Showing posts with label Sukan Olimpik Rio 2016. Show all posts
Showing posts with label Sukan Olimpik Rio 2016. Show all posts

Monday, August 15, 2016

Burger RIO Mc Donalds Pedasss

Hi Korang,


Memang tak terfikir pun nak makan burger 2-3 minggu ni!!

Yelah dah pekena #Leptos memang tak berapa lalu nak makan time lunch tapi hari tuh rasa teringin plak nak makan so merayau-rayau kat area opis ni. Nak masuk Mines malas plak sebab nak kena turun kereta bagai, parking tapi sebenarnya takut tershopping ke lain je.

So pusing punye pusing teringat Mc Donalds drivethru kat Sg Besi tuh.

Hah boleh lah pi, cuma kena buat big u-turn je nanti. Ermm tak perlah janji tak yah turun kereta. Pemalas nau kaedahnya kan.


Bila depan mesin bercakap tuh, terdiam kejap. Apa plak nak makan ni ek? Memang nak makan burger tapi burger apa. Sekali ternampak burger RIO ni, teruslah order sebab malas nak fikir lagi. 

Ok semua sekali RM17 kot sebab amik set menu yang siap air dan french fries tuh.


Fries makan dalam kete sampai drive balik opis, sedap wei makan panas-panas. Terus terlupa kandungan kalori bagai ek, alah tak perlah sekali sekala. Bukan tiap-tiap hari pun.

Sampai je opis terus masuk pantry, sambung makan kat sini. Staff lain pun tak do sebab belum balik dari lunch agaknya. 

Tak yah letak cili sos lah sebab malas nak makan yang pedas-pedas sekarang takut usus sakit katanya, yolah tuh. Sekali makan ko… podehhh wei.


Terus aku check apa yang menyebabkan podeh tuh, rupanya sos dalam burger tuh. Nampak cam warna mustard tapi oren sket, aku pun coleklah ermm confirm sosnya. 

Nak buat cam no, bedal jelah sampai tak kan nak buang plak.


Berjaya jugak aku abiskan, walaupun kejap-kejap sedut air kosong untuk hilangkan pedas. Anyway, bukan tak sedap tapi pedas je. Untuk penggemar pedas bolehlah korang cuba makan, untuk aku maybelah aku akan cuba lagi tapi tak delah die hard fan pun burger RIO ni ek. 

Hah cuba dulu then baru tau!!




Saturday, July 23, 2016

Laporan ‘penuh bergaya’ Sukan Olimpik Rio 2016

Hi Korang,

Sedikit info di hujung minggu ek..

Astro Arena dan Kinslager Boutique & Tailor telah menjalin kerjasama melalui perjanjian persefahaman tajaan pakaian rekaan korporat dan profesional bertempat di butik pakaian Kinslager, NU Sentral hari ini.

Astro Arena and Kinslager Tailor & Boutique sealed a partnership on the sponsorship of corporate attire for Astro Arena’s hosts today in preparation for Rio 2016 Olympic Games.

Menerusi kerjasama ini, Kinslager telah menaja pakaian buat 20 personaliti Astro Arena tampil dengan imej baru yang lebih dinamik dan segar sempena temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Rio 2016 yang akan bermula pada 3 hingga 21 Ogos ini nanti. 

Sepanjang tempoh tajaan selama dua tahun, Kinslager bukan hanya menaja pakaian seperti blazer, jaket, skirt yang selesa dan berkualiti tinggi direka mengikut bentuk badan personaliti masing-masing malah turut memberikan khidmat nasihat serta perunding imej. Selain untuk Rio 2016, penampilan dan imej kemas penyampai-penyampai ini akan turut dilihat di dalam program-program majalah TV Arena yang lain termasuk liputan temasya Sukan SEA, Kuala Lumpur pada tahun hadapan. 

Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata ini adalah satu perkembangan positif dimana syarikat korporat seperti Kinslager sudi memberi tajaan pakaian mereka. Ini membuktikan industri penyiaran sukan juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di dalam dunia fesyen tempatan. Selain itu, tajaan ini juga bertepatan dengan kehadiran temasya sukan terbesar dunia Olimpik, Rio 2016 yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Kami berbesar hati dan sentiasa terbuka untuk berkerjasama dengan syarikat korporat seperti Kinslager demi meningkatkan lagi imej penyiaran sukan tempatan. Kami percaya dengan tajaan yang diberikan ini mampu meningkatkan lagi semangat dan profesionalisme penyampai sukan Arena. Konsep rundingan imej juga adalah penjenamaan diri yang mampu membentuk keyakinan diri di dalam penampilan dan penyampaian mereka di hadapan kamera.”

Kinslager Co-founder and CEO, Niels Strohkirch &  Astro’s Vice President of Sports Business, Lee Choong Khay

Sementara itu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kinslager Niels Strohkirch berkata koloborasi bersama Astro Arena telah bermula dengan tajaan pakaian buat penyampai arena pada temasya Sukan SEA ke-28, Singapura tahun lalu.

“Jalinan kerjasama ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan memandangkan Astro Arena seperti yang umum sedia maklum adalah sebuah nama besar dalam arena sukan negara serta memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan imej sukan dan juga personaliti sukan Malaysia”.


“Fesyen dan sukan yang dahulunya dilihat satu cabang berbeza dan sukar diadun bersama, kini segalanya berubah. Kedua-dua bidang ini semakin saling berkait. Malah, sebilangan atlet terutamanya diluar negara gemar bergaya biarpun ketika sedang beraksi cergas di lapangan masing-masing. dan, ia menjadi ikutan peminatnya. Perkembangan baik ini mendorong kami untuk berkoloborasi bersama Astro Arena sekali gus memperkenalkan jenama Kinslager kepada warga sukan tanahair”