Showing posts with label P&G Malaysia. Show all posts
Showing posts with label P&G Malaysia. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

Pelancaran akaun LINE rasmi P&G Malaysia ‘Confidence Squad’ Terbaru

Hi Korang,

Semalam sempat aku ke majlis pelancaran akaun LINE rasmi P&G Malaysia ‘Confidence Squad’ Terbaru di Hubba Hubba KL Sentral.


P&G Malaysia (P&G) mengorak langkah memberi sentuhan peribadi kepada pengalaman pelanggan digital menerusi pelancaran akaun LINE rasminya, ‘Confidence Squad’. Dengan akaun LINE ini, P&G berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya dalam talian, di samping mempromosikan komunikasi langsung dengan pelanggannya menerusi perkongsian tip kecantikan, penampilan diri dan gaya hidup, serta pelbagai ganjaran dan promosi yang boleh ditebus di Watsons Malaysia.



Sebelum majlis bermula, ada aktiviti kaligrafi dan 'spin the wheel' untuk para media. So apa lagi main sepuasnya untuk redeem hadiah.


Menyedari cabaran untuk tampil sempurna pada setiap detik masa, P&G telah mengilhamkan ‘Confidence Squad’ yang terdiri daripada persona-persona unik melambangkan pelbagai jenama utamanya. Phoebe (melambangkan Pantene), Gaven (melambangkan Gillette), Daisy (melambangkan Downy) dan Hansen (melambangkan Head and Shoulders) akan menawarkan pelbagai tip, cara dan ganjaran eksklusif bagi membantu semua pengikut akaun ‘Confidence Squad’ tampil dan rasa sempurna dengan bantuan produk-produk P&G.


“Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan P&G untuk menyentuh dan mempertingkatkan kehidupan secara bermakna, kami ingin bertemu dengan pelanggan kami di mana-mana jua mereka berada. Dengan adanya ’Confidence Squad’, kami mampu mendampingi pelanggan baru dan sedia ada, melalui penyampaian maklumat relevan yang selari dengan minat mereka, serta dapat menambah nilai kehidupan mereka. Menerusi akaun ini, kami juga dapat mengembangkan komuniti dalam talian kami yang tersendiri supaya P&G akan kekal relevan dalam kehidupan mereka,” ujar Utkarsh Mohan, Ketua Operasi Jenama dan Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura dan Brunei.


Bagi meraikan pelancaran akaun LINE ‘Confidence Squad’, P&G juga bakal menganjurkan peraduan ‘Lucky Chance’ dari 26 Jun 2017 hingga 30 Jun 2017. Pengikut ‘Confidence Squad’ boleh mengambil bahagian dalam satu pertandingan di mana mereka perlu menjawab satu soalan mudah, dan satu pengikut bertuah akan dipilih secara rawak setiap hari untuk memenangi sebuah iPhone 7 dan baucer-baucer untuk membeli pelbagai produk P&G. Selain itu, mereka boleh memuat turun pelekat-pelekat edisi khas Phoebe, Gaven, Daisy dan Hansen yang direka khas untuk memaparkan pelbagai emosi yang dapat dikaitkan dengan diri mereka, seperti rasa gembira, tekanan emosi dan keletihan. P&G merancang untuk meraih seramai 300,000 pengikut ‘Confidence Squad’ pada penghujung tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan P&G Malaysia bagi para pengguna, sila cari dan ikuti ‘Confidence Squad’ di LINE. Jadilah yang pertama untuk menerima maklumat terkini dan pelbagai ganjaran eksklusif!



Dari 

Cik Lily Putih
www.ciklilyputih.com


Friday, December 20, 2013

AMBI PUR'S From Smelly To Smiley Showcase

Hi Korang,



Sapa yang suka bau busuk kan?





Aku lagi lah, kalau bau tu cam dekat tapi tak nampak memang confirm-confirm aku pi cari sampai dapat. Selalunya menda yang busuk ni cam sampah, makanan tak buang 2-3 hari, stoking, berak Dak UBAN dengan ABG NIN dan jugak sarung bantal yang diperam sampai kepam.

Hahahahahha ini semua yang dalam rumah aku lah. Rumah korang aku tak tau.


Jadi bila ada kempen pewangi rumah jenama Ambi Pur's iaitu From Smelly To Smiley ni, aku pun duk sibuklah nak pi tengok kan. Betul ke tidak, apa yang diorang cakap tuh.

Showcase yang di adakan selama 3 hari di Berjaya Times Square hari tuh, memang best.


Ada speech ye, "In a recent Ambi Pur aircare survey conducted among ASEAN countries, we found out that 95% respondents would take action to eradicate unpleasant smells, and among the top actions incluse using an aircare product. However, many do not realise that most products in the market simply mask over odours instead of completely remove them. This showcase is to let comsumers see, touch, smell and experience for themselves how Ambi Pur can effectively eliminate bada odours once and for all", kata Goh Seng Jone, Communications Manager of P&G Malaysia Sdn Bhd.



Kemudian ada Smelly to Smiley blindfold challenge, Ms Jenny Chew (Sales Director P&G Malaysia), Haniff & Ray dari ERA FM pun ada join sekali challenge ni. Mereka semua ni tutup mata sebelum masuk ke bilik yang penuh dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan.






Once diaorang buka mata je terus terperanjat dengan apa yang ada depan mata. Padahal masa tutup mata tadi bukan harum baunya.


Kira memang terbukti lah keberkesanan Ambi Pur's ni. Tetap harum walaupun ada jua bau-bauan yang mendatang kan.

Selain itu, ada gak jualan pewangi-pewangi ni. Harga runtuh uolls. Beli 2 percuma 1, ada dapat free gift, ada permainan dan memacam lagi. Sangat best.




Pelbagai jenis produk Ambi Pur ini seperti,

Air Effect Spray & Ambi Pur Aerosol Spray

Air Effects (275g) RM15.95

Aerosol Spray (300ml) RM6.90

Electrical Plug Starter

Starter Kit RM19.90

Refill RM14.90

Set & Refresh

Starter Kit RM15.95

Refill RM12.80

Premium Clip & Mini Clip

Premium Clip RM17.50

Mini Clip RM11.90

Refill RM12.50

Febreze with Ambi Pur Fabric Refresher

Refresher RM10.70

Refill RM7.90






Ada gak youtube video 'Potong Stim' dari jurucakap Ambi Pur's iaitu pasangan adik beradik Hafiz dan Hani Hatim. Alah DJ Hunny Madu tu lah.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi mengenai produk Ambi Pur ni, boleh layari www.facebook.com/AmbiPurMY