkahakhakha acah je lah..
CLP notes : So tak de masa nak update blog for today only coz nak pi bercintan cintun ye hari nie... kahkahkahkakakhakhakha