Showing posts with label Pavilion KL. Show all posts
Showing posts with label Pavilion KL. Show all posts

Thursday, June 1, 2017

LEGO® 'Cities Of Wonders Kini Di Pavilion KL

Hi Korang,

Cuti sekolah sudah pun bermula, dan LEGO® Malaysia kini membawa satu lagi aktiviti menarik dalam senarai aktiviti menyeronokkan yang boleh mengisi masa lapang kanak-kanak Malaysia. LEGO® Malaysia, blok binaan yang mencetus daya imaginasi dan kreativiti, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi kempen #BuildAmazingMY. 


Kempen ini membawakan pelbagai aktiviti membina yang menyeronokkan menerusi acara Cities of Wonder di Pavilion KL seperti peraduan online, dan binaan mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad yang mencatatkan mercu jaya sulung dalam sejarah jenama LEGO®.

Jacob Leighton Rennison, Head of Marketing, LEGO® Malaysia, revealing that LEGO® aims to inspire people to explore more about Malaysia’s unique cultures through LEGO®.

“Sejak dari mula lagi, para pengasas LEGO®’ telah menetapkan wawasan jelas untuk membina sesuatu yang mendorong kreativiti generasi. Kami memahami peranan kami dengan baik – matlamat kami adalah untuk menggalakkan kanak-kanak bermain menggunakan tangan mereka, dengan jenis permainan yang memupuk kreativiti minda. Apa yang kami lakukan dengan #BuildAmazingMY adalah sesuatu yang sangat istimewa. Kita tidak perlu memandang jauh untuk mendapatkan sumber inspirasi,” kata Jacob Leighton Rennison, Ketua Pemasaran, LEGO® Malaysia. 

“Malaysia terkenal kerana keunikan dan kepelbagaian budayanya. Kempen kami memaparkan beberapa unsur unik menerusi binaan mini edisi terhad, dan dalam pada itu kami ingin rakyat Malaysia memberitahu kami apa yang istimewa buat mereka menerusi LEGO®. Paling penting, kami mahu orang ramai seronok memulakan pengembaraan kecil yang telah kami bina ini,” tambahnya. 

Dengan matlamat memastikan kanak-kanak terus menggunakan daya kreativiti mereka sambil menikmati cuti sekolah ini, #BuildAmazingMY mencabar ibu bapa dan kanak-kanak untuk membina sesuatu yang luar biasa bersama, berilhamkan daya tarikan atau keajaiban yang wujud di bandar raya masing-masing. Kempen ini juga termasuk usaha membina bangunan mozek LEGO® secara beramai-ramai di Pavilion KL dengan matlamat mencatatkan rekod Malaysia. 

LEGO® Cities of Wonders at Pavilion Kuala Lumpur (From left to right: Kung Suan Ai, Director of Marketing, Pavilion Kuala Lumpur; Jacob Leighton Rennison, Head of Marketing, LEGO® Malaysia; Sylvie Ting, Associate Brand Manager, LEGO® Malaysia; Feina Leow, Marketing Manager, Toys ‘R’ Us)

Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan bagi Pavilion KL, Dato’ Joyce Yap berkata, “Sebagai pusat belah-belah pemenang anugerah yang membawakan pengalaman bertaraf dunia secara konsisten kepada pembeli, kami berbangga untuk berganding bahu dengan LEGO® yang bertaraf antarabangsa untuk kempen musim cuti sekolah kali ini. LEGO® ialah jenama yang diminati oleh semua peringkat usia – dengan usaha sama ini, kami mengalu-alukan para peminat dan keluarga untuk mengunjungi pusat beli-belah ini bagi mencipta pengalaman indah dan berharga bersama kami.” 

Peraduan Facebook My Own Creation 

Kempen bermula dengan projek cuti sekolah yang paling sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Peraduan My Own Creation LEGO® (Hasil Ciptaan Saya Sendiri) di Facebook diadakan dari hari Isnin, 22 Mei hingga 16 Jun dan bertujuan mencari binaan LEGO® paling kreatif yang memaparkan daya tarikan Malaysia paling dekat di hati pembinanya. Hadiah mingguan akan diumumkan di laman Facebook LEGO® Malaysia setiap Rabu, bermula pada 31 Mei dan berakhir pada 23 Jun. LEGO® akan menganjurkan majlis penyampaian hadiah utama di Pavilion KL pada hari Sabtu, 1 Julai. Para pemimpin kumpulan peminat paling tegar akan hadir untuk mengadili penyertaan. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan My Own Creation, sila layari laman Facebook LEGO® Malaysia


Acara Cities of Wonder di Pavilion KL

Sebagai sebahagian penting daripada kempen #BuildAmazingMY, acara Cities of Wonder (Bandar Raya Menarik) diadakan di Pavilion KL dari Khamis, 25 Mei hingga Ahad, 4 Jun. Berilhamkan LEGO® City dan LEGO® Friends, ruang acara direka seperti bandar LEGO® saiz sebenar. Selepas pendaftaran, kanak-kanak boleh meminjam sarung tangan luar biasa LEGO® untuk meneroka Cities of Wonder dalam bentuk figura mini LEGO®. Mereka akan menerima pasport Cities of Wonder untuk menyusuri denai aktiviti dan mengumpulkan pelekat sambil mereka menyelesaikan setiap cabaran. Hadiah menarik menanti yang berjaya mengumpulkan semua pelekat. Acara ini memaparkan laluan yang menempatkan empat stesen aktiviti LEGO®: 






· Emma’s Photo Studio – membina kamera dengan bata LEGO® 

· Stephanie’s Cupcake Kitchen – kanak-kanak perlu menghiasi kek cawan mereka hanya menggunakan bata LEGO® yang dicedok daripada baldi

· Police Station – kanak-kanak perlu membina mozek LEGO® bagi penjahat yang mereka perlu tangkap 

· City Jungle – kanak-kanak boleh belajar tentang binatang dan alam sekitar di stesen ini kerana mereka perlu mencari 4 permata sebelum ditemukan oleh penjahat. 

Selain daripada aktiviti ini, Cities of Wonder juga akan menyediakan ruang pameran memaparkan daya tarikan Malaysia yang diperbuat daripada LEGO® oleh kumpulan peminat LEGO® tempatan. Ruang pameran ini juga memaparkan binaan daripada pemenang minggu pertama peraduan Facebook My Own Creation. 


Binaan Mini Kebudayaan Malaysia Edisi Terhad 

Kemuncak kempen ialah pelancaran 4 Binaan Mini baru ciptaan LEGO® yang memaparkan tarikan budaya Malaysia iaitu: Bunga Raya, Kampung, Wau, dan Ketupat. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah LEGO® telah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Dikeluarkan dalam jumlah terhad dan dilancarkan setiap Sabtu dari 27 Mei hingga 17 Jun, Binaan Mini ini hanya boleh didapati dengan pembelian minimum produk LEGO® bernilai RM300. Sementara itu, satu tawaran khas dibuat hanya di lokasi pelancaran setiap Blok Binaan Mini (maklumat lanjut disenaraikan di bawah), di mana seramai 150 peminat pertama boleh mendapatkannya dengan pembelian minimum RM200 produk LEGO® menerusi aktiviti eksklusif Bina dan Bawa Pulang. Selepas setiap Sabtu berkenaan, Binaan Mini ini kemudiannya boleh didapati di enam gedung (yang disenaraikan di bawah) selagi stok masih ada. 

“Ini merupakan satu detik bersejarah bagi LEGO® kerana kami belum pernah mencipta sesuatu yang khas untuk Malaysia. Perkara ini memang jarang dibuat dalam sejarah LEGO® dan kami berbangga kerana LEGO® Malaysia telah berjaya melakukannya. Apa yang penting bagi kami ialah Binaan Mini ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus meneroka daya tarikan Malaysia menerusi LEGO®, dan anda boleh membina apa sahaja menggunakan bata mainan ikonik ini,” tambah Jacob. 

Tarikh Pelancaran dan Lokasi Binaan Mini 

Sabtu, 27 Mei – Bunga Raya 
Pelancaran: 12:00 tgh hari, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL 
Gedung lain yang turut serta: Gedung Toys ‘R’ Us di Mid Valley Megamall, Pavilion KL, 1 Utama, KLCC, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 3 Jun – Kampung 
Pelancaran: 10:00pg, Toys ‘R’ Us Mid Valley Megamall 
Gedung lain yang turut serta: Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL; gedung Toys ‘R’ Us di 1 Utama, KLCC, 101 City Mall, Empire Subang

Sabtu, 10 Jun – Wau 
Pelancaran: 10:00pg, Centre Court, Tingkat 2, Pavilion KL 
Gedung lain yang turut-serta: Gedung Bertauliah LEGO® di Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall, Empire Subang 

Sabtu, 17 Jun – Ketupat 
Pelancaran: 10:00pg, Gedung Bertauliah LEGO®, The Curve 
Gedung lain yan gturut serta: Gedung Bertauliah LEGO® di Pavilion KL, The Curve, Bangsar Village, Setia City Mall, 101 City Mall, Empire Subang 

Binaan Mozek LEGO® Terbesar di Malaysia 

Selepas berakhirnya tempoh acara rasmi bagi Cities of Wonder, LEGO® akan terus berada di Pavilion KL untuk acara membina Mozek LEGO® yang sangat besar. Sempena sambutan Hari Raya, LEGO® berganding bahu dengan Pavilion KL untuk menganjurkan sesi membina Mozek LEGO® terbesar di negara ini. Projek luar biasa ini akan dibina oleh peminat tegar daripada komuniti LEGO® sepanjang tempoh dua hujung minggu dengan matlamat mencatatkan rekod baru Malaysia bagi Mozek LEGO® terbesar di negara ini. Mozek ini akan dibina pada hujung minggu 9-11 Jun dan 16-18 Jun. Ikuti laman Facebook LEGO® Malaysia untuk butiran lanjut dan cara mengambil bahagian. 


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen LEGO®’s #BuildAmazingMY dan cara untuk mengambil bahagian, sila layari laman Facebook LEGO® Malaysia di, www.facebook.com/LEGOMalaysia.official dan semak hashtag #BuildAmazingMY #LEGOMY.

Tuesday, August 18, 2015

Volkwagen Malaysia & Alia Bastamam untuk acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015

Hi Korang,

Eventho tak dapat pi KL Fashion Week tahun ni sebab outstation tapi tetap gak nak update pasal event yang best awesome ni kan..


Volkswagen Malaysia berhubung dengan para peminat fesyen menerusi kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam pada acara Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015 (KLFW RTW 2015).

Kerjasama ini menandakan penyertaan Volkswagen ke dalam dunia fesyen. Ia nyata serasi dengan DNA jenama tersebut yang memang terkenal menerusi reka bentuk yang tidak ditelan zaman dan memiliki prestasi terbaik. “Sejak bertahun-tahun lamanya, KLFW RTW telah terbukti menjadi satu platform yang hebat untuk menyerlahkan kreativiti dan kepintaran. Kami amat teruja untuk menjadi Penaja Kereta Rasmi pada tahun ini. Bagi meraikan debut tersebut, kami mempamerkan sebahagian daripada reka bentuk ikonik kami seperti Beetle, Golf R dan CC," kata Pengarah Pemasaran Volkswagen Group Malaysia, Martina Berg. 


Bukan itu sahaja, para peminat Beetle yang ikonik itu turut berpeluang melihat prebiu awal model Beetle Club berwarna oren (Habanero Orange) yang dipamerkan di pintu masuk Pavilion Kuala Lumpur sepanjang acara KL Fashion Week berlangsung. 

Mengulas mengenai kolaborasi dengan Alia Bastamam, Berg berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa Alia merupakan salah seorang pereka fesyen tempatan yang paling terkenal. Komitmen beliau terhadap rekaan yang tidak ditelan zaman dan kemas sangat sesuai dengan falsafah kami. Kami cukup teruja untuk memperkenalkan rekaan musim Bunga/Panas 2016 secara eksklusif di pentas peragaan Volkswagen Fashion Night with Alia Bastamam."

“Saya rasa sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan satu jenama ikonik yang cukup saya kagumi. Memang hebat rasanya apabila kami berkongsi banyak persamaan yang mengujakan," kata Alia. 

Dalam musim-musim sebelum ini, koleksi Alia lebih terarah kepada rekaan busana malam yang menggabungkan elemen glamor bersama fabrikasi yang kaya, labuci, renda dan hiasan-hiasan jahitan tangan. Untuk musim Bunga/Panas 2016 pula, Alia tidak lagi menggunakan konsep mewah, tetapi tampil dengan rekaan lebih ringkas. Alia kembali dengan rekaan ringan yang memberi inspirasi kepada beliau untuk memulakan labelnya apabila tampil bersama koleksi Resort pada tahun 2011. 

“Segar dan penuh harapan adalah apa yang saya mahu pada koleksi ini. Saya ingin mengembalikan kemudahan dan keselesaan kepada para pelangan kerana itulah yang membawa saya ke dalam industri ini pada asalnya – untuk mereka dan menghasilkan rekaan yang saya sendiri mahu memakainya," kata Alia.
 

Palet warna yang lebih ringan terserlah pada mood koleksi musim Bunga/Panas 2016 di mana aspek ‘ringan dan terang’ menjadi kata kuncinya. Untuk fabrik dan hiasan yang mewah, Alia menjadikannya sebagai koleksi Alia B. Koleksi Alia Bastamam dilihat lebih menarik kepada semua golongan wanita. Fabrik berlisu menjadi poin penting pada rekaan terbaharu Alia Bastamam – ia bermain dengan tona-tona pastel mentega dan ungu lembut. Siluet longgar dan perincian memberikan rekaan yang memiliki sedikit unsur bohemian ini tampak lebih bebas. 

Koleksi musim Bunga/Panas 2016 merupakan koleksi ke-16 dan ke-17 Alia dalam masa lima tahun. Bagi meraikan lima tahun ini, kini ditampilkan koleksi yang dekat di hati Volkswagen; memberikan gelombang positif yang sebelum ini dikaburi oleh elemen ultra-glamor. 

Semua kasut untuk acara ini direka khas oleh Lewre Bespoke.

Tuesday, September 30, 2014

MayFair Bodyline - I Want Free Trial Sebab Nak Cantik!

Hi Korang,

Aku kalau menda pelik-pelik yang mencantikkan diri mesti aku nak cuba punye.

Macam baru-baru ni, aku sempat cuba-cuba nak kuruskan badan. Yelah Mr Big dah start membebel ade bonjolan kat perut kiri kanan ni kan.


Serius aku memang tak de masa nak manjakan diri pi spa ni, dengan everyday daily job yang menimbun-nimbum, nak attend blogging event lagi, nak kemas umah lagi, nak bawak bebudak 2 ekor tu vet memang tak de masa, yelah family no. 1 so priority untuk diaorang dulu baru untuk diri kita sendiri. 

Bila dah kena bebel cam tu, so marilah ke Mayfair Bodyline

‘Mayfair Bodyline has been in the slimming, beauty and spa industry for over 29 years. The popularity of its brand has contributed in making it Malaysia’ most established homegrown beauty salon’

sebelum masuk bilik treatment

Walaupun Mayfair ada 31 outlet seluruh Negara, dari KL, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor tapi aku tetap ke Mayfair Pavilion ni, sebab diorang ada promotion yang korang cuma bayar RM29 untuk 5 treatment. Aduiyai terbaek tuh, yelah kalau normal price haruslah beribu so janganlah lepaskan peluang ni

minum green tea dulu


Masuk-masuk area Beauty Hall kat tingkat 7 ni, rasa cam exclusive sangat. Cantik sangat, aku di sambut mesra staff-staff mereka ni sambil dihidangkan secawan green tea dan aku kena isi borang pasal butir-butir perabadi kat consultant room ni.

consultation room 

Ms Avril selaku consultant menerangkan mengenai keadaan kulit muka aku, melalui scanning machine yang ditunjukkan. Rupanya, aku mempunyai kulit jenis kombinasi tapi dehydrate.

eee kotoran degil kat muka, takut plak aku la

bila dah tengok tuh, naik takut dibuatnya. Eeee baru aku tau keadaan kulit muka aku cam ne kan bila dah mula di mamah usia ni.

gemuk!

alah kan korang dah tau berat aku berape ek

Kemudian datang plak Ms Cherrie untuk buat analisis keadaan badan aku, biasalah tanya itu ini. Diet cam ne, apa aku makan, semualah dia scan

Jom masuk ke bilik facial yeah!


Untuk kulit kombinasi macam aku ni, trerapist mencadangkan aku menggunakan Orchid Facial Kit set.


Meh aku terangkan serba sedikit mengenai Orkid Facial Kit (Using IST Machine)

Di antara kebaikkannya (dalam English la ek) adalah:-

1.It cleanses the skin and eliminates death cells,
2.tones up and moisturisers in depth,
3.regenerating at cellular level,
4.Antioxidant,
5.firming,
6.tightening,
7.whitening,
8.protecting,
9.enhances both density and firmness of the skin,
10.non-irritating or changing the skin pH,
11.It protects and repairs damaged DNA,
12.reinforces the functions of epidermal regeneration.
13.Keep smooth and tender,
14.Increase the elasticity of skin and transparency.

basic cleansing foam

hah equipment untuk facial

Di antara bahan yang terkandung di dalam Orchid Facial Kit ini adalah:- 

1.Cotton Extract
It is obtained from seeds. It has 18 types of amino acids, carbohydrates and proteins. Carbohydrates have the ability to absorb and retain water under certain conditions.

2.Grape Seed Oil

3.Stabilised Hyaluronic Acid
It acts as collagen developer, water retainer and filling material, creating a kind of net that provides high levels of moisture and elasticity

ermm rasa bersih plak kulit muka ni ek

Ada pelbagai rangkaian produk dalam Orchid Facial Set ni, so kenalah ikut satu persatu. Ada 2 kali mask, cuci, stimkan muka untuk buka lubang pori-pori. 


hehehhe disposable bra and panties

sempat lagi kan

Kemudian buat plak body sliming treatment.

Untuk treatment ni, ada 3 jenis treatment yang bersesuaian dengan aku. Mehlah aku citer satu persatu ek



Vibe-KT Exercise Machine

Sebelum nak start proses kuruskan badan ni, aku kena exervise kat Vibe-KT Machine ni. Ini untuk bukakan ruang-ruang lemak untuk bakar lemak. Nampak cam sekejap je 10 minit kan tapi rasa macam 60 minit tapi pembakaran kalori memang lebih cepat daripada normal exercise. Dalam masa 10 untuk setiap session, mesin VKT ni akan membakar lebih 500 kalori yang bersamaan dengan 2 jam exercise tau.




Walaupun diri atas treadmill tuh sambil bergerak kiri-kanan je tapi ade infra-red function yang start bakar tuh. Nampaklah lemak kat peha bergetar-getar kan hehehehhe


Urutan Slim Master

Abis je exercise tuh, terus je masuk kedalam bilik treatment balik untuk mulakan treatment guna Slim Master Machine yang bertujuan untuk mengurangkan lagi lebihan lemak untuk dapatkan immediate results. Lagipun dapat bentukkan balik bentuk badan kita, yelah ko mesin ni target untuk hilangkan lemak-lemak yang degil dan selulit yang macam kulit oren tuh.

sapu gel dulu kat lemak-lemak tuh

kat atas mesin tuh, alat-alat untuk mengurut hehe

10 minit untuk urutan dengan menyapukan gel dan memanaskan lemak badan dan 10 minit lagi untuk menarik lemak-lemak badan ke bahagian bawah untuk senang di keluarkan melalui perkumuhan nanti.



CLA Chili Slimming dan Heat Circulation Blanket Treatment

Rawatan CLA Chili Slimming ini merupakan salah satu rawatan yang paling berjaya di Mayfair dan juga yang pertama di dalam industri slimming industry di Malaysia. Dengan essence yang di ambil dari chili pepper seeds, bahan-bahan ini menjadi sangat efektif dan dapat meyerap lemak badan


Wei bungkus cam tu je, kena sapu special krim ke seluruh badan dan kemudiannya di balut dengan plastic wrapper. Dah macam hadian pun ada gak hehehhehe.


ermm panasnya bila dah berbungkus ni

Lepas tu barulah aku baring kat dalam Heat blanket tu selama 30 – 40 minit bergantung badan keadaan badan untuk melegakan muscle, membaikpulih pengaliran darah dan mengurangkan water retention.

bilik treatment VIP

lorong ke bilik-bilik treatment

Memang best buat treatment di Mayfair sangat best dan selesa. Kemudahan seperti bilik persalinan, washroom yang besar dan lebih privacy. Nak mandi pun boleh sebab semuanya dah disediakan. Korang datang bawah badan je. 



Lepas je habis ke semua treatment ni, aku rasa lebih segar dan muka nampak bermaya lively gituh. Yelah badan dan sedapkan, tak de rasa berat je, kira macam hilang lemak berkilo-kilo rasa bangga gituh ek. Ermm maybe ada terfikir nak ke sini lagi.

Ok ada berita baik untuk pembaca CikLilyPutih.Com

Korang cuba treatent ni tak?
Mehlah komen kat entry ni ‘kenapa korang nak sangat merasai sessi manjakan diri di Mayfair’

10 orang pembaca bertuah akan dapat merasai Customized Treatment Slimming or Facial yang bersesuaian dengan korang. Yelah tahap rawatan mana boleh sama di antara setiap individu, orang kata ikut keserasian dengan keseluruhan badan korang ek

Jangan lupa tulis sekali butir-butir peribadi korang.

Nama :
Email: 
Jawapan: 

Ermm senang je kan. 


Korang kalau interested, boleh check it out service Mayfair ni di


Apa lagi, meh lah cepat-cepat komen ek, untung-untung kulit muak berseri cam aku kan hehehhehehe....




Saturday, November 2, 2013

Cantiknya KOLAM di Pavilion Kuala Lumpur

Hi Korang,

KOLAM ni merupakan hiasan dekorasi bagi warga Hindu bagi menyambut Deepavali setiap tahun.

Bukan setakat rumah je, kat pejabat, shopping complex dan merata tempat diroang mendekorasikan KOLAM ni pelbagai cara, rupa, bentuk dan warna.

Ni aku ada attach sket gambar KOLAM di Pavilion masa launching sambutan perayaan Deepavali ni.

Fashionable Chic Kolam

Sensuous Ambrosia Kolam

Spice and Style Kolam

Delectable Sweets Kolam

Kepada kengkawan yang menyambut Deepavali, di ucapkan selamat Hari Deepavali untuk korang ye..

Semoga Deepavali ni memberi sinat kebahagian untuk semua

Thursday, May 9, 2013

BOH Cameronian Arts Awards Tea Party


Hi Korang,

First time dapat invitation ke BOH Tea Party ni.

tolong abaikan muka penat berjalan dari Low Yatt plaza ke pavilion ye

Rasa seronok plak coz dah lama tak pi Hi Tea event sebegini. So cam biasa pi berdua dengan resident photographer Mr Big la, siapa laie.

BOH Plantations Sdn Bhd throws a tea party for their fans and bloggers in conjunction with the 10th Annual BOH Cameronian Arts Awards!

ini 4 orang minum, siap pening2 bagai

memang sedap la wei...

cantik tak?

Ktorg cam biasa yang first sampai dulu, so Sheryl ajak ktorg duduk dulu kat Dome sampai tunggu guest lain sampai. Sambil tu ktorg dihidangkan dengan BOH Ice Tea. Sedap ya ampun perisa Markisa tu tau.


Meh aku citer serba sedikit mengenai BOH Cameronian Arts Awards ni ye

This year’s awards aims to reach out to the everyday man in the street, by having the awards ceremony at a public location, namely the main concourse area of Pavilion KL. Since its inception, BOH has been the title sponsor of this prestigious event, and is honoured to be sharing it with its fans. By organizing this tea party, BOH aims to get closer to its consumers as well as some bloggers and introduce then to the performing arts.


‘Our main objective was to bring the performing arts closer to the community by providing an opportunity for the public to catch free performance during this time, leading to the 10thAnnual BOH Cameronian Arts Awards. I believe that we have achieved that with today’s tea party and it was such a joy to meet and thank the people who have supported the brand throughout the years’ kata Caroline Rusell, CEO of BOH Plantations Sdn Bhd

Hah rupanya nak memperkenalkan performing arts pada rakyat jelata cam kita-kita ni, bagus gak ek.

burger comel la




Nama pun Tea Party, yang terpenting sekali mestilah ada Tea. Hah ko minum bertin-tin dan bercawan-cawan black tea, siap dihidangkan sekali dengan light snacks sementara nak tunggu show ‘Cinta Sang Arnab’ starts.

yeah first time rasa bertuah tau

Ada lucky draw plak, memang betul-betul tak sangka yang ktorg berdua boleh menang 2 hamper dan 2 voucher shopping. Betul-betul shock lah, maklumlah jarang kena bertuah-bertuah ni. Lagilah bertambah seronok.


Kemudian acara kemuncak untuk petang tuh, ktorg di bawa ke Black Box Theatre yang purposely dibina untuk event BOH Cameronian Arts Awards dan Kakiseni Festival ni.Comel je kotak hitam ni di tengah-tengah concourse Pavilion.

comel je tiketnya

Teater ‘Cinta Sang Arnab’ ni dilakonkan oleh Anitha Abdul Hamid, Sukania Venugopal, Edwin Sumun dan Iskandar Zulkarnain dan di arahkan oleh Ghafir Akbar ni memang betul-betul kelakar dan mempunyai mesej tertentu. Masuk teater sama macam masuk wayang gak so tak leh nak amik gambo ye. Kalau tak boleh aku tunjuk kan korang.


Apa pun thanks to Patlin dan BOH Plantations coz sudi menjemput ktorg berdua ke event yang berprestige ni. Hopefully dapat lagi attend event sebegini ye.

minum sampai kembung ye

Rasanya setahun tak abis minum the BOH ni ek.Tak per kalau ada senang aku buat Hi Tea Party kat umah aku plak ek.

BOH,Share the Ummph!