Showing posts with label Jusco Balakong. Show all posts
Showing posts with label Jusco Balakong. Show all posts

Monday, March 7, 2016

Check Kesihatan Badan Kat Mesin

Hi Korang,

Ini memang hobi Mr Big

Aku tak nafikan

Dia memang cukup pantang nampak menda-menda ke arah kesihatan ni, mesti dia nak cuba kan. 

Harituh ktorang berjalan di Jusco Balakong ni, eh time hari keja pun bukan main ramai plak orang ek. Agaknya ikut cuti cam ktorang kot hahhaha

Sebenarnya pi Jusco tu nak beli barang dapur je, tup-tup terus merayau sampai ke hujung sekali singgah masuk kedai kasut Crocs ni. 

Lepas je kuar dari Crocs dia sibuk keluarkan seringgit, aku ingat nak pi beli air tin minum ermm rupanya ini keja nye.

duk leka baca apa yang kena buat

masukkan tangan untuk check blood pressure

pegang besi tu untuk check BMI plak

nampak tengah mengukur

pegang elok-elok

eh jangan lupa, masukkan duit dulu


Tak delah lama Mr Big kat mesin ni tapi aku pun naik leka gak menengok camne mesin ni berkerja.

ni hah resultnya

orang yang happy sebab dah kurus sket katanya

Aku rasa, result yang mesin ni tak mungkin accurate sangat but as a guideline bagus jugak tau, kita boleh monitor keadaan kesihatan badan kita. 

Jimat sket duit jumpa doktor tiap-tiap bulan kan! hehehehehhe

Tapi annual check-up jangan plak miss kang marah plak doktor tuh.

Aku? nanti aku buatlah ek... hehehhee...


Monday, March 26, 2012

Dinner @ Milwaukee Steak Corner , Not Bad Lah


Hi Korang,

Aku selalu makan kat sini but selalunya lupa nak amik gambo lah. Yelah perut dah lapo haruslah bedal tak henggat kan. So recently ni Mr Big ingatkan aku kalau nak buat food review sila amik gambo dulu sebelum makan and yes I did!

Ktorg suka makan kat Milwaukee Steak Corner ni coz ada live band dan jus kedondong asam boi yang mantop.


Restoran Milwaukee Steak Corner ni ber konsepkan western food. Ye sangat western tapi sesuai dengan harganya. 


Restoran ni 2 tingkat so yang tingkat bawah tu untuk yang nak lepak2 sambil isap rokok, tengok screen beso ke kan. Aku prefer duk tingkat atas coz ada live band dan berair-cond.

Meh tengok apa yang ktorg makan hari tuh.


Chuross ni as compliment masa tunggu food sampai, ala2 kepok gitu lah tapi ianya cam biskut.


Mushroom soup yang rotinya di jadikan mangkuk sup, by the time sup kering roti pun abis gak. Banyak plak tu.


Hah ini lah jus kedondong asam boi. Kalau cawan dah beso tu tau lah sape punya kan. Haruslah Mr Big, tengoklah saiz badan. Aku je minum blackcurrent comel tuh.


Big Bird Ostrich ni aku punya coz dah lama tak makan kan. Sedap dan lembut.


Mr Big punya Oscar Rib Eye Steak, siap ada udang beso tuh. 


Kat sini, sos or gravy di asingkan so pelanggan leh nak letak banyak ke sket kan. Kalau nak sedap lagi, letak sos keluaran Milwaukee Steak Corner ni sendiri sebagai penambah rasa. Ok gak lah.

Hah, korang mesti cam teruja kan bila tengok gambo yang ktorg makan tuh. So nak ke sini, alah senang je


Restoran Milwaukee Steak Corner
No. 13G, Jalan Kasturi 1,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
43200 Cheras, Selangor

Direction : Kat tepi jalan menuju ke Jusco Balakong, Seberang jalan tu ada kedai perabot banyak sangat. 

Tapi aku rasa ramai orang ingat, kedai ni kedai cina coz the decoration tuh nampak cam bar dan pub je but exactly langsung tak lah. Dari segi harga plak, tak de lah mahal mana pun berpatutan dengan hidangan lah. 

Kalau korang leh makan Tony Roman tu selalu, Milwaukee Steak Corner ni korang leh makan tiap2 bulan. Cuma bagi ktorg kalau dah teragak tuh, pi je makan kan bukan susah pun.

Enjoy!

CLP notes : Macam nak makan kat sini lah malam ni. slurrppp!!


Sunday, October 10, 2010

10 10 10 - Santai

Korang,

Mesti hari nie hari keramat bagi orang2 yang menunggu tarikh nie. Maklumlah time lah orang nak kawin, orang nak tunang, orang nak beranak, orang nak merisik dan memacam lagi lah. Pendek kata semua orang berebut2 nak tarikh nie.

Tapi bagi aku, tak de apa pun yang menarik. Sama seperti hari biasa je.

Mr Big dengan IPAD barunya

Lepak, lepak dan lepak jelah. Cuma ktorg berhang out di Starbucks je sampai petang lepas balik dari kenduri kawin tadi. Sekali sekala lepak kat sini,pekena coffee dan hot chocolate sorang secawan pun mantap jugak sambil tengok perangai orang yang lalu lalang bestlah..sampai boleh tetido lah aku dibuat dibuat lagu ala-ala reggee..


Dah puas lepak2, barulah ktorg start window shopping. Dari satu kedai ke kedai yang lain. Dan hasilnya dapat beli mentol lampu Philips, dapat 2 tabung free, beli sling bag utk mrbig punya Ipad, beli groceries sket dan beli solution contact lens.

So malam nie, ktorg plan nak buat BBQ kecil-kecilan sambil tengok Majlis Resepsi Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina Mohd Yunos kat Tv3 nanti. Anyway, korang boleh jugak tengok 'live streaming' kat http://apps.gua.com.my/sheikhmuszaphar/

Anyway, i like 10 10 10... Actually banyak meaning hari nie. Bukan nya di plan but tup tup terjadi plak...