Showing posts with label Mutiara Damansara. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Damansara. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Meatballs Di IKEA


Hi Korang,
Kalau ktorg ada project area Mutiara Damansara ni, kalau tak singgah ke IKEA memang tak sah.
Mesti kena singgah

Ntah apa yang sedap pun aku tak tau, tapi itu yang Mr Big duk rajin beratur walaupun panjang yang hazab. Kekadang tu sanggup hari minggu kuar rumah awal pagi nak ke sini untuk breakfast, walaupun diorg start menjual meatballs tu time lunch but still tunggu gak.

Then bila dapat makan tuh, bukan main berseri-seri siap juling bagai muka tanda puas.

Sekali order bukan 10 biji tapi 15 biji yang ada extra charges. Mak datok banyak gile, bila tanya dia boleh jawab apa, tengok saiz badan lah.

Dagingnya juicy, saiznya sekali sebiji je boleh makan dan yang gravy yang sedap, itu yang aku rasa Mr Big minat sungguh dengan meatballs ni.

Tetiba macam lama plak kat ke IKEA ek, kira ada chancela nak pi weekend ni.
Anyway, 
Happy Weekend Korang!




Monday, February 25, 2013

Filem LAWAK KE DER 2, Kelakar Yang Amat Sangat

Hi Korang,

Jumaat lepas, sempat gak pi tengok preview Filem LAWAK KE DER 2 ni.


Aik bukan ke citer ni dipentaskan kat Istana Budaya je, cam ne boleh jadi filem plak. Bak kata Hans Isaac, nak bagi chance pada kita-kita rakyat marhaen ni pi tengok pementasan ni but in form of filem la kan.


Basically memang tak de sinopsis aku nak citer kat korang pun coz semua ni di antara koleksi lawak-lawak yang para pelakon seperti Afdlin Shauki, Nabil Ahmad, Johan, Zizan, Harun Salim Bachik dan Harith Iskandar.


pics dari google.com

Kalau korang pernah tengok Lawak Ke Der yang pertama kat youtube tuh, hah lebih kurang cam tu lah. Tapi yang filem ni, kira macam kita tengok diorg buat persembahan secara langsung kat Istana Budaya lah.


Bagi aku:-
Kelakar yang amat. Kita semua tau Jozan memang terbaik dalam buat lawak tapi dalam filem ni, diorg lagi lawak. Nabil best coz lawak pasal Tok Adi Tanah Kubur, Boboi plak lawak-lawak pasal Datin Maimom ghostbuster tu kan. Yang paling kelakar tak henggat ialah Stand up Comedy dari Harith Iskandar pasal lelaki dan pompuan.

Memang betul-betul pecah panggung lah, senak perut dibuatnya.


Filem persembahan pentas “Lawak Ke Der 2″ di Istana Budaya ini adalah dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

So apa lagi korang, kalau nak hilangkan stress moh kite ke panggung tengok filem Lawak Ke Der 2 ni.




Sunday, May 20, 2012

Meeting Blogger Anak Dara @ Teh Tarik Place


Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku berouting dengan blogger anak dara ni. Ye 3 anak dara dan satu je mak dara iaitu aku lah tu kan. Ktorg jumpa pun sebab pi event flash mob kat The Curve.


Abis je event trus pi lepak kat Teh Tarik Place untuk lunch. Walaupun ada dapat makanan free but tetap jugak nak pi lepak coz terlampau dahaga sangat kan.


So sambil makan + minum tuh, sempat jugak lah ktorg borak2 hal orang pompuan kan dan salah satu topik hot ialah pasal kawin. Yelah kan memasing tak de experience lagi cuma aku sorang je yang dah pernah ada so akulah yang jadi bahan rujukan diorg ni.

Walaupun dapat lepak kejap je sebab minah yang nak jadi duta 'Silky Girl' tu nak pi event kan tapi memacam ilmu, gossip, info pasal pompuan kitaorg dapat.


Ladies, its pleasure dapat hang out dengan korang. Hopefully kita leh lepak lagi cam ni  selalu ek. Siapa lagi kalau tak dengan Ruby, Zurie dan Afra yang comey tuh.

Memang seronok sekali sekala lepak dengan anak-anak dara ni, teringat time aku memuda dulu kan. Eh, aku still muda lagi wokeh bukan tua sangat punggg

CLP notes : Ada sorang je single yang lain tu dah ada orang punya ye..



Tuesday, April 17, 2012

Review Filem 'Berani Punya Budak'

Hi Korang,

Last week aku dgn Mr Big dapat pi premier screening filem 'Berani Punya Budak' ni kat E-Curve Mutiara Damansara. Thks to Azwan dari Alternate Pictures yang sudi jemput ktorg blogger2 comel ni.


Kalau korang tak tau lagi mengenai filem 'Berani Punya Budak' ni, korang leh baca sinopsis dan tengok trailer sekali kat entry aku yang sebelum ni.


Hah, dah baca kan.

Bagi aku:

Ini first time aku tengok citer aksi komedia yang rasanya 100% penuh dengan lawak dubbing. Ye dubbing ye. Semua pelakon dari Thailand tu suaranya di dubbing mengikut kesesuaian pada watak yang di lakon kan. Dialognya majoriti semuanya merapu.


Tengah2 lawan boleh cerita pasal tembikai, pasal nak makan apa dan memacam lagi. Setelah di explain oleh pelakon dan juga pengarah Afdlin Shauki, yang memang mereka merapu segala dialog dalam filem ni untuk menjadikan filem ni lebih kelakar lagi.

Tapi aksi lawan tu memang superblah. Maklumlah orang Thailand kan pandai berlawan so segala action tu memang real lah.

So Mr Big kasi 3/5 star. Oklah untuk gelak2 katanya.

So korang yang nak release tension, boleh lah layan filem Berani Punya Budak ni yang akan mula di tayangkan padal 26hb di seluruh pawagam kat Malaysia ni.

CLP notes : Lupa nak pesan, sebelum pi tengok sila pahamkan sinopsis dulu ye..




Tuesday, April 10, 2012

Onion Ring Gergasi

Hi Korang,

Aku ada pi makan hari tuh dengan Mr Big kat satu tempat ni. Haruslah western food for dinner kan. Dia memang jarang nak bedal nasi-nasi bila dah malam. 

So ktorg pi cuba makan kat kedai ni, area Damansara. Not bad gak ramai orang. 

Dalam banyak2 menu tu aku terpandang menu Onion  Ring ni. Nampak cam sedap. Walaupun aku tak makan bawang but bila bab onion ring je memang aku nak cuba coz onion ring kekadang tak de rasa onion pun rasa tepung je lebih kan.


Tengok sekali yang datang. Hah ko beso gadang. Terperanjat gak dibuatnya. Memang beso betul. Aku pun rasalah. Memang ada bawang dalamnya but still rasa bawang tu dah kurang. So bedal tak henggat lah kan.

Lepas makan Onion Ring Gergasi ni terus makanan lain aku tak berapa nak jamah coz dah kenyang makan onion ring gergasi nie lah.

CLP notes : Memang lain dari yang lain.






Monday, November 22, 2010

Lepak Dengan BunkFace + Bloggers @ The Curve

Hi Korang,

Comel diorg nie tau!

Seronok dapat outing dengan bloggers semalam petang di The Curve. Di tambah lagi dengan Bunkface pun ada jugak. So double enjoy lah kan.

Tengoklah diorg nie kan

Cam ne boleh lepak2 dengan diorg nie semua? Tunggu entry akan datang okeh..

p/s : Pagi semalam aku pi world walking day kat Titiwangsa, ermm ternyata hampeh! Nanti aku citer gak lah.. Actually banyak benda gak aku nak citer kat korang nie.. Nanti lah ek

Tuesday, November 9, 2010

Enaknya Makan di Marche Restaurant, The Curve

Hi Korang,

Lepas balik dari having great time ke Hatyai tu, ktorg amik cuti satu hari. Ala cuti rehat2 sambil kemas rumah. Banyak jugak lah yang settle selain basuh baju kan.


Bila dah penat so malas nak masak. Ktorg pun trus ke Mutiara Damansara. Ingat nak makan kat Ikea tetiba je mr Big cakap tukar angin lah nak makan kat The Curve area plak. So jalan punya jalan, terpandanglah Marche Restaurant nie. Actually ini first time ktorg makan kat sini.


Konsepnya ala buffet, korang boleh pilih apa je yang korang nak makan. Western Cuisine lah. Dari appetizer sampai ke dessert. Semuanya sedap belaka. Bila korang nak masuk je restaurant nie, diorg akan bagi Marche Guest Card, so segala apa yang korang nak makan, diorg akan tandakan kat guest card nie.


Memang banyak kaunter makanan yang korang boleh pilih. Ada kaunter salad, pasta, steak, seafood,vegie, pizza, desset, fruits. Bar air dia plak, uish mengoncang iman lah. Fresh fruit juice, smoothies, ice blended dan memacam lagi lah.




So ktorg pilih, ceaser salad dan sauteed mushroom as appetizer.


Main course plak, aku makan grilled chicken with mushroom sause. Mr Big plak amik sirloin steak which is gambo tak sempat nak amik coz dah nampak sedap sangat. Ktrog terus bedal


Dessert plak, aku amik Hazelnut chocolate, mr Big plak Mocha choclate. Nampak cam cair but tekstur dia keras tau.


Overall restaurant nie not bad lah. Sesuai untuk ktorg yang kuat makan nie.

Contact Details
Lot G87, Ground Floor,
The Curve, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya
Tel: 03 7728 9200,
Fax: 03 7727 5660


Ratings
OVERALL RATING : * * * * *
Environment Rating : * * * * *
Food Rating : * * * *
Service Rating : * * * *
Value Rating : * *
Operation Details

Average Price : approx RM100++ for 3 person
Operating Hours : From 10am daily
Accepted Cards: : Master Card , Visa Card
Miscellaneous Details
Halal : Yes
Dining Method : Dine-In / Takeaway
Food/Cuisine : Casual Dining, Cuisine: Swiss, Pastries, Pasta, Fruit Juice, Seafood
Ambience/Features : Family . Air Conditioned . Alcohol . Casual Dining .
Reservations : Accepted