Showing posts with label Media Event. Show all posts
Showing posts with label Media Event. Show all posts

Thursday, September 21, 2023

VIVO V29 5G Dengan Paparan Potret Aura Light 2.0, Reka Bentuk Anggun Dan Prestasi Yang Mengagumkan

Hi Korang,

VIVO, sebuah syarikat teknologi yang terunggul, hari ini bakal melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G. Potret Aura Light 2.0 merupakan ciri utama bagi vivo V29 5G, didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang. Dilengkapi dengan ciri kamera 50MP beserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang hebat pada telefon pintar keluaran terbaru vivo, iaitu vivo V29 5G.


Dilengkapi dengan potret Aura Light 2.0 dan pengubahsuaian suhu warna pintar (smart colour Temperature Adjustment), rekabentuk yang menarik dan ciri ciri telefon yang canggih, vivo V29 5G adalah sebuah telefon pintar yang sesuai bagi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup moden.

“Vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan industri teknologi dan menginginkan keluaran telefon pintar kami sentiasa mampu untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna. vivo V29 5G ini telah kami tambah baik pada ciri utamanya iaitu Aura Light 2.0 dan juga bentuk yang cantik sesuai untuk anak muda masa kini, kami mengharapkan vivo V29 5G ini akan memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati setiap saat yang indah dan dengan V29 5G mereka tak akan terlepas untuk merakam momen indah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.


Beliau menambah, "Menuju ke masa hadapan, kami tetap akan konsisten dalam komitmen kami untuk terus berada dalam inovasi telefon pintar bagi sentiasa memastikan pengguna kami menikmati pengalaman yang unggul."


Perkayakan Kehidupan Seharian Dengan Potret Aura Light 2.0

Ciri Aura Light 2.0 yang bersaiz diameter 16.5 mm pada vivo V29 5G mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi, ciri kamera dan Aura Light merupakan ciri utama pada siri V keluaran vivo. Menciptakan tiga dimensi kesan cahaya, menghapuskan bayang bayang dan memberikan pengalaman seperti di dalam studio. 36 peratus peningkatan pada tahap pencerahan berbanding dengan model yang sebelumnya dan memastikan shot yang lebih fokus. Selain itu, vivo V29 5G boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan warna yang berbeza. Dengan hanya satu sentuhan, ia boleh menyerlahkan subjek walaupun dalam keadaan lampu yang malap. Menghasilkan karya yang terang, jelas, potret yang indah dan keadaan alam sekitar yang menawan dalam setiap shot yang diambil melalui vivo V29 5G.

Kamera hadapan yang mempunyai 50 MP dan fokus secara automatik membolehkan pengguna untuk mengambil gambar selfie, dengan kecanggihan kamera beserta 92° sudut luas mampu mengimbangi dan mengelakkan distorsi pada gambar samada secara berkumpulan atau berseorangan. novasi ini adalah bukti usaha dari vivo untuk memastikan pengguna vivo sentiasa berpuas hati semasa menggunakan vivo V29 5G.


vivo V29 5G juga menitikberatkan tentang pengambilan foto dan video pada waktu malam. Dengan vivo V29 5G, ia bakal mempersonakan penggunanya dengan kebolehan merakam momen indah pada waktu gelap terutamanya pada waktu malam. Ciri Video Ultra Stabil yang disokong oleh OIS dan EIS, memastikan pergerakan yang minimal dan shot yang jelas. Dengan lebih 1,000 kestabilan dan 10,000 kestabilan dalam pergerakan untuk setiap saat. Selain itu, ciri Super Night Video disokong oleh algoritma adegan malam yang cemerlang dan keupayaan penstabilan yang kuat, semuanya dapat menyelesaikan masalah ketika merakam video dalam keadaan cahaya rendah. Dengan kata lain, vivo V29 5G membolehkan gambar malam bersinar cerah dan menangkap butiran yang luar biasa dengan kecantikan yang tiada tandingannya.

Mentakrifkan Keanggunan dengan Gaya yang Terkini

Warna-warna vivo V29 5G adalah warna yang diinspirasikan oleh langit yang disinari bintang terutamanya warna Starry Purple. Teknik Inovatif 3D Starry Craft membolehkan penciptaan penampilan ungu berkilauan dengan menawan, manakala permainan cahaya pada panel belakang memastikan bahawa ia sentiasa bersinar seperti langit malam dengan sinaran bintang.

Bagi warna Noble Black, ia menunjukkan keanggunan dan gaya yang moden dan mengikut tren yang terkini, dengan adanya teknik skala-nano yang memberikan ketahanan dan tahan kotor pada kilauan yang terukir.

Paparan Skrin yang Hebat Dalam Sejarah Siri V

Siri vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna. Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak 452 PPI, setiap butiran menjadi seperti di alam realiti dengan ketepatan yang mengagumkan. Pengguna akan terpukau pada pengalaman visual yang menakjubkan kerana vivo V29 5G mempamerkan 1.07 bilion warna dan DCI-P3. Selain itu, vivo V29 5G memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS, menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan para pengguna.

Memberikan Prestasi dan Ciri Telefon yang Mengagumkan

vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa. Ia menampilkan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon® 778G, memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar. Dengan Memori 12 GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, vivo V29 5G menawarkan penyimpanan yang mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi. vivo V29 5G juga dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar, yang membolehkan telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario, memberikan pengalaman yang menakjubkan - sama ada semasa sesi permainan yang sisirus atau pengalaman sinema yang memukau.



Selain itu, pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke 50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama. Selain itu, vivo V29 5G juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air. Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29 5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan normal.

Harga, Ketersediaan, dan Rakan Kongsi vivo V29 5G

Bermula hari ini, vivo V29 5G akan berada di dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB. Pengguna yang berminat untuk mendapatkan vivo V29 5G boleh menempah awal bermula pada 21 September 2023 dan banyak promosi hebat menanti. Tempahan awal yang dibuat di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma.

vivo Malaysia bekerjasama dengan beberapa jenama yang terkenal di Malaysia seperti Grazia, CHAGEE, UCSI, LUSH, Sunway Lagoon, MIX, Godiva, dan Dking yang berkongsi misi dan visi yang sama seperti vivo Malaysia. Kekal bersama vivo Malaysia untuk mengetahui lebih banyak perkembangan terkini dan pengumuman kolaborasi yang mendebarkan di platform media sosial rasmi vivo.


Informasi tentang harga dan promosi vivo V29 5G :

Tarikh Pelancaran

20 September 2023

Tarikh Tempahan Awal

21 September 2023

Tarikh Jualan Pertama

28 September 2023

Platform Jualan atas Talian

vivo Malaysia e-store, Shopee, Lazada dan Tiktok Shop

Promosi Tempahan Awal

Tempah awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif yang bernilai RM995

 

vivo care 1+1* Extended Warranty - RM199

vivo care 1 tahun pelan perlindungan skrin- RM399

V29 pelindung skrin - RM69

V29 Pelindung Keselamatan - RM69

TWS Earbuds - RM259

 

Pelanggan yang menempah awal pada 21 September 2023 di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma! (tertakluk kepada terma & syarat)

 

Kedai Konsep vivo yang terpilih:

      Pavilion KL

      KL East Mall

      KL Mid Valley

      Sunway Pyramid

      Gurney Plaza

      Johor Mid Valley Southkey

RRP

V29 5G 12+ 256GB for RM1899

V29 5G 12+512GB for RM2099



Ikuti perkembangan terkini, promosi dan spesifikasi produk terbaru vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia.

Sunday, August 27, 2023

Sesi Masterclass Membuat Sushi dengan Daging Lembu dan Bebiri Muda Australia sempena promosi #DinewithChef Cash Fong di Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hi Korang,

Hari tuh kak lily dapat jemputan ke sesi masterclass membuat sushi dengan daging lembu dan bebiri muda Australia bersama Chef Cash Fong di Grand Hyatt KL.



Kalau korang nak tau yang daging lembu dan bebiri muda kambing halal terbaik Australia adalah hasil padang rumput ternak hijau yang subur, udara segar, cahaya matahari dan air bersih. Daging lembu Australia sentiasa menjadi pilihan unggul, dengan rangkaian tekstur, kelembutan, profil rasa dan kualiti pemakanannya. Rangkaian besarnya termasuk produk daging lembu yang diberi makan rumput berkualiti, bijirin, organik beserta baka yang berkualiti tinggi seperti Wagyu, Hereford dan Angus. Kambing Bebiri muda Australia adalah sumber protein yang bermutu tinggi, lazat dan sihat juga.








Daging lembu dan bebiri muda kambing Australia halal sungguh segar, berperisa dan serba boleh sehingga sesuai dengan pembuatan sushi Jepun. Lagipun sushi yang baik tidak semestinya dengan makanan laut. Sushi yang dibuat dengan daging lembu Australia Wagyu, Hereford dan Angus, misalnya, akan menaikkan beberapa tahap dalam rasa dan tekstur. Tidak hairanlah bahawa sushi dengan daging lembu khusus baka ini menjadi trend.

Bebiri muda dalam Sushi sememangnya jarang diketahui dan sebenarnya memberikan satu lagi dimensi rasa yang menarik kepada sushi dan onigiri. Bebiri muda Australia ialah pilihan protein yang sihat.




Daging & Ternakan Australia (MLA) dengan kerjasama Grand Hyatt Kuala Lumpur mengadakan Masterclass berkenaan Membuat Sushi dengan menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia. Acara itu juga bersempena dengan Siri #DinewithChef hotel yang menampilkan Chef Cash Fong 'A Japanese and Australian Epicurean Affair' dari 24 Ogos hingga 3 September.




Chef Cash Fong yang merupakan Chef Eksekutif Jepun dari kumpulan restoran Tung Lok di Singapura, mengendalikan masterclass eksklusif ini di THIRTY8 Restaurant, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Chef Fong menunjukkan cara yang lazat untuk membuat sushi dan onigiri menggunakan daging lembu dan bebiri muda Australia.

Kami para media juga telah dijemput untuk merasai hidangan Jepun dalam Siri #DinewithChef. 




Antaranya ialah Platter Rasa Wagyu Australia, Wagyu Tataki Australia, Stik Kohitsuji Miso (bebiri muda Australia) dan Stik Wasabi Australia.

Daging lembu Australia Grassfed dikatakan mempunyai rasa yang mantap, bersahaja dan tekstur yang sangat baik. Sebagai makanan berkhasiat semulajadi, daging lembu yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting untuk diet yang sihat, secara semulajadi rendah lemak dan kolesterol. Ia mengandungi 12 nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan yang baik, termasuk vitamin Zat Besi, Zink, Omega-3 dan B.

Daging lembu Australia yang diberi bijirin termasuk daging lembu Wagyu Australia berasal daripada lembu yang telah diberi makanan yang seimbang dari segi pemakanan dan bercatuan tenaga tinggi untuk tempoh tertentu. Ini menghasilkan marbling yang dipertingkatkan, dengan kelembutan yang ditambah baik, lebih berjus dan rasa yang lebih baik.

Bebiri muda Australia, yang diternak terutamanya di padang rumput, menghasilkan daging tanpa lemak yang berkhasiat serta mengandungi 12 nutrien penting yang sama seperti daging lembu Australia.




Sempat juga kami mempelajari cara membuat sushi dan seni hiasan yang cukup mudah lagi kreatif dengan mengambil masa beberapa minit sahaja. Seriously memang sangat mudah dan kak lily boleh praktikkan di rumah.

Terima kasih kepada Cheh Fong dan team MLA kerana menjemput kami, selain daripada mempelajari seni kulinari sushi yang begitu mudah





Mengenai Daging & Ternakan Australia

Sebuah syarikat milik pengeluar, Meat & Livestock Australia (MLA) menyampaikan perkhidmatan pemasaran, penyelidikan dan pembangunan bertaraf dunia untuk pengeluar daging lembu, kambing dan kambing Australia, sambil menyokong pengeksport untuk memasukkan produk mereka ke pasaran.

Australia kini mengeksport daging merah dan ternakan ke lebih 100 negara, eksport mewakili lebih 70% daripada pengeluaran industri. Mewakili daging merah Australia yang berkualiti tinggi dan dihasilkan secara mampan, MLA juga mereka bentuk dan menyampaikan program pemasaran yang disesuaikan dengan setiap pasaran dengan objektif keseluruhan untuk meningkatkan akses pasaran, bahagian pasaran dan jualan daging lembu, kambing dan kambing.




Thursday, August 24, 2023

F&N Meraikan 140 Tahun dengan Memberi Penghormatan kepada Warisan dan Sokongan Teguh oleh Rakyat Malaysia

Hi Korang,

Fraser & Neave Holdings Bhd ('F&NHB' atau 'Kumpulan'), nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia – “Kisah Kita… Selamanya.”


F&NHB komited dalam menyampaikan "Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati" dengan rangkaian pelbagai jenamanya telah membangkitkan kenangan warna-warni yang berkekalan bersama. Tema ulang tahun, "Kisah Kita… Selamanya," mengabadikan intipati tradisi yang berharga ini, di mana produk F&N telah menjadi pemangkin untuk menjalin hubungan mesra di kalangan orang tersayang.

“F&N berbesar hati untuk mendapat penghormatan sebagai sahabat teguh untuk semua generasi rakyat Malaysia. Dalam meraikan warisan kami, kami juga teruja dan bersemangat dalam mengembangkan era pertumbuhan dan transformasi yang lestari secara menyeluruh pada masa yang akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB Lim Yew Hoe.

Kini, F&NHB boleh didapati di 89 negara dan akan terus mengembangkan perniagaannya melalui pemerolehan strategik dan meluaskan jejaknya merentasi rantaian nilai makanan dan minuman. Diperkukuhkan dengan integrasi produk Sri Nona dan Cocoaland baru-baru ini ke dalam portfolionya, sektor makanan Halal berbungkus merupakan tonggak pertumbuhan yang menggalakkan untuk F&NHB. Langkah ini membolehkan F&NHB memenuhi cita rasa yang pelbagai di kalangan masyarakat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran.


Dalam meneruskan pertumbuhannya, komitmen utama kumpulan F&NHB tertumpu kepada kelestarian kerana ia membentuk landskap masa depan Malaysia.

Dalam menggariskan komitmen ini, Lim berkongsi bahawa kumpulannya sedang giat membangunkan ladang tenusu bersepadu terbesar di Malaysia, dengan seluas 2,726 hektar di Gemas, Negeri Sembilan, yang akan menghasilkan 100 juta liter susu segar setiap tahun dalam Fasa 1 untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, bagi memenuhi aspirasi F&NHB untuk membekalkan susu segar ke setiap rumah di Malaysia.


Selain ladang tenusu, rancangan F&NHB untuk menggabungkan tanaman makanan ternakan dalam ladang itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap makanan ternakan hasil import. Ladang itu juga akan direka bentuk berdasarkan pertanian lestari, amalan ekonomi bulat dan teknologi hijau.

Sejak tahun 2020, F&N telah mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil dengan memasang sistem fotovoltaik suria (PV), bumbung terbesar di Malaysia di kilangnya. Dengan 11,000 panel solar di kilang Shah Alam, tenaga solar yang dijana kini menyumbang lebih daripada separuh penggunaan elektrik untuk menghasilkan 100PLUS, minuman Isotonik No. 1 di Malaysia. Berikutan kejayaan ini, 100PLUS akan membawa lambang "Solar" dalam pembungkusannya.

Selain daripada tenaga boleh diperbaharui, F&N komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar dalam rantaian nilainya. Ini termasuk pelan hala tuju untuk menggunakan 100% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO menjelang 2025 dan mempertingkatkan pekeliling pembungkusan produknya. Untuk 2023, kumpulannya akan menggunakan 60% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO dan 40% kredit RSPO. Sementara itu, 25% daripada minuman dan pembungkusan tenusu diperoleh daripada bahan kitar semula. F&N juga terlibat dalam meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan murid sekolah melalui Program Kitar Semula Sekolah F&N dimana program tersebut melibatkan 1,300 sekolah di seluruh negara.

Dedikasi F&NHB terhadap kelestarian telah menempatkan F&NHB di kedudukan peratusan 1 teratas global dalam Supersektor Makanan dan Minuman bagi indeks FTSE4GOOD ESG dalam senarai Jun 2023 yang dikaji oleh Bursa Malaysia, bukti amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat.

"Kami mengambil penganugerahan ini dengan rasa bangga dan tanggungjawab untuk melakukan lebih baik lagi untuk generasi akan datang. Dalam mengembangkan pertumbuan yang menguntungkan, kami tetap sedar bahawa matlamat kami mesti dicapai dengan cara yang paling lestari," kata Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail.

“Semua pencapaian masa lalu dan kemajuan masa depan hanya boleh dicapai dengan sokongan berterusan dari pelanggan kami selama ini. Kami teruja dalam memandang kearah masa depan untuk membina kepentingan bersama pemegang taruh kami dalam mewujudkan perniagaan, masyarakat, dan planet yang lebih baik bersama-sama dengan komuniti yang kami berbakti bersama,” tambah Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail.


Sambutan Ulang Tahun ke-140 F&N akan berlangsung dari 23hb hingga 27 Ogos 2023 dengan jerayawara khas di Oval Atrium, LG Concourse Level, di 1Utama Shopping Centre. Para tetamu boleh mencipta kenangan bersama F&N melalui aktiviti menarik di 'Pekan F&N'. Mereka juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga skuter Vespa edisi terhad di jerayawara Ulang Tahun ke-140 F&N.

Sambutan itu dirasmikan oleh Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail, En. Hui Choon Kit, Ketua Pegawai Eksekutif Fraser and Neave, Limited, bersama En. Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB dan beberapa ahli Lembaga Pengarah F&NHB. Turut hadir bersama ialah duta 100PLUS Datuk Wira Lee Chong Wei dan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, yang menyertai sambutan ulang tahun itu bersama-sama tetamu di jerayawara.

Tonton cerita ulang tahun F&N ke-140 kami di sini : https://www.youtube.com/watch?v=lVdyS-MjAWo

Untuk maklumat lanjut dan kemaskini, ikuti @fnn_malaysia.

#FNN140

Monday, August 21, 2023

Bluberries Wonders Workshop Anjuran OREGON Washington Bluberries, Banyak Info Dapat Di Pelajari

Hi Korang,

Hari tuh sempat kak lily sertai bengkel masak-masak Blueberries Wonders di KL Wellness City, Bukit Jalil. Ermm seronok betul dapat jumpa rakan-rakan influencers yang lelain jugak hah.


Sebelum acara bermula haruslah bergambar-gambar seperti biasa kan, itu adalah perkara wajib bagi ktorang influencers comey nie hehehhe

Pelbagai aktiviti disediakan penganjur Oregon Washington Blueberries, di antaranya seperti perkongsian informasi tentang manfaat buah blueberries, demonstrasi masakan dan aktiviti menyediakan resepi menggunakan buah blueberries.


Encik Eddie Saw wakil dari Total Market Solutions telah berkongsi kebaikan blueberries yang kini mendapat perhatian sebagai buahan yang hebat dengan ciri antioksida dan bagaimana kepentingan buah blueberries ini dalam diet harian.

Seterusnya slot perkongsian mom influencer Iman Azman yang turut berkongsi mengapa beliau memilih blueberries sebagai ruji dalam diet. Ini adalah kerana blueberries dapat memberi nilai pemakanan yang luar biasa dan serba boleh yang boleh dimasukkan ke dalam hampir semua hidangan dan minuman.


“Anak-anak kecil saya sangat sukakan blueberries dalam kek cawan. Sebagai ibu saya berasa lebih yakin untuk menambah bahan-bahan segar dan berkhasiat ke dalam snek dan minuman kegemaran mereka” kata Iman lagi





Acara masak-masak diserikan lagi kehadiran Chef Zie Zie, yang menunjukkan demonstrasi masakan Blueberry Rosemary Grilled Chicken Poke Bowl . Kami semua berpeluang menyaksikan sendiri gabungan perisa blueberries dapat menjadikan hidangan lebih enak dan manis secara semulajadi.




Selain daripada menyaksikan demo masakan, kami juga sempat belajar dan membuat sendiri Tart Mini Keju Krim Blueberry serta Minuman Blueberry Colada yang cukup menyegarkan.

Simple bebenau wei… boleh buat sendiri di rumah jer


Sebelum pulang, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Dan kami semua sempat menikmati hidangan yang cukup enak disediakan oleh pihak penganjur, Oregon Washington Blueberries.

Apa yang penting buah blueberries, merupakan buah bersaiz kecil yang kaya dengan antioksida. Ianya dapat memberikan pelbagai manfaat kesihatan serta menguatkan sistem imun terutama dalam menyokong kesihatan jantung.


Buah blueberries bebas kolesterol, kaya dengan Potassium dan Vitamin C yang tinggi, menjadikannya salah satu pilihan utama makanan hebat kepada mereka yang menggayakan gaya hidup yang sihat. Oregon Washington Blueberries dipilih dengan teliti, hanya blueberries berkualiti terbaik sahaja dipilih.


Jangan lupa untuk dapatkan Oregon Washington Blueberries di pasar raya dan kedai runcit utama.


Friday, June 8, 2012

Free Je Semua Ni

Hi Korang,

Ni yang aku suka pi event heret Mr Big. Sebab aku akan dapat 2 goodies bag kan. Tak kisah lah apa event pun yang penting apa yanG diorG baGi mesti menarik punya.


Macam Gambo ni. Ktorg pi event pasal penjaGaan diri. Ha ko melambak dapat kan. Walaupun kecik-kecik tapi berGuna time kecemasan kan. 

Itu yanG untunG bila pi berdua ni kan.

AlaH korang pun samo Gak kan cam aku... eheheheheh