Showing posts with label Marrakech tea review. Show all posts
Showing posts with label Marrakech tea review. Show all posts

Thursday, July 31, 2014

Secawan MARRAKECH Tea Untuk Chillax Di Rumah

Hi Korang,

Selain daripada kopi, teh memang jadi one of favourite drink aku. 


Selalunya aku minum teh ni tiap-tiap petang gituh. Yelah lepas penat kerja dari pagi sampai petang dengan bercawan-cawan minum kopi, so untuk penutup hari bekerja tu teh memang perfect untuk legakan segala stress bagai kan.


Bila dapat NESCAFE® Dolce Gusto® Mini Me ni, memanglah rasa awesome uolls. 

Mana taknya, senang betul nak buat teh dan kopi kan. Tekan sana, cuit sini dah siap. Kalau tak caya, korang meh baca entry aku yang sebelum ni Enaknya Marrakech Tea NESCAFE® Dolce Gusto® Ketika Berbuka Puasa. Di entry tu, aku dah tunjukkan cara nak membuat Marrakech Tea ni. Sesuai bagi kita-kita yang selalu nak cepat je. 


Memang rasa teruja betul bila minum Marrakech Tea ni, dengan rasanya bercampur baur di antara teh hijau dan pudina sangat-sangat menyegarkan. Walaupun tidak berapa manis tapi langsung tak merubah rasanya. 


Dah kali aku cuba pairingkan apa yang sesuai dihidangkan sekali dengan Marrakech Tea ni, memacam yang aku cuba. Ada yang ok dah ada yang tidak.

Tapi yang paling sedap sekali adalah

Marrakech Tea dengan Cheese Cake

Hari tuh, aku pairing teh ni dengan coklat cake dan kurma. Ermm ok ok lah, not bad. Tak delah rasa pelik sangat. Kemudian aku teringat plak, nak cuba pairingkan dengan Cheese Cake. 


Petang tu, pi beli Cheese Cake kat Komugi Café kan, balik rumah terus buat air Marrakech Tea ni. Tak sampai 5 minit dah siap pun. Hah, walahhh sangat-sangat sedap rasanya.

Rasa cam nak beli Cheese Cake hari-hari kan, lawan makan dengan Marrakech Tea ni. hehehhehehe teruk perangai ek


Marrakech Tea ini dipek dalam bentuk kapsul, ia didatangkan dalam kotak mengandungi 16 kapsul yang dijual pada harga RM27.99 bagi setiap kotak. Bagi mesin NESCAFE® Dolce Gusto®, ianya disediakan dalam empat (4) model bergaya dalam pelbagai warna pula dijual pada harga bermula RM499.00 ke atas.


Tiap-tiap petang memang aku minum Marrakech Tea ni, ermm rasa nyaman je… tenang minda.

Monday, July 14, 2014

Enaknya Marrakech Tea NESCAFE® Dolce Gusto® Ketika Berbuka Puasa

Hi Korang,


Bila time berbuka puasa, apa yang korang buat dulu lepas baca doa berbuka. Ermm haruslah minum air dan makan kurma kan. Choices of air plak, aku prefer air panas so tak delah perut terperanjat. 

Samada kopi ataupun teh yang jadi pilihan, aku ok je. Memang buat dua-dua coz Mr Big suka nescafe dan aku pulak suka kopi dan teh. Hah, kemudian baru lah minuman sejuk. 


So bila NESCAFE® Dolce Gusto® memperkenalkan Marrakech Tea yang mana merupakan adunan campuran kesegaran teh hijau, pudina dan kemanisan yang memberikan kesempurnaan rasa teh Maghribi kepada peminat teh, jadi aku terus minat dibuatnya. Memang betullah rasa teh timur tengah.

Mehlah aku tunjukkan korang cara buat Marrakech Tea ni dengan NESCAFE® Dolce Gusto® ek.



Comel tak mesin aku ni, yang ni berharga RM499.00 je


1. ON dulu mesin ni, tekan butang ON tu nanti nampaklah tanda warna hijau keluar. Ala sekejap je lah.


2. Isi air kat sebelah belakang. Air masaklah jangan air paip plak. Bekas air tu boleh dicabut-cabut so senang sket nak angkat keluar.

yang hitam tu tempat letak kapsul


3. Ambil kapsul Marrakech Tea tu then masukkan ditempatnya. Jangan salah masuk plak, kang tup-tup rosak plak kan.

nampak tak? mesti sama tau

4. Adjust mengikut keperluan yang di paparkan di kapsul tadi. Kalau tak sama, rasanya yang keluar pun tak sama gak lah.


5. Letak cawan siap-siap ek, kang air nak kuar ke mana plak. Korang boleh adjust tempat letak cawan tu, bergantung pada cawan yang korang gunakan.


6. Alihkan pelaras air tuh then startlah buat air. Of courselah laras ke air panas, baru buat teh katanya.


7. Dalam beberapa saat, air teh dah mula keluar masuk ke cawan. Nampak kan, air keluar tuh.


8. Hah, siap pun. Tak yah nak tunggu, buat kerja lain pun boleh ek sebab ada bunyi berhenti yang boleh kita dengar.


9. Ini lah dia secawan Marrakech Tea

argh sedapnya bau green tea dan mint ni ek

minum perlahan-lahan ek, kang melecur lidah kalau teguk cam tu je

Mari rasa seteguk, ermm jaga-jaga panas sampai boleh melecur lidah kalau pakai teguk je. Memula ambil bau dulu. Ermm harumnya, bau teh hijau dan daun pudina tu saling bergabung dan ditambah pula dengan kemanisan yang tidak seberapa ermm lagi harum dan sedap bila dikesip buat kali pertama.

Memang terbaik dapat berbuka puasa dengan Marrakech Tea ni, hilang rasa penat seharian berpuasa tau. Di tambah lagi plak dengan buah kurma errmmm awesome.

lepas abis secawan ni, nak buat lagi lah

Memang betul lah buat teh dengan NESCAFE® Dolce Gusto® ni bagi bagus dan cepat serta mudah daripada buat teh secara tradisional. Yelah kalau cara tradisional tuh, kita kena masak air dulu kemudian rendam teh seketika then letak gula mengikut kesesuaian tekak kan. At least 15-20 minit la untuk buat secawan teh. 

Dengan ada mesin NESCAFE® Dolce Gusto® ni, dalam sekejapan kita dah boleh minum teh atau kopi kan. Tekan sana, tekan sini tettt dah siap!! 

Lagipun meja dapur pun bersih tak de kesan melekit-lekit air manis ni, dengan saiz yang kecil tapi langsung tidak mengubah rasa sesuatu teh atau kopi yang kita nak minum kan.

kek coklat beli je kat luar, tak de masa nak buat sendiri lah

Ermm ok tak kan nak minum Marrakech Tea macam tuh je, so haruslah kita pairing dia dengan something yang sesuai dengan tekak kita kan. Selain daripada kurma, aku sekali minum teh ni dengan makan kek coklat.

La ye betul..


Bagi aku sebab kek coklat tu dah manis so kita kena lawan dengan something tak tak manis dan menenangkan. 

pairing yang sesuai sekali gituh kan

Kek coklat + Marrakech Tea 
Rasa yang amat menenangkan. 

Lebih-lebih lagi kalau kita minum di waktu minum petang, ermm rasanya awesome sungguh. Nantilah lepas puasa nanti, aku minum Marrakech Tea ni puas-puas ek


Marrakech Tea ini dipek dalam bentuk kapsul, ia didatangkan dalam kotak mengandungi 16 kapsul yang dijual pada harga RM27.99 bagi setiap kotak. Bagi mesin NESCAFE® Dolce Gusto®, ianya disediakan dalam empat (4) model bergaya dalam pelbagai warna pula dijual pada harga bermula RM499.00 ke atas.


Oh ya, dalam kemeriahan kita nak berhari raya ni, korang boleh dapatkan NESCAFE® Dolce Gusto® ni dan berpeluang untuk memenangi set Hadiah Salam Raya istimewa yang mengandungi mwsin Genio 2 lengkap bersama pelbagai pilihan kapsul produk Nescafe Dolce Gusto bernilai RM850.00. Peraduan ini sah sehingga 22 Julai 2014.

kalau datang umah aku, insyallah aku hidangkan Marrakech Tea ni untuk korang tau

Apalagi yang ditunggu, mehlah cepat kita dapatkannya segera. Bolehlah minum bersama family tersayang di hari raya nanti