Showing posts with label Ikan Bakar. Show all posts
Showing posts with label Ikan Bakar. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Menu Berbuka Orang Sakit

Hi Korang,

Kan Mr Big accident last week kan so haruslah tak boleh nak puasa.

Tapi 2 hari je dia tak puasa coz lelama nanti susah nak ganti katanya.

Selama seminggu nilah, aku duk masak something yang bersesuaian dengan keperluan makanan orang sakit. Yelah ko orang sakit mana boleh makan ikut sedap tekak je, kang lambat plak nak baik.

So inilah dia menu berbuka orang sakit.

Sup Cendawan

Masak tumis air je, setengah orang panggil cam tu lah. Senang buat sup. Tumis bawang merah dengan bawang putih. Naik bau then masukkan air sket coz cendawan sendiri pun ada airnya sendiri kan. Masak sampai air mendidih. Hah siap.

Ikan Bakar 
             
Haruslah ikan cencaru kan. Terbaek oo. Senang nak makan coz tulang beso-beso.

Sambal Belacan

Memang sesuai sangat kan. Kalau masak sambal tumis takut pedas plak. Yang aku buat ni tak berapa pedas.

Itulah dia resipi untuk orang sakit. Mudah lagi menyihatkan badan.

Korang pun bolehlah amik menu aku ni jadikan panduan ye

Monday, July 23, 2012

Lambaian Desa Buffet Ramadhan @ Palace Of Golden Horses Hotel

Hi Korang,

Terlambai-lambai rasanya aku nak citer mengenai buffet ramadhan 2012 di Palace of Golden Horses kat Mines ni. Pada minggu lepas sempat juga aku menghadirkan diri ke majlis food preview bagi Carousel Café ini.


Dengan bertemakan masakan kampong, rasanya aku memang enjoy menikmati pelbagai jenis makanan yang di hidangkan, dari pembuka selera, menu utama, hingga pemanis mulut sangat-sangat menepati citarasa aku yang memang sukakan makanan bergenre sebegini.


Daripada aku bercerita yang panjang, baik korang layan gegambar makanan ni dulu ye


























Memang terasa nak meleleh air liur bila tengok pelbagai jenis makanan ni semua kan tapi puasa kan so bersabarlah ye.

Kalau dah teruja sangat kan, jomlah kita ke sini ye



Lambaian Desa Buffet Ramadhan 2012

Date    : 21 July – 18 August 2012

Price    : RM 98++ per adult
             RM 68++ per senior citizen
            RM 48++ per child (5 – 12 years old)


* Free 1 person for every full-paying guests.

3% daripada hasil keuntungan akan disumbangkan kepada Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri di Dengkil, Selangor. Jadi sambil berbuka puasa kita beramal jariah. Anda juga boleh menghubungi En. Shukry (019-6539701) untuk menderma.



Lambaian Desa Buffet Ramadhan 2012
Carousel International Coffeehouse (LG level),

Palace of the Golden Horses,
Jalan Kuda Emas, MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Tel: 603-8946 4888



Kengkawan jom lah ye, memang makanan yang di sajikan adalah yang terbaik aku pernah rasa tau.