Showing posts with label SEP Mask. Show all posts
Showing posts with label SEP Mask. Show all posts

Monday, August 21, 2017

SEP Jeju Mask Pack, Nak Cantik Mesti Kena Guna Tau...

Hi Korang,

Pernah dengar SEP Jeju Mask tak?

Itulah akak Lily dah lama perasan jenama mask ni kat Watson tapi tak pernah cuba lagi. 


So hari tuh ada kesempatan terus sambar beberapa jenis mask dari keluaran SEP Jeju Mask ni lah, yelah harga pun tak mahal tuh yang ambil tuh. 

Diformulasikan dengan bahan alam semulajadi terpilih dari Pulau Jeju, Korea Selatan untuk setiap jenis kulit, empat pek mask wajah iaitu SEP Canola Honey Nourishing Mask, SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask, SEP Tangerine Brightening Mask dan SEP Green Tea Soothing Mask.

Diperbuat di Korea, setiap pek mask mengandungi bahan alam semulajadi yang bersih dan terpilih dari Pulau Jeju yang cukup terkenal dengan pulaunya yang mistikal, kejernihan dan kesegaran airnya yang sentiasa terpelihara. Turut mengandungi bahan semulajadi daripada tanah lava volkanik yang tercetus kira-kira dua juta tahun lalu, pulau itu adalah syurga buat rantaian ekologinya yang kaya dan unik dengan flora dan faunanya.

Meh akak Lily citerkan sket mengenai khasiat-khasiat keempat-empat mask ini ek. 


SEP Canola Honey Nourishing Mask

Ia diformulasikan dengan ekstrak pekat madu daripada Madu Canola Jeju yang mengandungi kandungan protein yang tinggi, asid lemak, vitamin dan mineral yang dapat melembap dan menghidrasikan kulit secara intensif. Kandungan tambahan Centella Asiatica yang juga dikenali sebagai 'tiger grass' mengandungi jumlah signifikan asid madecassic yang dipercayai dapat membantu memulihkan kulit yang kusam dan kering. Air mawar (rose), chamomile dan lavender sebagai kandungan tambahan juga dimasukkan ke dalam mask ini yang mana ia memberi bauan yang harum dan menenangkan sesuai untuk mengurangkan rasa resah manakala aloe vera pula dikenali dengan manfaat kelembapannya yang membantu mengurangkan rasa kekeringan dan menjadikan kulit anda sihat dan bersinar.


SEP Cactus Fruit Moisturizing Mask

Mask ultra kelembapan ini menjadikan permukaan kulit yang kering kembali segar dan kekal lembap kerana ia mengandungi khasiat kaktus (cactus fruit) yang terkenal memiliki keistimewaan kandungan Vitamin C yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai kandungan bahan semulajadi lain dari Pulau Jeju termasuk aloe vera, buluh, asid hyaluronic dan selasih. Bagi menggalakkan kadar serapan nutrisi tersebut, biji oat juga ditambah sebagai bahan dalam mask untuk mengeluarkan, membersihkan dan melembapkan kulit wajah. Mask ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif memandangkan ia turut mengandungi ekstrak Salvia - sejenis herba yang membantu meredakan keradangan dan mempunyai kesan steril yang membantu merawat dan memulihkan kulit.


SEP Tangerine Brightening Mask

Mask ini membantu mencerahkan kulit yang kering dan kusam dengan sumber limau tangerine Jeju dan timun yang memiliki kandungan nutrisi yang tinggi seperti Vitamin C yang dapat merangsang proses pencerahan dan membantu mengurangkan kemuncukan pigmentasi. Ia mengandungi bahan semulajadi yang dituai di Pulau Jeju termasuk herba yang dikenali sebagai Devil's Claw yang memiliki keistimewaan anti- keradangan dan kesan steril. Selain itu, kandungan bunga daisy juga memberikan kesan detoks dan pencerahan, Bunga Edelweiss dan Niacinamide pula dikenali dengan kandungan air Vitamin B3 yang membantu memutihkan kulit.


SEP Green Tea Soothing Mask

Mask menyegarkan ini mengandungi kepekatan ekstrak teh hijau yang tinggi yang dapat membantu melegakan iritasi pada kulit, memberikan kesan yang sihat dan cerah pada permukaan kulit. Manakala tea tree pula mengandungi bahan anti-bakteria dan reaksi steril yang menyerap melegakan kulit sementara Centella Asiatica pula mengandungi asid madecassic yang menbantu memulihkan kulit. Selain itu, propolis, esen keladi dan lavender membantu melembapkan dan menyegarkan kulit menjadikan ia lembut dan anjal.

tak rata plak pakai mask ni ek

akak lily guna yang green tea mask

Kalau korang nak tau, Pek Mask SEP Jeju ini yang dicipta untuk membantu mengenalpasti masalah kulit dengan memastikan bahan semulajadj aktif ini dapat menyerap dan membekalkan manfaat intensif pada kulit. Tambahan pula, mask yang kaya dengan nutrisi dan mudah digunakan ini adalah amat sesuai untuk digunakan oleh semua golongan wanita tidak kira usia mahupun masalah kulit yang dihadapi.


Pek Mask SEP Jeju boleh didapati secara eksklusif di semua rangkaian Watson bermula Januari 2017 pada harga RM5.90 sekeping dan RM24.90 sekotak yang mengandungi lima keping mask di dalamnya. 



#SEPmask 
#watsonsmalaysia 




Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com