Hi Korang,
Aku terbaca entry pasal lamb chop nie di
Chybeelila. Dia nie salah sorang follower aku yang study/live di German (aku lom abis lagi mentelaah blog dia nie lagi).
Apa cerita lamb chop nie?
Aku memang tak pernah
makan lamb chop. Bukan tak mampu tapi aku takut. Even mr Big sefamily sangat gemarkan lamb chop nie. Bagi family aku, kami tidak pernah didedahkan mengenai daging kambing nie sejak kecil lagi. Bila si maknya tak makan/masak, automatically anak2 pun ikut turut tak makan.
Tapi kenapa takut makan lamb chop?
Ada satu peristiwa pasal daging kambing nie. Kejadian nie dah 11 tahun yang dulu. Masa tu aku masih bergelar student di Uitm Sri Iskandar, Perak lagi. Hari tu, merupakan hari akhir untuk semesta kedua. Aku memang tak plan nak balik hari tu pun tapi disebabkan hostel dah mula kosong dan good fren aku yang tak jadi nak berjimba dengan aku, so aku kenalah balik JB. Bukan apa, takut tinggal kat hostel memalam2 sorang2. Haruslah macam2 benda berlaku kan.
So aku pun dapatkan bas ke Medan Kid (sekarang dah tak nama apa ek) di Ipoh untuk ke KL. Maklumlah dulu suka naik bas lompat2 coz malas nak naik bas Ipoh-JB. Penat oo sakit pinggang duk lelama. Lagipun bila naik bas lompat2 nie boleh lah cuci mata sket. Mana tau boleh temu jodoh dalam bas kan dengan student2 lain (nampak sgt aku gatal kan, masa tu sexy ooo kurus meletups uols).
So aku sampai Puduraya dari Ipoh dalam pukul 11.30 malam. Pas dah beli tiket bas untuk ke JB dalam kul 1.00pagi, perut plak terasa lapar. Boleh terlupa bab makan bila nak balik JB sebab tak sabar, rindu dengan mak. So seberang Puduraya tuh, ada kedai mamak 24 jam. Terus aku kesana untuk makan. Masa tu lauk yang tinggal daging kambing je, yang lain semua dah abis. Oleh kerana dah lapar sangat aku terus bedal tanpa pandang kiri kanan. Habislah sepinggan daging kambing tu aku bedal. Dalam hati bercakap, sedap betul lah daging kambing nie, nanti nak suruh mak masaklah.
Sementara nak tunggu bas sampai, aku lepak2 kat dalam Puduraya tu. Punya lah ramai orang, tapi aku still x de rasa takut pun. Maklumlah sorang kan, aku beranikan diri jelah. Bas sampai dalam pukul 12.15tghmalam. Orang tak ramai, so bolehlah duduksorang satu bangku. Aku duduk dekat dengan driver, senang kalau jadi apa2 kan. Tengah nak tunggu bas jalan, badan aku dah start rasa panas, peluh dah menyimbah2 keluar. Aku hairan, nak kata sakit perut tak jugak. So aku lepak lagi tengok tv dalam bas nie. Memang tak boleh tahan ooo panasnya. Baju dah hampir basah. Aku terus jumpa abg driver tu, suruh tunggu kejap aku nak pi toilet. Ambil baju dengan seluar pendek trus pi tukar sebab dah tak boleh tahan sangat panasnya.
Bila dah tukar, baru lega sket. Bas pun bergerak menuju ke JB. Penumpang dalam 10 orang. Memang tak ramai. So segala air-con semua aku halakan dekat aku. Peluh still menitik lagi, badan tak tentu rasa. Nie tak boleh jadi nie, aku tabahkan hati gak untuk harungi semua nie. So bila sampai perhentian bas Air Hitam, aku turun terus telefon ayah aku. Dia dengan rasa risaunya trus datang amik aku kat Air Hitam nie.
Dalam masa 45minit ayah aku sampai dengan mak aku, gila laju di bawak kete maybe dah pagi kot kereta tak banyak. Trus amik aku bawak Puteri Specialist. Mahal pun mahal tapi cepat baik kan. Ktrog sampai hospital dalam kul 6.00pagi. Trus masuk emergency ward, bukan main ramai doktor dengan nursenya yang sibuk mengkaji apa plak sakit aku nie. Masuk air, bagi bius, telan ubat ermm memacam rupa dan bentuk rawatanlah yang aku terima.
Pas pukul 8.30pagi cam tu, baru aku di masukkan ke ward biasa. Check punya check, rupanya aku nie ada alahan dengan kambing. So barulah aku tau, kenapa aku jadi cam tu. Mak plak memang tak pernah bagitau sebab dia pun tak tau. Tak sampai satu hari pun aku di hospital. Tengahari dah boleh keluar. Bila time keluar tu, aku dibekalkan dengan ubat2 antibiotic dan pesanan penaja dari doktor & nurse yang comel2 tu.
So sampai sekaranglah aku tak sentuh pun apa2 yang berkaitan dengan daging kambing nie. Bila tengok orang makan, menelan air liur jelah aku nie. Mr Big cakap, cubalah rasa sket2 dulu, tengok apa yang jadi. Aku cakap senang je, kalau jadi apa2 kat aku tanggunglah beban tu je. Terus dia tak berani kasi aku makan.
Hah, itulah dia kisah aku dan lambchop. Harap jadi pengajaranlah kat diri aku sendiri ek. Bukan sebab aku tak makan kambing sebab nak diet, tapi itulah ceritanya.
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
p/s: Baru aku perasan, masa muda2 dulu aku berani betul. Sekarang? hampeh sket nak berteman kan mr Big.