Showing posts with label PICC. Show all posts
Showing posts with label PICC. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa PUTRAJAYA)

Hi Korang,

Bab makan-makan memang tak pernah abis. 


Senantiasa ada jelah, non-stop orang memanggil mengajak review. Bak kata pepatah rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. 

Jom sekali lagi kita ke PICC untuk buffet ramadhan 2014 kan




Masih mengekalkan hidangan tradisi dimana kebanyakan makanan adalah hidangan yg di sediakan sendiri oleh barisan chef yg profesional. 







Di antara menu yg ada di sana adalah seperti Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa, Ayam Gulai Nangka dan Gulai Daging Pisang Muda.








Buffet kali ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti "Pembuka Selera", "Sup Masyuk Berasap", "Gerai Utama PICC", "Mangkuk Panas", "Kawah Berapi", "Sejuk Badan", "Kebun Buah Pak Rusmie" dan "Dahaga". Semua bahagian ini tersedia dalam set buffet Ramadhan di PICC dan semua di sediakan segar dan terbaik oleh chef2 PICC.




Tapi lain nya berbuka puasa kat sini bukan setakat dapat makan yg sedap2 tetapi juga pihak PICC mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah duit raya sehingga RM3000. Manakala hadiah barangan bernilai sehingga RM10,000 seperti TV LED 40' dan telefon pintar Samsung Note 3 dan banyak lagi. Sekiranya anda makan buffet Ramadhan di PICC secara automatik akan layan untuk sertai cabutan ini dan keputusan akan di umumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC.


Selain tu juga, ada lagi special berbuka puasa di PICC Putrajaya ini untuk tahun ini. Tetamu yg dtg akan di hiburkan oleh seorang penghibur tanah air yg popular iaitu Rosma AF setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini. Sambil makan bukan sahaja dpt hadiah malah dpt berhibur lagi mana nak cari hanya ada kat PICC Putrajaya. Buat tempahan anda sekarang selagi masih di buka.


Bagi syarikat atau mana badan yg mahu menganjurkan majlis berbuka puasa secara exclusive boleh buat tempahan di PICC Putrajaya dengan harga tawaran istimewa. Bagi Pakej Ramadhan Exclusive ini di sediakan di hall2 yg ada di PICC ini dan hidangan juga special lain dari tetamu lain. So anda boleh buat tempahan sekarang dengan berhubung sperti di bawah.

Untuk buffet ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’ ni, ianya bermula dari 30hb Jun 2014 hingga 27hb Julai 2014.

Harga buffet ramadhan di PICC ni adalah

RM80++ untuk dewasa
RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun) 

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8887 6000 ext Cafe@PICC

Jom kita ke


Cafe@PICC
Putrajaya International Convention Centre,
Dataran Gemilang, Presint 5, 62000
Putrajaya





Friday, August 27, 2010

Makan Di Rumah Besar

Hi Korang,

Actually aku terlupa nak citer pasal nie lah.  Last week disebabkan tak de tujuan nak buka kat mana. so ktorg pun buka kat rumah besar nie. Ala dekat je dalam area Putrajaya dan very near to PICC.


So far not bad jugak tempat nie. Dengan harga berpatutan, ktorg dapat makan semewah-mewahnya. Kambing golek, daging panggang, lauk-lauk kampung dan memacam lagilah.

So di antara shot2 yang dapat di ambik:-

Kambing Golek

Pelbagai jenis rojak

Pelbagai jenis asam, acar, sauces

Dessert pelbagai Colour

Cencaluk! Sedap ooo.

Gambar tak banyak nak amik sebab ramai betul orang berebut2 nak amik gambo pakai DSLR. Agaknya baru beli kot atau nak menunjuk dengan kengkawan kan. Sebab aku cuba google kot2 ada orang masukkan gambar2 rumah besar nie dalam internet tapi haram tak de seekor pun kan. Aku cuma bawak camera kecik je. Bukan jeles okeh tapi sakit hati sebab setiap kali aku nak amik makanan diaorg sibuk betul nak amik gambo. Itu yang payah tu kan.

Ini je yang aku makan sekadar alas perut.

Selebihnya aku belasah makan daging panggang nie je berpinggan2. Maklumlah sos black peper dia sedaplah.

Errm ok tak? Tengok gambo memanglah sedapkan. Tapi hakikatnya memang sedap pun. La kalau korang tak caya, korang pi lah sendiri. Soal sedap ke tak tu, hak individu kan. Bagi aku sedap lah daripada makan rumput tepi jalan kan.

Anyhow 3 out of 5.