Showing posts with label Pavilion. Show all posts
Showing posts with label Pavilion. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Spa Kaki Di KENKO Fish Spa, Pavilion




 Hi Korang,



Kita ni kalau bab muka bukan main belek lagi kan, cuba tengok kaki memasing.



Ya ampun, berkerak bagai. Ada tuh kering nau nampaknya itu belum kira hitam-hitam kat bahagian tumit tu kan. Kaki pun sama penting gak wei dengan muka.


Dapat je peluang berouting dengan bebudak comel dari The ButterflyProject ni, haruslah aku tak lepaskan. Yelah ko sekali sekala chillax dengan pompuan-pompuan kan, best apa.


Lepas hantar Mr Big kat Sg Wang Plaza, aku terus je drive ke Pavilion. May be awal lagi kot so parking still banyak kosong lagi. Naik pi minum kopi jap then baru ke KENKO Spa Fish ni.

So ktorang pi berendam kaki di Kenko Fish Spa kat Pavilion ni. Sebab terlalu ramai so kena buat 2 session. Aku haruslah kena 1stsession coz aku nak lepak plak dengan Mr Big lepas tuh. Hehehhehe biasalah laki bini kan.


Ktorang dapat kupon dari Worthy Book ni.

Boleh rendam kaki, kasi ikan makan daki-daki dalam masa 30 minit. Kira okla tuh.

Sebelum tu, sila basuh kaki dulu kat tempat yang telah disediakan. Ikut prosedur dalam gambar tuh ek. Kena cuci kaki dengan special sabun, mana tau kaki korang cagu ke kan, at least ikan-ikan tu taklah mati lepas makan daki korang

Marilah celup kaki ke dalam kolam la ek




Dah lama gak tak buat fish spa ni. Masa nak celup kaki ni dalam air, ma koi banyak benau ikan yang datang. Memula rasa geli pas tu rasa best plak. Yelah ko segala daki-daki kita dia bersihkan.

Bebudak pompuan ni memang kelakar betul, ada tu siap jerit macam di sampuk hantu bagai. Giler ar. Nasib baik spa ni hujung sekali, kalau tengah-tengah rasanya satu Pavilion boleh dengar diorang jerit kan.




Ikan-ikan dalam kolam ni baik-baiklah moi, tak makan jari kaki pun. Ada gak ikan besar tau, yang tu aku terasa sket cam dia mengigit tapi bukan sakit mana pun.

Nak tau berapa harga sebenar kalau without guna Worthy Book kupon

RM38 untuk 30 minit

Murah kan. Alah sekali sekala pun nak berkira kan


Memang sangat seronok wei, sekali sekala memanjakan diri kan

Anyway thanks to The Butterfly Project and Worthy Book jugak tau



Saturday, June 5, 2010

Lagenda Budak Setan. Siapa Kata Hambar?

Morning Korang,

Quick update nie.

Cuba cakap dengan aku, siapa kata Lagenda Budak Setan tuh, ceritanya cukup makan? Hambar? Mengarut? . Cakaplah Siapa ek! Pada mulanya aku ingat cerita ini, cam cerita jiwang karat romantis tahap cipan tapi sebaliknya bukan begitu.

So semalam, ktorg dibelanja oleh my BIL and my SIL tengok movie nie. Maklumlah diorg pun tahu pasal abang diorg nie tak akan bawak aku pergi tengok cerita melayu meleret cam nie. Mr Big suka tengok cerita omputih je. (Tau lah speaking english berabuk).So korg sekeluarga including mama sekali pergi tengok kat GSC Pavilion. Dah tengah2 malam nie, ramai betul orang kat Pavilion nie, maklumlah esok cuti.

Berbalik kepada Lagenda Budak Setan nie, kalau korang pembaca setia novel Ahadiat Akasyah nie, mesti korang suka giler lah dengan cerita nie. Aku tak nak cerita lebih2 sebab nanti korang malas nak pi tengok kat panggung plak kan.

Anyway, korang layan videoclip Bila Cinta OST Lagenda Budak Setan nie.

Bila Cinta


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu

Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan


Kalau korang paham makna tersirat dalam lirik lagu nie, maknanya korang dah boleh dapat tangkap jalan cerita movie nie. Apa-apa pun cerita ini mengajar kita erti pengorbanan dan kesetiaan. Bukan untuk pasangan bercinta je tapi yang dah kawin pun bagus tengok movie nie.

Apa-apa pun, Lisa Surihani U memang superb!!

Friday, May 28, 2010

Apa Yang Aku Miss Nieh!

Hi Korang,

Terasa lama betul tak update kan. Maklumlah next week ade signing ceremony unutk project baru nie. So banyak benda kena prepare.

Selain daripada contract document kene prepare, contract drawing pun kene check gak. Maklumlah aku nie di antara orang2 yang terlibat rasanya memanglah amat sibuk 2-3hari nie. Dahlah bilik aku kat opis nie dah jadi infomation counter. Segalanya ada di bilik aku nie.

Malas nak bebel pasal kejelah, penat dah seharian bekerja takkan nak citer pasal keje lagi kot.

So sepanjang aku 2-3 ari aku tak update blog nie, banyak jugaklah aku miss.

Di antaranya:-


1. Aku orang ke15 yang join contest Eyriqazz nie. Uik bangga gak nie, aku nie dah lah payah nak masuk contest2 yang memerlukan ketajaman pemikiran kan.


2. Majoriti kengkawan aku dapat tengok Prince of Persia. Sedey okeh aku x dapat. Takpelah harap korang enjoy ye!


3. Rupanya nie Digi Break Event Party. Costume? aku blom terfikir lagi.Aku dengar Tasha nak jadi catwomen.betul ke? ke dracula ek!. Si Bean plak nak jadi Ironman. Biar betul ko beb!. K ina, pojie, sumijelly korang nak jadi apa plak ek?


4. Event Hari Susu Sedunia Ahad nie kat Pavilion. Alamak, aku lom janji dengan sesape lagi nie.Tapi Sumijelly ade ajak aku tadi. SiPojiePooh ajak mr Big plak. Wah mengalahkan aku plak ek si budak Pojie nie. Tak per yang penting Redmummy ajak aku tau!

Nie aku baru baca sket, sampai sekarang masih mentelaah lagi.

Hopefully, aku dapat lakukan segalanya dengan sebaik mungkin. Insyallah.