Showing posts with label Sg Wang Plaza. Show all posts
Showing posts with label Sg Wang Plaza. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Seronok Jugak Menonton K-Pop SM*SH Mini Showcase @ Bukit Bintang

Hi Korang,


p/s : gambo sekarang tak cantik coz kene kecikkan pixel sket. dah petang sket baru upload balik yang cantik ek. Harap maaf lah. (internet cam siput bab* betul lah) so baca citer dulu lah ek


Kan hari tuh dah dapat pi Meet and Greet session dengan bebudak SM*SH ni kan, so weekend lepas dapat jugak pegi ke mini showcase diorg ni kat Sg Wang Plaza. Pegi under MEDIA so dapatlah priority tempat duduk. Kalau tak lenguh gak nak berdiri lelama. 


Sambutan memang amat menggalakkan. Ramai gile peminat SM*SH kat Malaysia ni. Majoriti nya bebudak remaja pompuan lah. Memang very die hard fan lah. Semua lagu diorg hafal dan each dengan kesemua anggota kumpulan SM*SH ni. Hebatlah totally memang groupies betul.


Show start dalam kul 3pm lebih kurang cam tu lah. SM*SH mendendangkan 5 lagu dari first album mereka iaitu I heart u, Ada Cinta dan ada lagi yang aku leh terlupa tajuk plak. Kalau nyanyi tau plak kan.

Nah, tengoklah few shot yang Mr Big sempat amik.








Hah, macam tu lah sambutan peminat SM*SH. Totally luar biasa. Ada yang aku nampak siap tolak2 security/bodyguard masa SM*SH start perform tuh. Kagum jugak aku dengan SM* SH ni. Walaupun baru lagi dalam industri muzik K-Pop ni but dah menang banyak awards termasuklah anugerah '1 Million Award'. Sangat hebat.

So anyway thanks to Nuffnang coz pilih ktorg ni jadi agen Social Media for SM*SH ni. Dapat jugaklah sebarkan cerita tentang SM*SH. Daripada orang tak tau dan tak kenal trus je orang2 kat Malaysia ni kenal SM*SH. Sampai kat twitter ada orang tanya Zaid yang dia ni ke manager SM*SH. Tergelak2 bila aku baca tweet tuh. 

Actually lagu2 dalam album SM*SH ni memang K-Pop but it easy to layan lah coz liriknya yang simple dan menusuk jiwa. hakhakhakahkah

CLP notes : Pas ni dah kene tukar fesyen K-Pop plak kan. Amik gambo buat love love kat dada. kahakhakhakah

p/s : gambo sekarang tak cantik coz kene kecikkan pixel sket. dah petang sket baru upload balik yang cantik ek. Harap maaf lah. (internet cam siput bab* betul lah)


Tuesday, May 3, 2011

Apa Saja Di Bukit Bintang

Hi Korang,

Selamat hari selasa. Dah seronok2 cuti weekend hari tuh sampai semalam jangan plak malas keje kan.

Memandangkan cuti panjang nie, ktorg plan malas nak balik kampung coz takut jem instead ktorg bercuti di KL je. Tak kemana pun abiskan masa kat umah, pi orang kawin, service kete, beli barang dapur sket dan memacam lagi lah.


And semalam aku ikut bebudak opis aku ni pi Bukit Bintang alah sesaje je nak cuci2 mata kan. Sorang nak cari camera DSLR baru dan sorang lagi tak penah ke BB, maklumlah dia tu foreigner mesti tak tau jalan kan. Before 12 ktorg dah terpacak kat depan pintu masuk BB ni lah. Brunch kejap then ktorg merayap ke Low Yat Plaza dulu.


Pusing punya pusing jumpalah idaman hati minat ni kan, CANON 550D. So belek2 lah camera nie tanya harga tambah accessori sket tukar lens panjang sket upgrade memory card 8gb yang boleh main HD recording tuh agak berbaloi jugaklah harga yang ditawarkan. Kira mengigil jugak minah ni kan bile time nak bayo. Nasib baik ktorg bawak org expert pasal camera ni so senang lah sket. Tak de lah cam rasa kena tipu kan.

Pas tu plak, cari bag camera untuk mamat sorang ni plak. Banyak jugak pilihan yang best2 but harga melantun2 mahal jugak. Tawar punya tawar dapat jugak harga yang berkenan di hati.


Lebih kurang 2 jam jugak lah kat dalam plaza ni kan, uisk tak sangka payah jugak nak beli gadget2 IT ni kan. Masa mr Big beli dia punya dulu senang dan cepat je coz dia dah survey 3-4 kali kat sini.

Lepas tu ktorg sambung shopping + lepak kat Sg Wang Plaza plak. Ramainya manusia semalam kat sini sampai nak lepak pi minum kat Old Town pun tak de tempat lah. Lepak2 kejap minum sambi Borak2 Mr Big datang then after that ktorg split coz nak cari baju untuk photoshoot weekend nie.


Anyway bagi aku area Bukit Bintang ni memang seronok dijelajahi. Macam-macam benda kita boleh jumpa lah terutama sekali bab shopping2 ni. Macam aku ni cakap tak de nak beli apa2 last2 hangkut jugak handbag dan pump shoes. Tak taulah bila nak pakai standby beli je.

Sekali sekala hang out dengan bebudak opis time2 cuti ni cool jugak kan. Korang plak bercuti ke mana plak ek?

Monday, April 26, 2010

Aku Dapat RM2K Untuk Kurus

Salam Korang,

Lama betul aku rasa x update. Maklumlah weekend kan. Memacam bende nak buat. Yang penting sekali, of courselah tido. Tapi tak dapat pun tidur sampai syurga. Yang dapat penat lelah beraktiviti sepanjang minggu.

So ahad lepas, aku ke Sg Wang. Atas pujukan si SumiJelly yang dah booking aku dari 2 minggu lepas, so aku ke AmberHunt 2009/2010 bagi menyokong DrHanie kite. Aku kenal dia masa MBP Event dulu.

Ini dia Dr Hanie kite

Kuruskan dia, turun 13.3kg tuh!

So masa sampai tuh, si SumiJelly nie dah tunggu aku pun kat registration counter. Pas register, dapatlah aku & mr Big goodies bag. Ala bukan ada apa pun,majalah je. So pas merasa cocktail yang diaorg dah sediakan ktorg ke belakang pentas. Rupanya dalam 15 orang finalist dapat masuk semi final nie. Cari punye cari jumpalah ktorg dgn si Hanie nie, bile dah make-up lain plak muka dia. Sempatlah borak2 dengan dia.
Lapo betul si Aidi nie kan

Sedapkan! Walaupun simple je

Pas tu, lepak depan stage plak, tetiba si Aidi Safuan sampai dengan rambut gonjengnya itu, apalagi sambung makan sambil borak2.

Bila acara nak start, aku nampak Si Bean dengan Cik Hel sampai. Eh, diorang nie ade scandal ke? Rupa-rupanya Ainsepet keje, itu yang si Bean boleh keluar dendan Cik Hel  nie. So sambil makan sambil borak sambil bercamwhore.
Top 15 Finalist

Gaya kan! Dahlah tinggi, memang ala-ala model lah ko hanie

So finalist2 nie keluarlah, introducekan diri dan ceritakan sket pasal perjalanan diorg dengan KeepSlim. Majoriti dari Kajang,Bangi & Putrajaya dan juga mostly goverment servant. Si Hanie dapat no. 11, bile time dia keluar, ktorg yang kat bawah nie bukan main bersorak2 gembira. By the way, cara Hanie explain diri sendiri ok, tak kekok, lancar je.

Bean tengah jawab soalan

Last question, mr Big yang jawab! Boleh gitu?

Pas semua finalist dah jalankan tanggungjawab masing2, judges (hakimlah-tapi betul ke aku eja nie ek) sibuk lah buat penilaian, sambil tu gak ade lucky draw dan simple quiz. So ktorang yang berenam nie termasuk mr Big beria-ia menjawab soalan. Then dapat hadiah plak tu. Kira punya kira ktorg semua sekali dapat dalam RM12K. Wow! cam tak caya kan. Tapi bukan duitlah voucher untuk kuruskan badan. So masing2 bukan main lagi berangan nak kurus terutamanya sekali aku lah kan. hehehhehehe..

Top 10 Finalist

MC umumkan top 10 finalist untuk final pada 30hb nie nanti. Sebut punya sebut Hanis pun dapat gak pegi final. So aku wish all the best lah untuk dia.

Dengan Ruhil

Dengan Datin Nonis, pujaan hati Bean. Ainsepet jgn marah okeh!

Abis je event, trus ktorg pegi bergambo2 dengan judges yang gorgeous nie. Abislah segala tempat ktorg bergambo. Dah abis borak2 dgn bercamwhore dan x de plan lain dengan diorg nie, aku trus pegi shopping kat level lain plak. Aku dengar2 Bean dengan Cik Hel nak pi karaoke pas tu kot, tapi tak taulah kan.
Tengok, RM12K dengan ktorg je

Anyway thanks kat SumiJelly yang ajak aku pi event nie semalam.

Ini je yang aku dapat

Voucher untuk kuruskan badan!

Kepada kengkawan yang lelain, nie bukan Bloggers Gathering okeh. Sebab ade orang complain, yang aku tak ajak pun diorg nie pi event nie. Sorry guys, kalau ade betul2 punye gathering confirm2 aku ajak korang. Jangan nak sentap2 okeh.