Showing posts with label KLCC convention centre. Show all posts
Showing posts with label KLCC convention centre. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Shopping Di PIKOM PC Fair 2014


Hi Korang,

Lepas balik dari kenduri kahwin member ktorang semalam, trus je balik umah M.I.L kejap. Melawat orang tua coz lama nau tak balik ke sana. Jumpa memang selalu tapi balik sana cam dah kurang sket.

Lepak sejam dua pekena popia udang dan main The Voice App punya game then ktorang pun balik.

On the balik tuh, Mr Big cakap jomlah pi PC Fair. Lagipun memang lalu KLCC pun kan.

Macam biasalah PC Fair memang senantiasa penuh dengan orang. Ramai lagi mencari-cari gadget terkini tak pun aksesori dengan harga yang murah. Sana sini booth penuh je, tawaran yang hebat-hebat belaka.

Sebab ktorang tak de apa nak beli so just cuci mata dulu lah.


Jalan sana, singgah sini, tengok smartphone terbaru jenama OPPO ni cam best plak. Nak beli, rasa cam membazir coz berapa banyak phone yang nak pakai kan walaupun camera OPPO ni sangat awesome.

Sudahnya ktorang terbeli ni je

Powerbank (RM35) – Mr Big punya

Camera lens for smartphone (RM39) – Mr Big punya, aku boleh pau nanti

Sport FM (RM29) – Kalau nak pi jogging ke bersenam ke dah ade hiburan.

Logitech Keyboard (RM239) – Senang nak menaip untuk iPad Mini aku, travel penting ada menda ni

Mouse (RM5) – buat spare


Memory Card (RM14) – 4 GB sudah, buat spare gak.

Cable (RM10) – beli sebab cable ni berlampu bila charging

Earphone (RM10) – Untuk gantikan earphone kat opis dah tercabut tuh

Hah sudah banyak dah ni.

Asalnya nak cuci mata je, end up tershopping plak di buatnya. Itulah ktorang ni memang cam ni, pantang nampak menda pelik semua nak di belinya.

Dah penat tawaf satu convention centre tuh, sudahnya ktorang dinner je kat Pizza Milano KLCC. Makan tak hinggat uols. Spagethi sepinggan dan lasagna 2 pinggan. Giler melantak

Ok nanti sambung lagi..

Wednesday, April 18, 2012

I am On Samsung Smart TV Advertisement

Hi Korang,

Ingat tak yang aku cakap aku dapat jadi salah sorang pelakon dalam Samsung Smart TV punya advertisement kan. Hah ko iklan tu dah siap pun dan akan di launch Khamis ni kat KLCC.

Meh layan jap


Walaupun sekejap je muka aku kuar but shootingnya berjam-jam. Memang letih. Dah macam artis plak rasanya. Suker lah. Glam sekejap. Kalah Shila Amzah kan.

Memang best kalau dapat Samsung Smart TV ni. Memang worth it sesangat lah.

Anyway thks Samsung dan Nuffnang for this opportunity.

CLP notes : Artis oh artis!




Friday, December 16, 2011

Pelancaran Maxis Iphone 4S @KLCC Convention Centre

Hi Korang,

Malam tadi sempat aku saksikan pelancaran Iphone 4S ni di KLCC Convention Centre. Memang betul ramai orang beratur untuk mendapatkan produk terbaru dari Iphone ni. Bayangkan sepanjang hall tu diorang betul dan mereka ni mula beratur dari pukul 6.00 petang lagi.


Aku yang jadi media cover event ini dah lenguh2 kaki berjalan ke sana sini ambil gambar, ini kan pulak mereka2 yang beratur tu kan. 

Anyway thank you Maxis and Nuffnang atas jemputan ni. 

Nanti aku update lagi citer pasal launching ni ek. Banyak betul gambo yang aku amik lah.


Friday, October 28, 2011

RADOSTAR PRIZE 2011, Memberikan 2 Pemenang Hadiah Utama Yang Lumayan


Hi Korang,


Baru-baru ni aku sempat hadiri Majils penyampaian hadiah bagi RADOSTAR 2011 di KLCC.


 Ianya merupakan pertandingan rekaan yang menyanjung karya inovatif pereka muda kreatif di Malaysia. Ini merupakan MC untuk event hari tu.

Sebelum pengumuman pemenang, ada fashion show jam Rado. Koleksi jam terbaru Rado iaitu Rado True Thinline dan Rado Star. Aduhai, tak boleh tahan tengok model-model memgayakan jam Rado ini. Dahlah cantik dan hensem plak tu


Memang cantik model dan jam :-).. Aku suka yang color putih ini,memang favourite jam color putih.


Yang ini jam lelaki pula. Memang silau tengok jam ini.


Geram je tengok jam ini..Sabar2..hehe

Selepas itu kami di hiburkan dengan persembahan artistik oleh kumpulan START Society di bawah pimpinan Mr. Philip Wong yang berkongsi Unlimited Spirit beliau dengan mengajar kana-kanak kurang upaya bagaimana memulih dan membina semula keyakinan diri melalui seni dan persembahan.



Bukan main bersemangat kumpulan ini. Siap menari lagi tu. Inilah hasil seni yang mereka buat. Rasanya gambar jam.




Penyampaian hadiah kepada kumpulan START Society dan Mr Philip Wong.



Dengan sebulat suara, Haris Abadi dan Lim Hong Ann telah dipilih sebagai pemenang utama Radostar 2011. Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan seutas jam tangan Rado setiap seorang. Hadiah tesebut telah disampaikan oleh En Bernard Yong, Naib Presiden Rado Malaysia dan En Patric Zingg, Naib Presiden Pemasaran Rado Switzerland.



Ini adalah hasil ciptaan Haris Abadi bertajuk Your AxisMundi.



Ini pula hasil rekaan Lim Hong Ann, Go Unlimited.



Selesai sahaja penyampaian hadiah, pemenang kita ini kena interview lah dengan wartawan. Tengok tu, glamour tau masuk tv.



Itu sahaja acara yang berlangsung pada RadoStar Prize 2011. Thanks to Mr Choon (dalam gambar) kerana menjemput aku merasai sendiri kehangatan majlis ini.




Bersama Shahirah dan Sarah Rostam yang send email invitation pada aku. Thanks a lot.


So, macam mana rasa teruja tak. Kalau korang ada bakat seni rekaan yang kreatif boleh cuba masuk Radostar tahun hadapan. Hadiah lumayan tu...

Monday, September 26, 2011

Bila Retis Bertembung Dengan Artis @ Maxis Open House 2011 Celebration

Hi Korang,

As setia dengan Maxis, diorg hantar jemputan ke rumah terbuka diorg @ KLCC Convention Centre Jumaat lepas. Heheheh bukanlah sebenarnya aku kan one of the contestants yang  join contest ‘Now You Can’ dulu, itu yang diorg jemput tuh thru Nuffnang.


Dengan Public Bank Bankers.. Kengkawan Mr Big nie tau..

Cuma yang datang aku, blogger retis Jejai dan Kak Jem vogue tu kan. Actually Maxis Open House ini majoritinya golongan korporat yang ada relation dengan Maxis macam bankers, advertiser, business associate, Dato, Datin, Tan Sri dan memacam lagi lah.Terasa kecil plak aku time tu kan. Yelah orang tak de pangkat, Cuma ada title ‘blogger retis’ je kan.

Makan nasi beryani dulu lah

Persembahan muzikal lagu-lagu raya


Menu di hidangkan juadah hari raya lah. Ada lemang, ketupat, biryani, pelbagai jenis dessert dan memacam lagi. Aku makan gitu2 je, coz leka duk tengok orang lalu lalang depan mata aku dah tu plak sempat gossip2 sket dengan budak berdua tu. So kenyang gossip je dari makan.



Lepas Kak Jem Vogue balik (biasalah dia tu banyak nau aktiviti) ktorg berdua, sempat lah bertawaf dalam banquet hall yang besar tu kan. Dah nama pun blogger, so kejenya snap sana sini gambo lah kan. Tengah duk syok snap2 tuh, si Jejai buat signal suruh datang kat tempat dia. Oit ramai plak kat situ ek, siap cameraman duk bersidai2 kat situ. La rupanya ada penyanyi Rossa yang kecil molek dan cantik tuh. Patutlah macam di hurung semut je kan.

Tengok aku dah macam one of Rossa punya P.A. kan.


Sempatlah ktorg berdua ni bergambar dengan Rossa walaupun, hassle nak mendapatkan nya. Baru je nak snap Dato ni panggil, Tan Sri ni ajak sembang plak. Tapi usaha tangga kejayaan dan hasilnya aku rasa muka aku dan muka Jejai berlambak dalam big screen dalam hall tuh.

Lebau muka aku kan.. ishkk


Oit mestilah seronok jumpa artis kan, maklumlah ktorg nie retis je. Itu yang cam happy semacam je tuh.


Anyway, terima kasih Maxis dan Nuffnang for this special invitation nie.  Kalau boleh tahun depan jemput lagi ek. Selalulah kasi ktorg masuk Maxis punya contest ek.

Rossa, Kamu Cantik Sekali!

Hi Korang,

Bila dapat jumpa seseorang artis in-person tu rasanya terkedu jugak aku sekejap kan. Lebih-lebih lagi yang cantik-cantik nie, sampai aku nak cakap mintak amik gambo dengan artis tu pun aku takut-takut gak kan. Agaknya diorg ni artis dan sapa lah aku kan. hehehhhehe..


So last week, aku sempat hadirkan diri ke satu majlis di KLCC convention centre. Selalunya event-event sebegini jarang ada artis, more to bussiness networking kan. Tup-tup malam tuh, penyanyi terkenal dengan lagu 'PUDAR' iaitu Rossa turut hadir ke majlis ini. 

Ramai jugak mata-mata yang terpaku dengan kecantikan Rossa ini. Ternyata kecil molek je orangnya dan sangat cantik serta sentiasa senyum je. 

Dengan tak buang masa, aku dan blogger retis Jejai sempat jugak bergambo dengan Rossa ni. Aku sempat jugak say something to her yang buatkan dia senyum lagi lebar lagi. hehehehhe.. eh, mane boleh cakap dengan korang, rahsia tuh..

Anway, Rossa memang sporting lah...




Friday, December 10, 2010

PIKOM Digital Lifestyle Expo 2010

Hi Korang,


PC Fair datang lagi. yeah aku suker.. tapi diorg tak panggil PC fair pun. Dah tukar nama dah,Digital Lifestyle Expo. Wah gempak gitu nama kan.

Expo nie berlangsung selama 3 hari kat KLCC convention centre. Mula hari nie 10 December sampai Ahad 12 December.

As usual, gadget2 elektrik dan jugak elektronik la punya barang kan. Antaranya :

- 3Cs Pavilions – Apple, Panasonic, Sony and Toshiba

- 3D/LED TVs and AV / Home Entertainment – LG, Philips, Onkyo, Samsung, DETV, EACAN, Edifier, Sonic Gear, Swedish Statement and Vivitek

- DCIM – Fujifilm, Nikon, Olympus, Panasonic and Samsung

- ICT / Multimedia / Devices – ACER, Dell, HP, Lenovo, Samsung, Toshiba and Western Digital

- Games – Ballun, CIB Net Station, DF Interactive, Garena, MOL and Razer

- Mobile / Broadband / Wireless – Blackberry, CSL, Huawei, Nokia, Celcom, Digi, Maxis, P1 Wimax and TM

Hah, terbeliak mata korang kan? Confirm murah2 punya. Aku maybe pegi kot hari sabtu pagi. Ala sesaje je jalan, tak de nak beli apa pun. Cuma nak cari bag untuk netbook kecik aku nie dengan nak beli hardisk kot. Itu pun kalau cukup duit.

So selamat mencuci mata dan habiskan duit nanti. Chow!