Showing posts with label Tenera Hotel. Show all posts
Showing posts with label Tenera Hotel. Show all posts

Monday, June 4, 2018

Buka Puasa Di TENERA Hotel, Bangi

Hi Korang,


Cuti wesak tuh tak de kemana pun so lepak-lepak jelah kat umah. Nak kuar pi cari baju raya pun malas sebab hujan lebat sangat tengahari tuh. 

Tup-tup ada orang ajak buka puasa kat luar.

Haruslah tak lepaskan peluang kan, kami ke Tenera Hotel Bangi.

Kira hotel ni baru jugak di buka, belum setahun lagi tau. Cantik di perkarangan lobbinya dan sejuk yang amat, sempatlah kak lily tidur sekejap sambil nak tunggu waktu buka puasa hehhehe.






Buffet ramadan di Tenera Hotel Bangi ni menawarkan pelbagai jenis hidangan masakan menu tempatan mahupun menu antarabangsa. Walaupun nak macam sket je tapi bila berjalan dari satu stall ke satu stall terasa penat jugaklah kan. 

Ada beberapa menu yang menjadi tarikan seperti:

Mee Rebus Tulang Gearbox

Nasi Buluh

Nasi Ayam Melaka 

Ayam Bakar Pasu

Kambing Golek

Lidah Bakar

Kari Kepala Ikan Salmon

Ikan Bakar

Lemak Siput Sedut

Eh bukan ni je, ada banyak lagi pilihan lain yang merambangkan mata korang, even kak lily sampai tak larat nak makan tau

Untuk buffet ‘Sajian Nostalgia’ ni, ianya bermula dari 17hb Mei 2018 – 14hb Jun 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. 

Harga buffet ramadhan 2018 ni adalah 

Harga Walk In : RM118nett (dewasa) dan sekarang ni ada promosi 40% off tau korang ek, so turun harga kepada RM70++ gituh.

Untuk tempahan Buffet Ramadhan 2018 di Tenera Hotel, Bangi ni bolehlah hubungi di talian 03 – 8929 9600, email ke hoteltenera.kpf@felda.net.my

Jom kita ke :- 

Tenera Hotel
Persiaran Kemajuan, 
43650, Bandar Baru Bangi, 
Selangor

P: +603 – 8929 9600



Info sampingan lainnya: 

Parking yang luas di hadapan pintu masuk hotel. 
Ruang makan yang luas dan selesa. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2018, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2018 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.