Showing posts with label MATIC. Show all posts
Showing posts with label MATIC. Show all posts

Wednesday, June 7, 2017

Gala Dinner and Award Night ‘Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017

Hi Korang,

Tadi aku dah citer pasal event sessi petang kan, now kita sambung pulak citer event dinner pulak. 


Abis je event petang terus bergegas, kitaoranng balik hotel untuk bersiap. Alah bukan siap glam glam pun just mandi tukar baju then pi balik. Nasib baik Mr Big dah siap gosok baju bagai so tinggal aku jelah nak bersiap, pakai makeup lah itulah ini lah kan.

Dinner malam tuh di Saloma Bistro, lama tak masuk sini ek. Aku kalau ada event je kemari kalau tak memang iddok ler. 

serious nau Mr Big ek

Di sebabkan aku salah sorang speaker untuk event sebelumnya so kitaorang duduk dengan speaker yang lelain. Aduhai berpisah pulak dengan kengkawan yang lelain ek. So sementara event belum start, aku ambil kesempatan berjumpa dengan kengkawan blogger yang tak sempat jumpa siang tadi. 

Apa lagi kasi selfie sket ek

dengan DeqNoor - tokeh Medishoe

ada kesempatan, wefie aje

dengan Syeda Ucu - baru bertunang dengan blogger gak ni

dengan Pak Cu - Dahan rapuh

Kak Juriah - cool je orangnya

korang tengok Rawlins, kemain lagi bajunya kan

dengan acik-acik hot

dengan uyulrosli - blogger baru ni

uncle zuan asyik berjalan je kerjanya

dengan tokeh pavlova - asfieda

perempuan cantik - wendy dan syafiera

interframe rawlins lagi, amir pun ada jugak

momi hot

momi dan nanie

geng-geng adik-adik hotzz

anzkia dari Indonesia

dengan arz moha - rezeki dia menang handphone lucky draw

dengan kak red wajib  kena amik gambo ek

dengan Adiputra hotzzz hehehehe

Sampai nak abis bateri di sebabkan selfie ek, nasib baik Mr Big penyelamat cucuk je kat powerbank dia. 



Cam biasa mestilah ada kata-kata aluan dulu, daripada pihak Denaihati Network, pengarah Kumpulan Media Karangkraf dan juga daripada YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia mengenai pengaruh blogger di media social ini.


Apa-apa pun sebelum acara lelain, kita makan dulu, not bad jugak menu hidangan di Saloma Bistro ni. Walaupun lauk-lauk biasa je tapi menyelerakan sungguh. 

Tibalah acara yang di tunggu-tunggu iaitu majlis penyampaian anugerah blogger SBB 2017.

Meh aku listkan para pemenang ye


Antara penerima anugerah pada malam itu :- 

Most Engaging Social Media 2017- Neyrashazeyra 

Most Engaging Blog 2017- kisahemasputih.com

Promising Blogger Group of The Year 2017- Projek Blogger Utara 

Best Foodie Blogger 2017- Mahamahu.com

Best Travel Blogger 2017- Projektravel.com

Best Lifestyle Blogger 2017- Ciklilyputih.com

Blogger of The Year 2017- Redmummy.com

Digital economy Champion- MDEC 

Fast Growing Social Media Company- Misi Viral 


La aku pun dapat??? 
Unbelievable sungguh!!

Seriously memang aku tak sangka sungguhlah dapat sebegini besar penghargaan dari team Denaihati Network. Inilah dia hasil setelah 7-8 tahun berblogging tanpa jemu, tahan penat lelah, keluar duit sendiri untuk ke event dan banyak lagi lah. 


Apa-apa aku bersyukur sangat dengan rezeki ni, semoga ini akan jadi pemangkin untuk aku terus berusaha lagi di dalam bidang blogging ni ek

Mr Big cam tak percaya yang aku boleh dapat award Best Lifestyle Blogger 2017 ni ek, senyum bangga je dia masa amik gambar aku. Dia cakap berbaloi jugak u bersusah payah selama ni ek 

Ok sambung selfie lagi ek

dengan ND Misi Viral -siang malam tuko tuksedo je kejenye hehehe






hehehhe tak senonoh perangai memasinglah

tengokla bubur Mr Big ek, menimbun dibuatnya


Balik Concorde Hotel, turun baju then turun pi supper kat bawah. Alah sekali sekala lagi dapat diskaun 25% untuk guest makan kat situ. So sambung lepak makan-makan dengan Mr Big, bebudak lain dah pi berayap ntah kemana.

Esoknya sarapan, jumpa lagi dengan diaorang ni. 



Apa lagi terus duduk semeja sambil borak-borak pasal SBB2017. Seronoklah memasing-masing kan huahuahauhau

Dengar citer kata Tuan Hj Amir, SBB2017 ni mungkin yang terakhir tapi janganlah kalau boleh sebab SBB nilah yang menyatukan semua blogger seluruh seantero dunia tau huhuhuhuhu…

Menjadi Speaker Di Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017

Hi Korang,


Ni ada kesempatan baru aku nak citer pasal event yang gah lagi gemilang khas untuk blogger ni iaitu Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017.

As usual bila Blogger Kidd duk war-warkan pasal event ni of courselah kitaorang bebudak BKM akan pi bagi tanda sokongan pada dia kann, lagipun team Denaihati selalu nau bantu kitaorang dalam hal blogging ni so tak baiklah kalau tak pi.


And one day Kid hantar email kat aku dan blogger Mahamahu pasal di pilih menjadi speaker bagi SBB kali ni, ko rasa tak ke kecut perut di buatnya. Dah lah tak de pengalaman langsung dalam public speaking ni, tup-tup kena bercakap di khalayak ramai pulak. 

Arrr penin 2-3 hari tuh, until Kid cakap bagilah sokongan sket so kitaorang pun terus kata ON. 

Once poster comel dah keluar, semua blogger yang mana jumpa aku asyik panggil puan speaker je hahaha aku memang bantai gelak tapi dalam hati tuhan saje yang tau. 

Lagi seminggu nak SBB2017, ktorang tak decide lagi nak pakai baju apa. Terus je aku bagi cadangan pakai baju BKM je senang kemudian sarung blazer or jacket je. So tak yah nak beli baju baru, arrr settle satu masalah kan. Then lagi 2-3 hari kitorang sibuk duk book hotel pulak sebab lepas SBB2017 malam ada gala dinner pulak so dah balik rumah malas, terus aku booked Concorde Hotel je. Eh bebudak ni pun samo gak, booking sekali satu hotel. Senang nak park then jalan kaki je ke Matic. 

On that day tuh, aku memang tak de buat persediaan apa pun just Mr Big sibuk je bagi soalan-soalan yang maybe akan ditanya dan ternyata a few soalan tuh keluar hehehehe. Bagus jugak laki aku ni kan, sekali sekala bijak gak dia.


Aku ke Matic dengan Madid an Zaza Iman, Mr Big tak ikut sebab malas so dia letak kat bilik je. 

Masa kitaorang sampai tuh, hati dah dup dap dup dap cuak tuh kot.













Jumpa bebudak blogger boleh gelak-gelak lagi sebab nak hilangkan rasa gemuruh tuh hauhauhauahua.

Pengalaman menjadi speaker SBB 2017


Once MC Muslim dah panggil kitaorang berdua untuk naik ke pentas, rasa jantung nak jatuh dah. Walaupun dewan tuh hanya ada 100 lebih blogger dan penggiat social media yang lain tapi rasanya cam berdepan dengan 10,00 orang.

Nasib baik Tuan Hj Amir jadi moderator so kurang sket rasa gemuruh tuh.


gambar ni kengkawan blogger yang tolong snapkan, tenkiu korang

Kitaorang berdua berkongsi pengalaman di dalam duit blogging ni, sejak dari mula hingga ke hari ini. Banyak jugak soalan dan pandangan yang kitorang dapat feedback dari forum ni terutamanya dari segi bayaran blogger, tatacara ke event dan banyak lagi. 

Seronok memang sangat seronok aku rasa, tapi Mahamahu lagi pandai cakap daripada aku. Sambil gelak-gelak je dia menjawab soalan, aku cam control-control sket sebab takut salah jawab je hehehhee

dapat hadiah comeyy

Habis kitaorang kongsi tips blogging ek, siapa rasa tak cukup tuh hah boleh email aku ek.

Habis je sessi kitaorang tuh terus rasa lega seleganya macam habis graduate je hehehhe

sempat belajar ilmu dari Ibu Hanim

Seterusnya sessi bersama Datuk Ibu Hanim-Leadership Trainer, ND dari Misi Viral dan Content Mastery dari Dr Wan Yusof. 

Haruslah kitaorang sedut ilmu kaw-kaw sebab hati dah lega kan hehhehe

Ok sambung selfie lagi dengan bebudak blogger ni
















Itulah dia serba sedikit citer mengenai Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2017 yang telah berlangsung di Matic. Pelbagai pengalaman yang dapat aku timba dari sessi petang ni. Ok nanti kan citer di Gala Dinner pada sebelah malam pulak ye

Terima kasih pada penaja-penaja #SBB2017 :-
Thank you Denaihati Network dan semua penaja

p/s : Kepada yang bagi namecard tuh, nanti aku check it out blogger korang satu persatu ek. Ingatkan bulan puasa ni ada lah masa nak rileks baca blog dan pi komen kat blog orang kan ermm rupanya tidak busy tak menentu je ni hah