Showing posts with label The strand location map. Show all posts
Showing posts with label The strand location map. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Majlis Pelancaran MyChef ‘Simply Delicious’ Ready To Serve Gourmet Meals

Hi Korang,

Baru-baru ni aku dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Mychef yang merupakan pengeluar produk makanan halal dan mudah di sediakan di Tapis Rouge, The Strand Kota Damansara. Ala biasalah Geng Tali Barut K Ina dan Jejai, mesti ada kan.


Dengan menggunakan tagline ‘ The New Gourmet Experience’ My Chef  menawarkan 14 jenis pelbagai produk terbarunya yang bertujuan mambantu sesiapa sahaja terutamanya wanita berkerjaya memasak dengan mudah dan cepat. 




Ianya di inspirasikan daripada masakan tradisional melayu, nyonya, barat dan juga asian yang dicipta khas oleh chef selebriti yang terkemuka di Malaysia iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato’ Hj Chef Ismail dan Chef Zam.


Mohd Fairuz Abdullah, CEO bagi Flavor Innovation berkata ‘mychef adalah jenama baru dan inovatif yang merancang untuk menembusi pasaran runcit malaysia dengan memperkenalkan satu kategori makanan yang baru, berdasarkan gaya hidup pengguna. Sekarang semua orang akan mempunyai peluang untuk menikmati resepi oleh chef selebriti Malaysia dalam keselesaan rumah sendiri’.


Resepi yang dicipta dengan bahan-bahan yang dipilih khas untuk memberi para pengguna merasai pengalaman masakan yang benar-benar baru, memastikan persembahan menggiurkan dan lazat dan menyediakan makanan yang sihat rendah kalori, lemak, tepu, gula dan garam.



Ini dibuktikan lagi dengan Mychef memperkenalkan  'lampu isyarat warna berkod' iaitu panduan  pemakanan untuk membantu pengguna memilih diet yang lebih sihat. Hijau menandakan kandungan yang rendah, yang merupakan pilihan yang lebih sihat, amber untuk kandungan yang sederhana, yang diterima dan merah mewakili kandungan yang tinggi, yang kurang sihat sebagaimana yang ditakrifkan oleh Agensi Piawaian Makanan UK.



Rangkaian makanan gourmet baru mychef akan boleh didapati di Jaya Groccer dalam minggu November 21 dan DISEMBER 4 di tesco dan Giant dalam lembah klang.



Dengan Datin Tiara Jaquelina

Dengan chef Liza

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman facebook mychef di https://www.facebook.com/mychef.healthy.n.delicious


Bagi aku  ok what, ada produk cam nie, boleh tolong aku bila ketandusan idea nak masak kan. Ermm once aku dah cuba nanti, aku citer kat korang ek. Sedap  memang sedap pun.




Thursday, November 17, 2011

The Strand, Kota Damansara

Hi Korang,

Semalam first time aku pi ke Red Carpet Avenue The Strand dekat Kota Damansara ni. Ada event sket. The day before, aku search dalam google map. Tempat ni aku tengok cam tak de ape je. 


Bila aku pegi je semalam, ermm rupanya ianya commercial area punya tempat. Banyak shoplot baru2 yang da dipenuhi dengan kedai2 makan, kedai2 aksesori kete, offices dan memacam lagi lah. Bab kedai makan tuh, korang pun boleh pening nak pi kedai mane sebab terlalu banyak kedai2 yang aku rasa cam best gak lah. Maybe next time kalau aku datang lagi bolehlah cuba kot.


Tapi ada satu tempat yang aku tertarik sangat which is Red Carpet Avenue. Tempat ni ala-ala dataran gitu lah. Open space concept. Kat area boulevard tu banyak kedai makan ala2 western, middle east, pubs dan memacam lagi.


Aku rasa kalau ada event or product launching buat kat sini mesti cantik lah. Coz ruangnya besar dan berangin. 

Tengok ada air pancut yang belakang tuh, tapi dah diblock oleh orang-orang beso ni semua

Tapi yang tak berape best tuh, parkingnya agak payah sket. Aku pi semalam pun parking punya lah jauh kan. Cuma kalau ade event tertentu je para media or VVIP dapat parking dekat2 situ. 

Ini mapnya




The Strand, Kota Damansara 
Persiaran Mahogani, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Direction : Kalau datang dari IKEA tu korang straight je. Sampai nampak Sunway Giza sebelah kanan korang, terus belok kanan. Terus je sampai nampak signboard beso Encorp Strand tu korang masukkan kanan. 

Note : Aku buat entry nie sebab ramai nau yang suka call aku bila sesat nak ke The Strand ni, diorg ingat aku nie GPS bercakap ke ek.