Showing posts with label Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan di JPJ. Show all posts
Showing posts with label Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan di JPJ. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Baca ENTRY Ni Sebelum ke JPJ

Hi Korang,


Sebab menda ni pending lama sangat aku cuba selesaikan apa yang aku tau ek

Jap jap nak letak soalan dulu ek

Soalan 1



Ini jawapannya:-

a. Pemilik berdaftar yang berada di luar negara

i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;

ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.

Boleh refer website JPJ



Soalan 2



Ini jawapannya:-


Kena cari jugak adik, then kalau tak jumpa jugak kena report polis untuk keselamatan awak dik, takut nanti JPJ cakap awak curi kereta tuh. 


Banyak pihak yang terlibat gak ni dik, kene refer betul-betul kat JPJ


Soalan 3



Ini jawapannya:-

Ini memang tak boleh buat apa, memang kena habis bayar loan dulu baru boleh tukar tapi kalau nak tukar jugak kene refinance balik kereta. Buat loan baru so kereta dah jadi second hand car. 


RUANGAN PROMOSI


Ini komen saya:-

Ermm bagus ni, so korang yang ada problem or tak de masa nak ke JPJ boleh contact mamat Irfan 013-464 1350 untuk membantu korang. 



So ini je yang mampu aku tolong korang ek, so kalau ada masalah lelain lagi sila komen lagi kat entry ini tau. 

Memintaklah info ni berguna untuk korang ye...

Thursday, February 25, 2016

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Info Penting Yang Korang Kena Tahu

Hi Korang,

Banyak pulak sambutan mengenai entry aku Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Step By Step yang aku publish tahun lepas kan. 

tengah kumpul duit nak beli Countryman ni hah

So aku kumpul semua soalan tuh dan cuba jawab apa yang aku termampu ek. 

Kebanyakan soalan-soalan berdasarkan cara nak tukar nama dan dokumen apa yang di perlukan. Nah korang baca lah ni ek.

1. Reader : Sarra Farhana, Haris Haria, Grease Munkey dan Taufiq Renold


Kalau owner kereta dah meninggal.

Prosesnya sama jugak, kena bawak pi puspakom ikut prosedur yang aku buat tuh. Tapi ada penambahan dokumen yang korang kena bawak. Boleh refer website JPJ 

1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka)

2. 2 salinan TM-3 (tuan tanah isi dua borang)

3. Salinan ic pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A (kena bawa original ic sekali untuk pengesahan thumb print)

4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2/Geran)

5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
a. Perintah Mahkamah; atau
b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil

6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa

7. Wang tunai sebanyak RM100

2. Reader : Hannem


Tentang insurans

Tak de kena sampai beribu unless kereta ko tu mahal bebenau cam Mercedes ke BMW kan. Ikut harga pasaran kereta masa kini, kemudian insured berapa yang ko nak. Biar lebih jangan kurang sebab nanti jadi kemalangan ke kereta kena curi ke takde lah korang menanggung hutang bank

Contoh: Kancil – harga semasa = RM10,000 (ini contoh ek)

Hutang loan bank = RM12,000

Korang insured lah = RM14,000 (so jadi apa-apa, balance RM2,000 tu dapatlah menampung apa-apa yang berkaitan dengan bank.

Lebih kurang cam tulah, aku ni pun belajar dengan orang je pun hah.

3. Reader : RL


Ye betul. Owner baru mesti kena ada, bukan apa kang dia tak tau apa-apa kan payah. Tapi kalau suruh kedai kereta buat, tak yah ikut pun tak per cuma bayar jelah upah diorang kan bukan RM100 oo maybe lebih. Betterlah bawak kann

4. Reader : Bshow Chaotic

Prosesnya sama jugak macam aku buat tuh, cuma ada penambahan dokumen lagi ek. Refer kat bawah ni tau

a. Pemilik berdaftar yang berada di luar negara

i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;

ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.

Boleh refer website JPJ

5. Reader : Marzs Hafiz


Ya ampun adik, of courselah memang kena ada. Selama bawak kereta tak de lesen ke ? jaga-jaga takut kena tahan dengan JPJ tau.

6. Reader : MizzAyu


Untuk Cop Tuntutan Hak Milik, memang kena dapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja, memang tak de kat tempat lain

Memang PUSPAKOM dah check kereta kita tuh tapi mana tau angin pengawai JPJ tu tak baik, dia nak tengok pulak kereta kan. So better bawak lah, senang citer.

7. Reader : Anonymous


Cam ni, kalau kereta tu dah ade kat Sabah so buat kat sana jelah. Takkan nak naikkan kereta ke kapal laut semata-mata nak tukar urusan hakmilik kereta. Ikut je proses yang aku buat tuh, sebab ko nak jual kat owner baru je pun. Yang penting, pastikan semua dokumen lengkap dan kereta jangan ada saman ataupun blacklist ye. 

8. Reader : Anonymous


Memang tak boleh dah sebab loan atas nama suami, geran memang ikut nama loan. Kalau nak buat jugak, kena tukar nama loan suami ke nama isteri. Kira macam refinance balik kereta, lagi banyak keja nak buat. Salesman kereta memang takkan layan semua-semua ni once loan dah approve dan kereta pun dah dapat kan. 

Hopefully sedikit sebanyak info yang aku berikan tadi dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah proses tukar nama kereta ni. 

Oh ye, kalau ada masalah lagi komen kat entry ni nanti aku cuba bantu korang lagi ek. Sorry lah lambat reply sebab busy bebenau 2-3 menjak ni ek.





Thursday, April 23, 2015

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Step By Step

Hi Korang,


Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk memberi maklumat mengenai cara tukar hak millik kenderaan. Ewah poyo benau ayat dalam bahasa melayu baku ek.

ini bukan kereta atuk aku ek. ini tutu kat Jakarta tuh

Kebetulan kereta atuk aku tuh tak de sapa yang nak jaga kan, yang pakai ramai. Usung sana sini tapi nak buat proses tukar nama ni semua malas, jadinya ayah aku suruh aku buat lah. Time aku dah plan baik untuk buat pemeriksaan tukar milik ni time tu gaklah demam kan. Tak perlah sakit-sakit pun pegi gaklah coz appointment dah buat.

Ok ni aku nak tekan kan sekali lagi ek, ini ada proses untuk cara menukar hakmilik kenderaan persendirian / individu yang keretanya dah habis bayar hutang dengan bank. 

Ada 3 tempat utama yang korang kena pergi iaitu 
Puspakom 
Tempat Insurance Kereta 
JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Seboleh-boleh tempat-tempat ni dekat dengan korang atau pendek kata ikut alamat no plate kereta korang. Sebab no plate kereta drift atuk aku tu Melaka so baik segalanya buat kat Melaka. Bukan apa untuk tak kena banyak soal dengan JPJ nanti. 

Itu je, kalau tak boleh ikutlah kat mana yang senang korang. Aku tulis dalam point form ek supaya korang senang paham.


Langkah 1 - Pergi ke PUSPAKOM

1. Tolong buat booking by phone. Kalau tak de booking memang orang Puspakom tak kasi masuk at all. Sebab kereta memang banyak nak buat pemeriksaan. Dah set appointment, baru pi kan.

2. Sebelum masuk kat line, tolong double confirm line kereta no berapa dan time pukul berape. Sebab bila dah masuk line tak leh keluar lagi.


3. Nanti akak kaunter kasi form. Isilah apa yang patut details mengenai kereta tuh.

4. Bayar RM30 nanti dapat slip, selit kat wiper kereta. So time nilah orang Puspakom mula kerja. Check sana, check sini, check tinted, check no. enjin, no chasis. Kita diarahkan duduk kat tempat yang di sediakan tapi kita boleh tengok process checking tu di lakukan.


5. Nanti orang Puspakom serahkan kunci dan suruh kita park kat tempat yang di sediakan. Maknanya kereta kita lulus exam.

6. Pi kat bilik menunggu untuk tunggu report keluar. Report valid untuk 1 bulan je tau.


Info Penting

Masa menunggu = 1 jam proses semua sekali (kalau kereta cun, tak de problem)

Tak yah bawa owner kereta pun tak per, jadi ada wakil dan dengar je arahan orang Puspakom tuh sebab dia yang tentukan samada kereta kita lulus ke tidak.

Dokumen kena bawa = geran kereta (perakuan pendaftaran),duit RM32 (termasuk GST), photostate IC owner lama (in case)


Langkah 2 – Pergi Ke Syarikat Insurance

Apa-apa pun mesti kena tukar nama kat insurance kereta tu ek. Sebab kereta lama so pakailah 3rd party insurance. 

1. Pi syarikat insurance, ni tak yah appointment pun tak per.

2. Kena bawa owner lama sebab nak sign-sign document kan. 

3. Borang semua ada kat kaunter so bawah pen je sudah.

4. Tolong bawa geran kereta, report Puspakom, dah duit untuk insurance tu ek. Itu bergantung pada value kereta dan berapa yang korang nak sum insured kan


Info Penting

Masa menunggu = 30 minit prosesnya bergantung pada ramai orang ke tak

Dokumen kena bawa = Sila bawa duit lebih coz diorang tak service debit card / credit card ye


Langkah 3 – Pergi ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)

1. Kalau rajin, print borang kat website JPJ tu. Klik kat column transfer of ownership nanti keluarlah segala mak neka jenis borang. Ada 2-3 borang kena print. Tapi kalau malas tak per, JPJ kan hado.

2. Masuk je kat tempat ambil no tu, orang JPJ tu akan tanya nak buat apa. Bila explain dia kasi borang, korang kena fill up dulu then baru dia bagi nombor ek. Sebab tu aku print siap-siap dan isi sekali, terus dapat nombor. Tak delah terhegeh-hegeh menonggeng isi borang kan. 

3. Dapat nombor terus pi kat kaunter yang di arahkan dan tunggu no dipanggil.

4. Lengkap segala details siap dah.


Info Penting

Masa menunggu = 30 minit bergantung ramai orang ke tak

Sila bawa owner lama sebab nak tandatangan depan mata kakak JPJ tuh. Macam atuk aku kan tak boleh jalan, dia suruh naik kerusi roda dan tunggu kat customer service kaunter. Dalam tu ada mesin biometric untuk amik cap jari. Kalau cari tak boleh baca barulah dia akan amik chop jari. 

Dokumen kena bawa = geran kereta, report Puspakom, insurance terbaru, photostate IC owner lama dan baru, duit RM100 untuk proses, borang yang dah siap di isi tadi.

Itulah dia citernya.

Nampak macam senang kan tapi hasslenya Allah sahaja yang tau. Nasib baik ayah aku ikut sekali bawak atuk aku kalau tak rasanya cam nak nangis jugak masa kat JPJ tuh. Naik turun naik turun office di sebabkan chop jari tangan tuh. Ayah aku cuma uruskan atuk aku je yang lelain semua aku buat sendiri. 

Anyway tak sampai 1 hari pun untuk settlekan semua ni, lebih kurang sebelum kul 2.30petang dah siap semuanya. Cuma buang masa kat atas jalan raya la sebab dari satu tempat ke tempat lain tuh jauh sket dan menunggu tu yang lama. 

Apa-apa pun dah settle semua kerja-kerja proses tukar nama kereta ni.

Kalau tukar nama kereta bagi orang yang dah meninggal memang sangat leceh sebab involve lawyer bagai, so aku nak ingatkan kalau orang tua kita yang dah tak berapa kuat nak drive lagi eloklah ditukar nama bukan apa, takut-takut nanti time nak renew roadtax/insurance dan owner dah meninggal kan lagi payah tuh. Bukan tamak harta ek!!

Hopefully info ini dapat membantu korang ye

Kalau ada soalan boleh tanya aku kat ruangan komen tuh, aku sedia menjawablah yang mana aku tau.

some pics : credit google.com

Cik Lily Terfikir : Susah sekarang tak per daripada susah kemudian kan