Showing posts with label Samsung Galaxy SIII. Show all posts
Showing posts with label Samsung Galaxy SIII. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Celcom Cupcakes Challenge Finale @ Publika Solaris Dutamas

Hi Korang,

Hari tu aku kan ada join baking workshop untuk Celcom Cupcakes Challenge kan? Semalam merupakan Finale bagi cabaran tersebut.



Bertempat di Publika, Solaris Dutamas seramai 55 finalist bertanding untuk mendapatkan wang tunai dan smartpHone S3. Aku berkesempatan untuk ke majlis penutup ini.





Para finalist cuma dikehendaki menghias cupcakes yang telah disediakan mengikut gambar hiasan yanG telah di upload di fanpages Celcom Cupcakes Challenge. Dalam masa 1 jam ni, aku tengok mereka bersunGGuh-sunGGuh untuk menyiapkan kek-kek cawan yang comel ini. 


Pertandingan ini di adili oleh celebrity chef terkemuka iaitu Chef Rose Weiss (rancangan Selera TV3), Chef Sherson Lian (rancangan 5 Rencah 5 Rasa) dan Chef Dato' Fazley Yaakob (rancangan MasterChef Selebriti). Aku rasa diorang mesti pening nak memikirkan siapa yang patut menang sebab banyak sangat design yang menarik.

So ini dia pemenangnya :-



Congrats to Vincent Liew, Juneci Siong & Mac Leong - our Top 3 winners 



Tahniah kepada semua pemenang!



Terima kasiH kepada Celcom yang sudi menjemput aku ke Finale Celcom's Cupcake Challenge ni, memang best sangatlah. Rasanya kalau ada lagi pertandingan seperti ni aku pun nak join gak. 


Meh check it out Celcom links below on Facebook about Celcom's Cupcake Challenge:









Monday, September 10, 2012

Celcom Cupcake Challenge Baking Workshop

Hi Korang,



Dah lama rasanya tak buat kerja-kerja buat kek ni kan. Yelah nowdays memang tak de masa sangat. Terlampau sibuk sangat dibuatnya.


Celcom Hosts Exclusive Baking Workshop For National Pride
Bloggers and media rise up to the Celcom Cupcake Challenge with hands-on, fun-filled activity.

Tapi bila Celcom menjemput ktorg ke Cupcake Baking Workshop ni terus rasa teruja. Tapi Celcom dan cupcake? Cam pelik bunyinya kan. Rupanya Celcom Axiata Berhad yang merupakan salah satu syarikat Telco yang terkemuka di Malaysia sedang mengadakan satu pertandingan online iaitu Celcom Cupcake Challenge yang berlangsung dari 30 Ogos 2012 – 20 Semptember 2012  sempena ulangtahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55 dan juga sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September 2012.

Belum start lagi masa nie

Cupcake Baking Workshop ini di adakan di The Cooking House yang disertai oleh 50 orang Malaysian bloggers dan wakil media publications untuk belajar cara asas menyediakan cupcakes termasuk menghiasnya sekali yang bertema semangat patriotik.


Menurut kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer Celcom Axiata Berhad  “Pertandingan ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bukan setakat kepada pelanggan Celcom saHaja. Inilah masanya untuk mereka membuktikan semangat patriotik dengan menunjukkan bakat dan kreativiti mereka. Kami memilih Facebook sebagai medium yang membolehkan pengguna get together, berkongsi kasih sayang mereka kepada Malaysia dan pelbagai lagi''.


Baking Workshop ini di acarakan oleh Chef Lu Soo Chee (resident cake artist di The Cooking House) dan Chef Celebriti Rose yang popular dengan rancangan Selera di TV3. Ktorg diberikan briefing tentang cara membuat cupcake secara ringkas sebelum class bermula.

My teamate Yana Yassin

Satu team terdiri dari 2 orang. Since Mr Big jadi photographer so aku partner dengan Yana Yassin. Bahan-bahan yang terdiri daripada telur, butter, esen vanilla, tepung, susu telah pun disediakan. Ktorg ikut je yang Chef terangkan tadi satu persatu.

Di antara bahan untuk buat cupcake

 
Kacau jangan tak kacau ye

Ok pecah telur ye

Masukkan tepung plak

Dah siap adunan, masuk dalam acuan 

Comot kan

Susun dalam dulang plak

Ok bakar time

So sementara nak tunggu cupcake masak, ktorg start belajar buat butter icing plak untuk decorate cupcake tu nanti. Kena buat 4 warna ikut warna Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning.

Kek yang nak di decorate

Makcik IKS tengah promo bisnes

Piping pun bermula

Tekan jangan tak tekan

Tengok berhempas pulas nak menghias kan. Memacam rupa ada, tebal nipis besar kecik semua adalah.



Inilah hasil cupcake ktorg. Tak de lah cantik sangat tapi yang penting sedap dimakan ye.

Team Caroline, Ciki dan Charmine

Akhirnya Chef Lu memilih team ni untuk memenangi Bloggers Cupcake Challenge ni. Ktorg tak menang pun tapi happy sesangat sebab dapat rasa cupcake yang ktorg buat tadi. Sedap ooo walaupun icingnya kasar kan khahkahakhakah





Memang seronok dapat datang ke baking workshop nie. Mana taknya ilmu memasak pun dapat, makan pun dapat kan. Terima kasih Celcom sebab sudi menjemput ktorg ke workshop ini.


Hah mesti korang teruja nak join Celcom Cupcake Challenge kan? Aku dah agak dah..

Ok baca ni

1.   Korang cuma kena design cupcake mengikut kreativiti korang sendiri yang bertemakan semangat patriotik.

2.   Kemudian upload ke www.facebook.com/cupcakeschallenge. Korang boleh upload seberapa banyak design yang mungkin.


Tarikh tutup pada 23 September 2012 dan 55 penyertaan yang mendapat most ‘LIKE’ di entry mereka akan dipilih ke grand finale pada 29 September 2012. Pemilihan juri yang terdiri daripada orang ramai dan panel juri selebriti berdasarkan kreativiti, uniknya rekaan mengikut gambar yang dihantar.

3 pemenang utama akan menerima telefon Samsung Galaxy SIII yang bernilai RM2,199 setiap satu dan RM10,000, RM5,000, dan RM2,000 tunai untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Kepada 52 finalist akan juga menerima telefon LG Prada sebagai saguhati.


Untuk maklumat lanjut, boleh ke Celcom Cupcake Challenge fanpage di www.facebook.com/cupcakechallenge  atau  www.celcom.com.my atau boleh hubungi 1300-111-0000 or  1111 dari Celcom mobile.

Apa lagi, startlah buat cupcake ye, mana tau ade rezeki kan..




Wednesday, May 30, 2012

REVIEW : Samsung Galaxy SIII Buat Video Sambil Ambil Gambar Secara Serentak

Hi Korang,

Ini review kedua untuk Samsung Galaxy SIII ni. Aku ni bukanlah tech blogger kan so review pun ikut apa yang aku reti buat je.

Semalam masa dating dengan blogger frens kat KLCC, aku sempat buat video sambil ambil gambar. Memula banyak try and error pas dah lelama tuh baru pandai sket kan.

Meh layan video suka-suka ktorg ni ek


Cuba korang tengok lagi sekali, jari aku dua kali tekan button camera tu kan. Itu maknanya sambil video sambil tu jugak lah aku capture gambar kan dan hasilnya tetap sama dengan video yang aku ambil tuh.

Korang jangan gelak-gelak ek, ini hasil je blogger amatur je tau.


Yang ni plak video Start-up on Samsung Galaxy SIII. Macam best kan. Sila maafkan saya sebab screen tu terlalu terang sampai boleh nampak gambar aku tengah pegang camera tu kan.

So terjawablah soalan dari Cuba Teka dan Hazman mengenai Samsung Galaxy SIII ni. Kalau korang ada lagi soalan untuk aku tentang gadget terbaru dari Samsung ni baik bagitau cepat sebab aku dah nak kena pulangkan smartphone ni balik ye.

CLP notes : Baru aku tau betapa susahnya nak buat video kan.


Saturday, May 26, 2012

Samsung Galaxy SIII Exclusive Media Preview @ One World Hotel, PJ

Hi Korang,

Akhirnya yang di tunggu-tunggu, sampai jua Samsung Galaxy SIII kat Malaysia ni.  Ye betul dah sampai pun. Mata aku sendiri yang menyaksikan majlis preview secara esklusif di One World Hotel malam tadi atas jemputan Samsung Team sendiri.


As usual, before masuk dewan tu ada koktail party sket. So dapatlah hang around with other bloggers yang datang kan. A round 7pm cam tu pintu dewan di buka dan ktorg di antara yang dapat duduk depan dengan stage.


Aku suka sangat MC malam tuh, Wan Zaleha Radzi. Kurus dan cantik sangat. Simple je presentationnya. Paling aku kagum sekali montage screen kat stage tuh. Besar dan memukau serta seronok di pandang. Bila kita tonton video pengenalan Samsung Galaxy SIII ni, terus membuatkan hati aku jatuh cinta dengan smartphone terbaru keluaran Samsung ni lah.


Bercakap mengenai pengenalan Samsung Galaxy SIII ini, Encik Kwon Jae Hoon Pengarah Urusan, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd berkata ‘Samsung GALAXY SIII telah dicipta dengan keperluan dan keupayaan manusia dalam fikiran. Apa yang membuatkan saya paling bangga adalah bahawa ia membolehkan satu pengalaman mudah alih yang paling lancar, semula jadi dan human-centric, membuka ufuk baru yang membolehkan anda menjalani kehidupan yang luar biasa '.


Dengan pengenalan samsung galaksi SIII, kami yakin bahawa jualan gadget ini akan mengatasi hasil jualan Galaxy SII yang terjual 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lepas 'katanya


Kemudian ktorg di beri penerangan mengenai lebih lanjut lagi oleh pengurusan pemasaran product  dari SamsunG. Cara diorg menyampaikan presentation wow! Rasanya yang paling banyak tepuk tangan ktorg lah kan, memang tak sangka sampai begitu sekali Samsung Galaxy SIII ni mampu lakukan dah macam human companion.


Apa lagi masa yang di tunggu lah kan, nak tengok sendiri cam ne rupa Samsung Galaxy SIII ni. Ktorg di bawa ke ruangan showcase. Masa ni lah ktorg berpeluang untuk merasai sendiri rupa bentuk Galaxy SIII ni. Berat Cuma 133grams dan 8.55mm tebal. So nipis sungguh lah kan. Pelbagai function yang amat menarik dan akan aku ceritakan nanti di entry lain ye.


Samsung Galaxy SIII ni menggunakan  AndroidTM 4.0 Ice Cream Sandwich dan 2,100mAh bateri.


Masa ni ktorg tak lepaskan peluang untuk mencuba gadget yang canggih ni. Segala function yang diterangkan semasa presentation tadi semua aku cuba. Memang tak perlu di sangkal lagi kecanggihannya.



Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy SIII yang terbaru ini, boleh layari www.samsung.com/my atau pergi ke Samsung Mobile Malaysia Facebook page di https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia



Anyway terima kasih kepada Samsung kerana sudi menjemput aku ke special event yang best ni dan juga goodies bag yang aku rasa berguna sekali pengguna smartphone kan.


About Samsung Electronics Co., Ltd.
Samsung Electronics Co., Ltd. is a global leader in semiconductor, telecommunication, digital media and digital convergence technologies with 2011 consolidated sales of US$143.1 billion. Employing approximately 206,000 people in 197 offices across 72 countries, the company operates two separate organizations to coordinate its nine independent business units: Digital Media & Communications, comprising Visual Display, Mobile Communications, Telecommunication Systems, Digital Appliances, IT Solutions, and Digital Imaging; and Device Solutions, consisting of Memory, System LSI and LED. Recognized for its industry-leading performance across a range of economic, environmental and social criteria, Samsung Electronics was named the world’s most sustainable technology company in the 2011 Dow Jones Sustainability Index. For more information, please visit www.samsung.com.