Showing posts with label Tips jaga kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips jaga kesihatan. Show all posts

Saturday, August 4, 2018

Nature’s Heart Jadikan Makanan dan Minuman Sihat Lebih Mudah, Murah dan Sedap


Hi Korang,

Nature’s Heart, jenama yang boleh didapati di Guardian, komited untuk menawarkan makanan dan minuman yang lebih sihat dengan kualiti, rasa dan nilai yang luar biasa telah memperkenalkan produk Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix, Milled Flax Seeds serta Chia Seeds. 

Nature’s Heart memahami bahawa ketika pengguna mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat, makanan dan minuman berasaskan kesihatan mungkin kurang menyelerakan berbanding dengan makanan yang manis, masin, pedas, berkrim, berminyak dan ditambah perisa yang menjadi pilihan utama orang ramai. 


Ramai diantara kita rasa bersalah kerana telah mencuba untuk gaya hidup lebih sihat tetapi gagal mengubah diet, aktiviti and tahap tekanan. Kita menyalahkan kurangnya masa, tenaga, wang, kesungguhan, dan kesukaran atas kegagalan itu. 

Nature’s Health berhasrat memudahkan, mempelbagaikan rasa dan menawarkan harga yang mampu milik bagi menggalakkan orang ramai memulakan serta meneruskan gaya hidup sihat. 

Rakyat Malaysia perlu menjadi lebih sihat kerana tahap kesihatan mereka kini adalah serius. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan bahawa dianggarkan satu daripada dua orang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi[1]. Masalah kesihatan itu ditambah pula dengan hampir 17.7% orang dewasa adalah obes, manakala satu daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan. 

Kajian yang sama mendedahkan bahawa 94% orang dewasa di Malaysia tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang cukup. Sedangkan serat terbukti penting untuk diet yang sihat dan seimbang. 


Justeru, tawaran terbaru Nature’s Heart’s iaitu Multi Grains, Fruits dan Vegetables Drink Mix, Chia Seeds dan Milled Flax Seeds boleh menjadi langkah pertama ke arah gaya hidup lebih sihat. Ini kerana ia boleh ditambah dengan mudah ke dalam makanan atau minuman untuk memperoleh manfaat nutrisi menerusi kandungan semula jadi, tanpa sebarang aditif seperti biji chia dan biji flaks yang telah dikisar. 

Produk Nature’s Heart hanya boleh didapati di kedai-kedai Guardian dan e-stor Guardian: www.guardian.com.my. Terdapat lebih 400 buah kedai Guardian di seluruh negara. 

Produk-produk ini boleh diambil pada bila-bila masa. Satu tip berguna buat mereka yang sukar untuk komited dan melakukan perubahan diet adalah dengan fokus ke atas satu hidangan setiap hari. Misalnya mulakan dengan sarapan dan masukkan diet yang lebih berkhasiat ke dalam semua hidangan secara berperingkat. 

Sarapan sangat penting kerana ia membantu mengawal tubuh kita dan memberikan tenaga kepada tubuh agar kalori boleh dibakar sepanjang hari. Sarapan juga bertindak sebagai pendesak kuasa fizikal dan mental supaya anda kekal bertenaga sepanjang hari. 

Ini adalah kerana, ia meningkatkan tahap glukos dalam darah yang merupakan elemen penting kepada fungsi otak. Mulakan hari anda dengan Nature’s Heart Multi Grains, Fruits dan Vegetables Drink Mix yang merupakan makanan bebas kolesterol dan minyak trans, tidak mengandungi bahan pengawet, tinggi serat serta berasaskan oat beta-glucan. 

Beta-glucan ialah sejenis serat boleh larut yang membantu mengurangkan tahap kolesterol[2] dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. [3]


Nature’s heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix mengandungi bahan berasaskan kepada 40 tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai bijian, kacang & pis, sayur-sayuran hijau, pelbagai jenis buah-buahan dan beri. Nature Heart Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix juga diformulasikan denga bran oat Sweden, serat diet jagung, rumput gandum, spirulina dan ekstrak bunga marigold. 

Ia boleh dicampur ke dalam air sejuk atau suam. Untuk kepelbagaian, ia juga boleh ditambah ke dalam susu, jus dan smoothies. Bagi mereka yang gemar makan dan agak memilih, harus tahu bahawa ia sedap serta padat dengan kebaikan. 

Biji chia merupakan superfood yang menyeronokkan kerana ia mengembang dan menjadi gel dalam cecair untuk menambah tekstur dan rasa kenyang. Masukkan Nature’s Heart Chia Seeds ke dalam diet harian dengan mencampurkannya dalam air minuman, atau taburkan di atas smoothies, salad, yoghurt atau bijirin. Produk dari Argentina ini mengandungi Omega-3 berasaskan tumbuh-tumbuhan, tinggi serat dan tidak ditambah dengan sebarang aditif dan bahan pengawet. Ia sesuai untuk golongan vegan. 

Nature’s Heart Chia seeds merupakan sumber protein, kalsium dan magnesium. Biji Chia secara semula jadinya bebas gluten[4]. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan biji chia dapat meningkatkan tahap kesihatan tulang, kulit dan otot, selain menyokong sistem penghadaman dan jantung[5]


Bagi mereka yang perlu menambah serat, Nature’s Heart Milled Flax Seeds memang sesuai untuk anda. Ianya semula jadi tanpa sebarang aditif, telah dikisar menjadi serbuk untuk mudah diambil, pada masa yang sama mengandungi Omega 3 & 6 berasaskan tumbuh-tumbuhan dan merupakan sumber serat. Tambahkan ke dalam minuman, taburkan di atas smoothies dan salad untuk bekalan serat anda. 

Produk dari Amerika Syarikat, biji flaks Nature’s Heart mengandungi protein, kalsium, magnesium dan zat besi. 

Pengarah Kesihatan & Kecantikan Jenama Sendiri Guardian, Alfonso Roderos berkata, “Nature’s Heart’s mahu menjadikan amalan menikmati snek lebih berkhasiat, sedap, mempunyai banyak kebaikan dan perubahan yang positif. Berdasarkan kepada dapatan kajian Kementerian Kesihatan, tahap kesihatan rakyat Malaysia sekarang membuatkan kami mahu mencari satu alternatif lebih sihat yang dapat menambah kebaikan ke dalam diet harian mereka. Pada masa yang sama lebih mudah, mampu milik, versatil dan sedap. Nature’s Heart ada semua ini.” 

“Nature’s Heart’s Multi Grains, Fruits & Vegetables Drink Mix, Chia Seeds dan Milled Flax Seeds diambil daripada sumber-sumber terpilih dan berkualiti tinggi, demi memastikan pengguna berada di landasan yang betul dari segi kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka,” tambahnya. 

Harga dan Kebolehdapatan 

Harga cadangan untuk Nature’s Heart Multi Grains, Fruits dan Vegetables Drink Mix ialah RM42.07. Manakala Milled Flax Seeds dijual pada harga RM22.04 Chia Seeds pula berharga RM47.07.


[4] M.D., M. B. (2018, May 14). Do Chia Seeds Have Health Benefits? 113 Studies Reviewed. Retrieved from https://healthybutsmart.com/chia-seeds/
[5] M.D., M. B. (2018, May 14). Do Chia Seeds Have Health Benefits? 113 Studies Reviewed. Retrieved from https://healthybutsmart.com/chia-seeds/















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, November 7, 2014

REVIEW | BeautyOat, Collagen Plus + Oat Drink Formula

Hi Korang,


Dah lama tak buat review produk ni kan, ni dapat mencuba minuman kesihatan Beauty Oat yang terkini dipasaran.

Mari dekat sket, aku nak citer ni.


BeautyOat adalah minuman kesihatan yang dapat merendahkan kolesterol tetapi tinggi dengan Beta-Glucan Oat, kolagen marin, ekstrak Delima dan yang paling penting ada ekstrak Sakura yang diimport dari Korea.

Yang PERTAMA Di MALAYSIA !

Kemain tu ek, kagum aku sekejap tau…

Ini merupakan di antara bahan-bahan yang terkandung didalam BeautyOat ni ek

Oat, Non Diary Creamer, Skimmed Milk Powder, Maltodextrin, Frictose, Fine Sugar, Oryza Extract Powder, Collagen. Sakira Extract Powder, Pomegranate Extract Powder, Vanilla Flavour.


Ini pulak beberapa bahan berkhasiat di dalam BeautyOat ni ek






OAT
Oat adalah makanan super semulajadi yang kaya dengan serat dan sumber protein. Beta glucan yang terdapat di dalam oat membantu penyerapan semula kolestrol yang lebih rendah.

KOLAGEN MARIN
Kolagen Marin tripeptide, untuk menjaga ketegangan, kelembutan dan keanjalan kulit. Ia secara aktif, meningkatkan sintesis kolagen untuk mengurangkan tanda2 penuaan seperti garis2 halus, kedutan dan kekeringan.

EKSTRAK SAKURA
Ekstrak Sakura adalah bahan semulajadi untuk anti keradangan, pemutihan dan anti-glycation. Ia juga membantu dalam mengurangkan pengeluaran melanin untuk kulit yang lebih cerah.

EKSTRAK BUAH DELIMA
Buah Delima adalah Superfood Antioksidan yang membantu mengurangkan kerosakan radikal bebas kepada badan. Kandungan kalori yang rendah dan nilai pemakanan yang tinggi. 

Amik ko, lepas ni makin cantik dan memancar-mancar keindahannya sungguh !!

Cara nak minum?

Sonang by 2.



Buka sachet BeautyOat ni, tuangkan ke dalam cawan dan kemudiannya di campurkan dengan air suam sebanyak 180ml.

Ingat AIR SUAM saje bukan air panas ye.

Ok tambah info satu lagi ek, ianya diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan diyakini HALAL. Jadinya usah bimbang ye..

UPDATE TERKINI!!

Testimoni Mengenai Beauty Oat

Aku menda-menda kecantikan ni kalau permulaan 1-2 hari tuh lepas makan tuh, memang aku akan ke toilet je. Sebab Beauty Oat mencuci perut aku, lepas je tu perut jadi ringan sangat rasa kosong je. 

Bila badan rasa ringan so nak buat kerja pun tak malas, seronok je bekerja bila pagi berikutnya. Tup-tup aku jadi kurang berselera untuk makan, sentiasa kenyang je. Tapi makan jugaklah sket pun bak kata orang untuk alas perut. 

Memang sangat-sangat terbukti keberkesanannya lah.

Kini dah 1 minggu aku mengamalkan minuman kesihatan ni dan alhamdulillah dan mula nampak tanda-tanda positif di kulit muka dan anggota badan kan. Lebih lembut dan mula menganjal di bahagian muka.


Harga BeautyOat

Harga : RM 79.00 (WM) RM 89.00 (EM)

1 Kotak = 18 Sachet/30gm

La nak order, ermm ada banyak cara. Ni baca kat bawah ni ek


Mula-mula korang boleh like dulu Facebook Page BeautyOat ni.


Instagram & Twitter :
@BeautyOatOfficial

Email :

Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi mereka terus dengan cara Whatsapp ataupun Wechat.

012-2444014 (Nurul)
012-2444041 (Jane)

Itu saja!


Bagi aku nak cantik, mestilah keluar modal sket kan. Barulah nampak hasilnya, bukan minum sekotak nak terus nak cantik, kena usaha yang berterusan la ye..




Monday, April 28, 2014

D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

Hi Korang,

Meh nak citer sket pasal event ni ek

Blogger mak dara yang havoc nak ajak korang berZUMBA dalam D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY tak lama lagi. 

Ermm cam best je bunyinya.


La ZUMBA pun tak tau ke? meh aku citer sket

Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.


Ok dah paham kan, so now

Mak dara nak war warkan pada anda tentang satu event bertemakan senaman ZUMBA iaitu event D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY. Event ini bakal mengumpulkan seramai 200 peserta yang meminati senaman ZUMBA. Acara ini adalah anjuran adik Mak dara sendiri iaitu ADZA TUTY dari D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD)


D'ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY


Tarikh : 11TH MAY 2014 
Masa : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan Serbaguna Cempaka, Ampang Jaya


ATURCARA MAJLIS

* 11:00am : Pendaftaran peserta /Registration
* 11.45am : Bacaan doa 
* 12.00Pm : ZUMBA KIDS oleh ZIN ELLA (RM10 only for 7-11yrs kids) 
* 12.30pm : Persembahan oleh artis ALFIE ALWI(TIGA)
* 12.45pm : Cabutan bertuah / lucky draw
* 1.00 pm : ZUMBA FITNESS oleh ZIN D'ADZA RINA juga menampilkan tetamu khas penyanyi itu daripada ahli-ahli D'ADZA BAND ☆Tuty d'adza band ☆Shazroul d'adza band ☆E-one d'adza band
* 1.45pm : Cabutan bertuah / lucky draw
* 2.00 pm : ZUMBA GOLD oleh ZIN JLO 
* 2.30pm : permainan/ games dan sesi fotografi bersama semua peserta, para zin, crews dan tetamu VIP termasuk Blogger jemputan.


HARGA TIKET
Peserta : Dibuka kepada orang awam/ orang ramai
Pre-Register : RM40.00
Register at the Door : RM50.00

Bayaran boleh dibuat melalui bank in ke acc seperti dibawah:
●Adza tutyrianti bt adenan
●0142335336
●Cimb bank 14760001625205 
●Maybank ( 112259114990 )
●dadzafitness@yahoo.com 
(sila hantarkan slip bayaran/bank in)

Pada yang ada business dan mahu berniaga di event ni kami ada menyediakan tapak perniagaan untuk anda. RM 50 untuk satu tapak jualan.
Contact Adza Tuty at 0142335336 untuk RSVP!!!!

{ Buah tangan untuk para peserta}
- 200 pax goodies bag : free mineral + tidbits+ goodies 

{Hadiah Cabutan Bertuah }
*hampers 
*barangan elektrik

*1 buah Telefon Bimbit Lenovo
*1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam 
*1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 2 hari 1 malam 


Haaa memang padat acara D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY ni kan.. Dah hadiah cabutan bertuahnya pun hebat kannnn.. Jadi jomlah sertai D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY!!! untuk keterangan lanjut boleh hubungi:


(ADZA TUTYRIANTI)
0142335336
call/sms/whatsapp

(DZULLIDAIN RAZALI) 
010-434 7810
call/sms/whatsapp



FB PAGE 


D'ADZA FITNESS Social Media

●D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
●D ADZA FITNESS FB FANPAGE https://m.facebook.com/dadzafitness/

●D ADZA FITNESS BLOG http://dadzafitness.blogspot.com/

Hah apa lagi, mehlah cepat register ek.

Aku of course lah, tapi tak sure lagi dengan sape coz Mr Big tak de time tuh. Jadi sapa nak jadi photographer aku ni

Bagitau ek...