Showing posts with label Lafaz niat puasa. Show all posts
Showing posts with label Lafaz niat puasa. Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Niat Puasa Sebulan & Doa Berbuka Puasa

Hi Korang,

Ramai plak yang search 2 kata kunci (keywords) iaitu Niat puasa ramadhan dan niat puasa sebulan kat blog aku ni. Bagus gak lah. 

At least dapat membantu korang gak kan.


Ni dia aku flashback cara niat berpuasa secara harian dan sebulan untuk bulan ramadhan ni

Niat Berpuasa Harian:

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hazizhi sanati lillahhi ta’ala.


Ertinya:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”



Niat Berpuasa Sebulan :


Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala

Ertinya:

"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"


Doa Berbuka Puasa:


Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Ertinya:

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Jika ramai-ramai : ganti 'tu kepada 'na' (ganti saya kepada kami )

Allahumma laka shumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin


Ertinya:

Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.




Aku attached sekali tulisan rumi sebab kekadang ramai yang tak nak ngaku tak reti baca tulis jawi kan, daripada salah pronounce baik korang baca ni kan. 

Dapat gak pahala kan, ye kena cari pahala banyak time bulan ramadhan ni lah.

Itu je, anyway

Selamat Berpuasa Korang !