Showing posts with label Maybeline BB Mousse. Show all posts
Showing posts with label Maybeline BB Mousse. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Kulit Macam Porcelain Dengan Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse

Hi Korang,

Aku memang ada pakai BB cream but tak selalu lah sebab dia nampak cam creamy bila kat muka kan. So bila ada function ke outing ke then baru aku pakai. Nampak memang licin muka dan cam berminyak gak lah. Mana tak nya, kulit dah berminyak di tambah lagi cream yang berminyak kan, jawabnya leh goreng telur ek.


So sekali lagi Maybeline New York mengeluarkan lagi produk terbaru untuk BB cream ini iaitu Maybeline New York Pure minerals BB Mousse


Memang betul, BB cream dalam bentuk mousse. Selalunya kita jumpa dalam bentuk liquid je kan. Liquid ni nampak berat sket dan cam susah sket nak balancekan kat muka kan. BB Mousse ni plak ianya ringan dan mudah di sapu kat muka especially bagi korang yang baru first time pakai make-up kan.


Bila dah mula pakai BB Mousse ni, rasanya cam ada perubahan sket. Di antaranya ialah :-
  1. Instant poreless-looking skin
  2. Shine-free and fresh
  3. Reduced dullness
  4. Hydration
  5. Natural radiance
  6. soft and supple skin
  7. Lasts all day
  8. SPF30/PA+++ UV protection
Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 


Korang boleh dapatkan BB Mousse ni di memana supermarket dan juga farmasi di seluruh negara dengan harga RM54.90. Bunyi cam mahalkan but tahan lama tau.

Saturday, October 29, 2011

Maybeline BB Mousse Hi-Tea Party

Hi Korang,

Hari Deepavali rabu hari tuh, pihak Maybeline mintak aku host satu simple Hi-Tea untuk ladies blogger. So selasa tu aku tweet kat twitter but maybe ramai yang tak perasan kot, so tak ramailah yang datang. 


Cuma kengkawan blogger pompuan yang selalu aku hang out je yang ada. Sempat jugak aku ajak opismate aku dan si sumijelly nie.

Triffle yang Mama buat, semua bedal sampai licin

Di sebabkan Hi-Tea ni plan secara adhocnya, so menunya pun simple2 je lah. Aku sempat masak mee hoon je, aku mintak tolong mama buatkan caramel dan triffle dan the rest aku pi beli je kat Laksa Teluk Kecai depan umah nie. 


Sampai2 je diorg ni, terus aku suruh makan dulu sementara tunggu yang lelain. Hah, apa lagi sambil makan sambil sempat gossip2 blogger plak tuh. Memacam kan diorg nie.


Once semua dah kenyang, ktorg di present dengan produk terbaru Maybeline BB Mousse yang akan keluar tidak lama lagi. Not bad jugak, BB Mousse ni lebih ringan dari liquid foundation yang ada kat pasaran kan.

Tekun semua mendengar kan

Cindy sedang mendemo cara guna BB Mousse ni

Hah, ringan kan

Ann Jie siap tunjukkan demo betapa ringannya BB Mousse ni. Terus aku kagumlah dengan BB Mousse ni lah. 

Kelam kabut time nie, coz nak cepat

Tengok model 'Ustazah Pilihan' ni kan. Bukan main lagi 


Lepas tu Maybeline team dah sediakan beberapa game untuk ktorg bermesra dengan BB Mousse ni kan. Di antaranya teka function BB, cara guna BB Mousse dan main make-up muka. Ktorg di bahagikan into 3 group dan ktorg pun tak lepas peluang lah main dengan semua make-up2 yang di sediakan kan.

Hasil lepas main make-up2



Macam-macam rupa ada, yang paling aku kelakar sekali muka Ain dan macam mickey mouse lagaknya. Boleh di katakan semua orang dapat menang hadiah dari Maybeline.

Team ktorglah yang menang

Party abis dalam pukul 5 lebih cam tu, but sebelum balik aku suruh diorg makan kenyang-kenyang dulu takut lapo masa dalam jem nanti kan hehehehe


Anyway thank you Maybeline sebab sudi datang umah aku yang kecik dan comel ni kan. Kepada kengkawan blogger yang sudi hadir pun aku ucapkan thank you jugak. Siap-siap ada yang sesat lagi.

Korang memang awesome lah!

P/S : Bukan aku tak nak jemput reramai but umah aku nie kecik je. Takut reramai datang kan kene duk kat luar plak kan. Tak per2 nanti akan ada lagi Hi Tea Party sebegini dalam masa terdekat ni. Aku akan war2kan kat korang tau.