Showing posts with label Tut's Egyptian Eatery. Show all posts
Showing posts with label Tut's Egyptian Eatery. Show all posts

Monday, September 11, 2017

Tut's Egyptian Eatery Di1 Utama Shopping Centre, Makan Makanan Mesir Tau

Hi Korang,


Makanan arab dan makanan dari negara Mesir memang langsung tak sama ye.

Totally different!!

Nampak sama tapi bukan dia hehehehhee

Bila dapat jemputan makan-makan untuk merasai sendiri makanan mesir ni of courselah excited kan. Yelah balik-balik makan nasi arab je so haruslah bosan. 


So Ahad lepas, kitorang berdua ke Tut’s Egyptian Eatery di One Utama ni. Kat GL floor new wings Oval area. Nak senang depan Kluang Station ni je hah


Di namakan Tut’s Egyptian Eatary sempena nama Raja Tut Mesir yang memerintah Mesir sejak 3000 tahun dahulu. Restoran Tut ini merupakan restoran pertama di Malaysia, so tak payah lah nak susah payah nak merasa makanan Mesir kan sampai nak ke sana. Bahan-bahan masakannya boleh di dapati di Malaysia kecuali beberapa bahan rempah yang di import dari Mesir. 




Tengok dekorasi restoran ni ek, memang bertemakan ala-ala Mesir pun cuma kalau ada replika piramid lagi awesome boleh bergambar kat situ.

Mari lihat beberapa minuman ‘signature drinks’ di sini.


Sobya Milk @ RM7.50
(Milky sweet coconut drink)

Egyptian Lemon Mint @ RM8.00
(Citrus lemon and sharp mint in milk concoction)

Tropical Tamarind @ RM7.50
(Exotic aged)

Nampak cam biasa je tapi minuman Sobya Milk menjadi pilihan kitaorang, sebab keenakkannya campuran kelapa dan susu yang unik tapi sedap. Terus tambah order lagi secawan. Untuk Egyptian Lemon Mint ni untuk hilangkan rasa lemak-lemak yang kita dah makan tuh memang sedang elok. 

Crisp toast with TUT’s fiery Chilli Dip

Hidangan ni di berikan secara percuma kepada setiap pelanggan. Sedap gak roti garing bersama sos istimewa TUT’s Chili Dip ni ek.

Molokhia Minced Leaf Stew @ RM9.90

Sup tau, nampak cam hijau semata je kan tapi rasanya berlemak. Ada rasa cam kacang-kacang sket.

Tut’s Dynasty Fries / Sweet Potato Fries @ RM4.50 per portion

Snack simple tapi menyenyangkan jugak, keledek di potong ala-ala kentang goreng dan dihidangkan bersama sos dan kentang goreng di salut dengan rempah khas untuk menambah selera korang.

Koshari Mixed Grain Bowl @ RM14.30

Ni makanan orang miskin katanya mengikut sejarah yelah sebab tak de protein semuanya karbohidrat dan kekacang je. Masa nak makan di gaul semua bersama sos istimewa tuh then baru makan. Sedap akak lily suka bebenau 

Hawaoshi Baked Meat Foldover @ RM17.90 

Ala-ala murtabak tapi bukan ek, berintikan daging, rotinya tuh tebal tapi garing. Di hidang sekali bersama sos tartar istimewa

Herbal Hot Plate Chicken with Baked Rice + Vegetables (Original/Spicy) @ RM25.90

Hidangan utama yang dihidangkan di atas pingga hot plate. Nasi, ayam dan sayuran, di atas nasi tu sebenarnya di curahkan sos béchamel bagi menambahkan lagi lemak pada nasi tersebut. Ayamnya di perap semalaman sebelum di grill.

Boleh di dapati dalam 3 pilihan, iaitu:
-Herbal Hot Plate Chicken + Vegetables + Baked Rice
-Herbal Hot Plate Chicken + Baked Rice
-Herbal Hot Plate Chicken + Vegetables

Dessert Time

Walaupun dah kenyang makan yang savoury ni tapi still nak jugak pekena dessert kan. Kalau tak makan rasa macam tak lengkap makan kita tuh. So ada 2 hidangan pemanis mulut yang menambat hati kitaorang iaitu

Nutty Nile Nougat @ RM7.50

Kita tau nougat kan rasa kenyal-kenyal tapi yang memang awesome, lemak berkrim campuran nougat dan ais krim vanilla yang enak

Om Ali Bread Pudding @ RM9.80

Puding roti yang simple dengan haruman rempah ratus istimewa dan di hidangkan sekali dengan ais krim gula melaka dan kelapa dari Sangkaya, tidakkah itu senang nyaman

Apmacam, bila tengok semua sedap kan sampai tak tau yang mana satu benar-benar jadi pilihan akak lily hehehehhe orang tamak memang cam tuh.


Kak Lily rasa:

1. Walaupun hidangan Mesir tapi rasa-rasa hidangan tersebut macam kita makan makanan local taste jugak. Yelah kalau pelik sangat kang tak de plak orang nak makan

2. Boleh suggest kengkawan lepak makan kat sini, yelah harga pun tak delah mahal mana pun, sesuai dengan budget poket kita kan.

3. Kena cuba Hawaoshi Baked Meat Foldover dan Koshari Mixed Grain Bowl, barulah style.

Apa lagi, jom kita ke:


Tut's Egyptian Eatery
LG333A New Wing
(next to the Rainforest)
1 Utama Shopping Centre,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya




Facebook: fb.com/tutsmy

Instagram: @tutsmy

Tak delah pelik mana hidangannya, sedap la macam rasa-rasa tekak kita orang Malaysia jugak lah. Itulah pi cuba dulu ek..










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com