Showing posts with label Shangri-la hotel. Show all posts
Showing posts with label Shangri-la hotel. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Buka Puasa Di SHANGRI-LA Hotel Sempena Kempen CSR "Embrace Gift of Life"

Hi Korang,

Ye...
citer pasal makan-makan lagi


Last week dapat jemputan berbuka puasa di Shangri-la Hotel Kuala Lumpur. Ermm kebetulan jugak Mr Big cuti hari tuh, so bawak sekali untuk jadi photographer aku lah kan.


Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur membantu 12 orang kanak-kanak sakit kritikal yang mengidap penyakit jantung yang berbahaya untuk menjalani pembedahan jantung serta-merta yang kos keseluruhan bernilai RM503, 000.


Rasa bertuah sekali kerana KDYMM Tuanku Nur Zahirah akan memberikan cek-cek ini kepada 12 kanak-kanak yang istimewa ni bersama Area General Manager ofShangri-La Hotel, Kuala Lumpur Mr Manfred Weber.






Semuanya nampak sihat kan, padahal ada yang baru je lepas operation tau. Memang tabah parents diaorang ni.



Inilah dia 12 kanak-kanak yang mengalami sakit kritikal di jantung mereka ek



Selain daripada itu, tiga rumah kanak-kanak khas memerlukan iaitu Tasputra Perkim, Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah juga di undang sekali bagi memeriahkan acara buka puasa hari tuh. Kira-kira 200 orang akan menghadiri majlis tersebut termasuklah penerima sumbangan dan ahli keluarga mereka.



Di samping itu jugak, En Manfred Weber juga turut memberikan sedikit cenderati dan juga duit raya kepada anak-anak istimewa ini bersama Area Director of Communications Datuk Rosemarie Wee.


Sambil tuh, meh tengok apa yang jadi hidangan ktorang para media berbuka hari tuh















Banyak sangat choice sampai pening nak pilih yang mana satu nak makan.


aiskrim mango dan strawberry ni sangat-sangat pure rasanye

Menarik kan menunya, Mr Big sampai tambah 2 kali tau makan hehehehe

Terima kasih kepada pihak Shangri-la Hotel kerana sudi menjemput ktorang ke majlis simple tapi penuh bermakna ni ek

About the Embrace of the Gift of Life

Since 1985, the Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur has been organising an annual charity project to raise funds for children who suffer from heart ailments and who need urgent surgery. From 1999, the hotel's "Embrace Gift of Life" charity has taken the form of a giant Christmas Charity Tree with a unique theme each year. In 2015, the tree had the theme­ Magical Macaron Christmas, with 200 miniature macaron Christmas trees making up a giant Christmas Tree. The miniature macaron Christmas trees were for sponsorship by donors, each for a minimum donation ofRM1,000/-. Together with the Hotel's own CSR funds, we are able to help 12 children undergo surgery.

Sunday, June 28, 2015

Festival Buffet & BBQ Di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,


Lama pulak tak citer pasal makan-makan di hotel kan.

Ini ada promo makan sedap di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel KL ni. 


Alunan muzik esotik band gamelan bakal menyambut kedatangan korang ke Buffet Perayaan yang menawarkan himpunan pelbagai hidangan makanan tradisional Melayu sebagai tambahan kepada Cina, India, Jepun, Itali dan hidangan barat yang lain.


Sebahagian daripada buffet perayaan tersebut, terdapat juga hidangan yang bertema barbeque (BBQ) di café ni. Pilih je pelbagai jenis makanan yang di gril daripada tiram berair panggang atas api atau Ayam Percik mengeluarkan aroma yang haru, kerana ianya di panggang atas api.

Kambing golek menjadi hidangan highlight bagi buffet ni. Ianya dihidangkan sekali bersama nasi beriani berempah, kentang panggang, sayuran segar dan sos rosemary yang dicicah dengan daging kambing tersebut.

Ada lagi menu special ek seperti Ikan Pari BakarAsam Pedas dan juga hidangan lemang macam Lemang Pulut, Lemang Pulut Hitam dan Ketupat Palas dengan daging lembu, ayam atau serunding ikan. Ada juga Kari Kepala Ikan dan Beef Rib bersama Mild Curry Sauce di masak secara slow cooked, Daging Batang Pinang Masak Hitam, Udang Harimau Masak Rendang Pedas, Sambal Sotong and Bubur Lambok.

Harga ‘Festive Buffet’ di Lemon Garden Café, SHANGRI-LA Hotel ni adalah

RM155nett untuk dewasa dari Ahad - Jumaat 

RM77.50nett untuk kanak-kanak 

Dan pada hari sabtu ‘Seafood Night’, harganya adalah

RM188nett untuk dewasa 

RM94nett untuk kanak-kanak 

Untuk tempahan dan info lanjut boleh hubungi (03) 2074 3900 atau email restaurantreservations.slkl@shangri-la.com atau pun layari www.shangri-la-specials.com.

Jom kita ke:-


Lemon Garden Cafe
SHANGRI-LA Hotel,
11 Jalan Sultan Ismail, 
Kuala Lumpur, 50250, Malaysia
Tel (60 3) 2032 2388
Fax (60 3) 2070 1514

Tak pun, klik je LINK TEMPAHAN MEJA ni untuk booking table ek hehehehe