Showing posts with label Palace of Golden Horses. Show all posts
Showing posts with label Palace of Golden Horses. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Gambar | Aksi Tiger Woods Di CIMB Classic 2012

Hi Korang,

Minggu ni sibuk kat safari aku ni pasal Tiger Wood main golf kat tasik ni kan. Alah apa ada hal, aku ok je coz tak de kene mengena dengan aku pun. 


So semalam one of supervisor sibuk ajak ktorg bebudak opis pi tengok Tiger Woods main golf. So nak tak nak turun gaklah kat tepi tasik belakang office.

Ini ada beberapa gambar aku dapat snap masa Tiger Wood nak practice main kan. Orang bukan main ramai lagi duk kerumun area ni, maklumla pemain golf no. 1 dunia datang Malaysia. 


Tiger Woods yang baju biru ye bersama pembantunya



Tengah practice time nie


Cantikkan pose ni


Ermm memang payah nak amik gambar Tiger Woods ni. Nampak dari belakang je. Langsung tak pandang belakang. Siap body guard dia cakap tak boleh distrub dia.

Dapat tengok in person Tiger Woods ni jadilah kan walaupun dari belakang. 


Gambar di ambil dengan Samsung NX1000



Monday, July 23, 2012

Lambaian Desa Buffet Ramadhan @ Palace Of Golden Horses Hotel

Hi Korang,

Terlambai-lambai rasanya aku nak citer mengenai buffet ramadhan 2012 di Palace of Golden Horses kat Mines ni. Pada minggu lepas sempat juga aku menghadirkan diri ke majlis food preview bagi Carousel Café ini.


Dengan bertemakan masakan kampong, rasanya aku memang enjoy menikmati pelbagai jenis makanan yang di hidangkan, dari pembuka selera, menu utama, hingga pemanis mulut sangat-sangat menepati citarasa aku yang memang sukakan makanan bergenre sebegini.


Daripada aku bercerita yang panjang, baik korang layan gegambar makanan ni dulu ye


























Memang terasa nak meleleh air liur bila tengok pelbagai jenis makanan ni semua kan tapi puasa kan so bersabarlah ye.

Kalau dah teruja sangat kan, jomlah kita ke sini ye



Lambaian Desa Buffet Ramadhan 2012

Date    : 21 July – 18 August 2012

Price    : RM 98++ per adult
             RM 68++ per senior citizen
            RM 48++ per child (5 – 12 years old)


* Free 1 person for every full-paying guests.

3% daripada hasil keuntungan akan disumbangkan kepada Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri di Dengkil, Selangor. Jadi sambil berbuka puasa kita beramal jariah. Anda juga boleh menghubungi En. Shukry (019-6539701) untuk menderma.



Lambaian Desa Buffet Ramadhan 2012
Carousel International Coffeehouse (LG level),

Palace of the Golden Horses,
Jalan Kuda Emas, MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Tel: 603-8946 4888



Kengkawan jom lah ye, memang makanan yang di sajikan adalah yang terbaik aku pernah rasa tau.




Monday, July 16, 2012

Afternoon Hi-Tea Party @Palace Of Golden Horses

Hi Korang,

Aku sendiri pun tak sangka dapat jemputan ke Hi-Tea Party ni. Sesaje anto email tup-tup dapat plak. Nasib baik dengan dengan umah, so sekejap je merempit drive ke sana.



Sesampai je haruslah kena register dulu. Cantik gak hotel ni ek,wa laupun hari-hari lalu tapi ini first time masuk ke sini. Bila register haruslah dapat goodies bag + cupcakes yang comey benau. Sorang satu tau, so tak delah bergaduh nanti.




Nasib baik ade Ella dan BF nya, so ktorg duk berempat meja yang paling dekat dengan buffet line kan. Sambil-sambil tu usha lah sesape yang kenal. Ramai gak yang aku kenal kan.

Meh layan gambo yang akan membuatkan korang saling terpesona sehingga air liur meleleh kan.















Cantik kan, suke sangat mak noks.

Acara dimula dengan kata-kata aluan lah. Cakap-cakap sket then apa lagi serang table buffet dan makan. Bayangkan tengah lapo abis kena serbu kan. Licin sungguh..




Lepas makan tu, hah baru lega perut. Duk borak-borak dengan bebudak blogger yang lelain ni. Ada banyak acara games but aku tak join pun sebab nak balik Melaka plak pas tu.

Ramai gak yang menang hadiah yang best2 kan.



Anyway thanks to team Palace of Golden Horses sebab sudi menjemput ktorg berdua. Hopefully kalau ade event yang best-best cam nie, jemputlah lagi ek.