Showing posts with label Perbarisan Hari Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Perbarisan Hari Merdeka. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Gambar | Perarakan Sambutan Hari Merdeka 2014

Hi Korang,

kami bersama para peserta hari merdeka 2014

Ini kira first time dalam seumur hidup kitaorang menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka untuk menyambut hari kebangsaan yang ke 57 tau.

Actually memang tak plan apa pun nak ke sini, sebab ktorang tak de menda nak buat pada 31 Ogos 2014 tuh, so aku yang gatal-gatal ajak Mr Big pergi. Awal gak ktorang keluar rumah lepas subuh cam tuh. Park kereta kat KL Sentral dan naik Putra LRT ke Masjid Jamek.

Once turun je dari station tuh, ya ampun memang ramai sangat orang.

ni kawasan bagi kereta-kereta VIP termasuk kereta Agung tau

So berjalan beramai-ramai ke Dataran Merdeka, on the way berjalan tu ramai jugak peniaga ambil kesempatan menjual barangan seperti trumpet, mapla dan memacam lah. 

Of course tak boleh nak ke pentas utama pun, sebab orang dah macam tin sardin. Berhimpit-himpit nak meyaksikan parade. Aku duk nampak sipi-sipi je, maklumlah kemetot. Nasib baik Mr Big bawak Sony G Lens tuh, so tengok dari screen kecik jelah tapi clear lah.
















Actually ada banyak lagi gambar, tapi cukuplah ini je ek

Mesti korang kata baik tengok depan tv je lagi baik daripada duk berpeluh-peluh berhimpit-himpit di celah orang ramai kan tapi aku nak rasa sendiri cam ner rasanya keseronokkan menyambut bersama ribuan rakyat Malaysia yang lain nya.

parade dah abis, tengok lautan manusia kan kat belakang ktorang

Serius sangat-sangat seronok, walaupun penat.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57, semoga Malaysia lebih maju dan sukses di masa hadapan..

Di sini lahirnya sebuah cinta



Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka Ke 55

Hi Korang,

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. 



Semoga negara kita yang tercinta ni Malaysia akan senantiasa aman dan sentosa.


Amin..