Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

Monday, May 11, 2015

Kerana Terpaksa Aku Relakan Jua

Hi Korang,


Sejak guna Apple 6 nie, aku dah jarang sangat bukak portable WiFi aku YES ni

Sebab dah guna DATA from Maxis so tak yahlah nak susah-susah bawak sana sini device ni kan. 

Ni nak citer sket huddle YES ni sangat-sangat berjasa pada aku selama 2 tahun ni. Kekadang tu certain-certain tempat yang LINE tak de tapi huddle YES ni full bar, tambahan pulak 4G tuh. So huddle ni aku share sebanyak 5 device, aku je dah 3 device (phone, ipad, laptop), Mr Big pulak tumpang sekaki kalau DATA dia dah sampai limit dan kekadang mama pun tumpang sekaki gak bila pi ktorang pi outing. 

Memang sangat bagus for outdoor kan. 

Kalau bawak pi event tuh, laju tu update status, post gambar kat Instagram, surfing cari jalan guna WAZE dan memacam lagi la aku guna.

nampak cam baru kan, padahal dah 2 tahun. Aku memang menjaga barang-barang. Charge pun dalam plastik lagi tau

Ni sebab dah tak pakai so terminate sajor lah. Semalam petang terus pi Lot 10 Bukit Bintang kat YES Centre untuk proses termination. Budak customer service tu tanya kenapa nak terminate, aku cakap nak pindah rumah dan kawasan tu pendalaman tak de line YES. Terus je budak tu senyap kan… hehehehhee alasan sangat…

Service memang tip top tapi rasa membazir pulak kalau sana bayar sini bayar tapi tak guna kan.

So selamat tinggal deviceku….


Monday, April 7, 2014

Shopping Di PIKOM PC Fair 2014


Hi Korang,

Lepas balik dari kenduri kahwin member ktorang semalam, trus je balik umah M.I.L kejap. Melawat orang tua coz lama nau tak balik ke sana. Jumpa memang selalu tapi balik sana cam dah kurang sket.

Lepak sejam dua pekena popia udang dan main The Voice App punya game then ktorang pun balik.

On the balik tuh, Mr Big cakap jomlah pi PC Fair. Lagipun memang lalu KLCC pun kan.

Macam biasalah PC Fair memang senantiasa penuh dengan orang. Ramai lagi mencari-cari gadget terkini tak pun aksesori dengan harga yang murah. Sana sini booth penuh je, tawaran yang hebat-hebat belaka.

Sebab ktorang tak de apa nak beli so just cuci mata dulu lah.


Jalan sana, singgah sini, tengok smartphone terbaru jenama OPPO ni cam best plak. Nak beli, rasa cam membazir coz berapa banyak phone yang nak pakai kan walaupun camera OPPO ni sangat awesome.

Sudahnya ktorang terbeli ni je

Powerbank (RM35) – Mr Big punya

Camera lens for smartphone (RM39) – Mr Big punya, aku boleh pau nanti

Sport FM (RM29) – Kalau nak pi jogging ke bersenam ke dah ade hiburan.

Logitech Keyboard (RM239) – Senang nak menaip untuk iPad Mini aku, travel penting ada menda ni

Mouse (RM5) – buat spare


Memory Card (RM14) – 4 GB sudah, buat spare gak.

Cable (RM10) – beli sebab cable ni berlampu bila charging

Earphone (RM10) – Untuk gantikan earphone kat opis dah tercabut tuh

Hah sudah banyak dah ni.

Asalnya nak cuci mata je, end up tershopping plak di buatnya. Itulah ktorang ni memang cam ni, pantang nampak menda pelik semua nak di belinya.

Dah penat tawaf satu convention centre tuh, sudahnya ktorang dinner je kat Pizza Milano KLCC. Makan tak hinggat uols. Spagethi sepinggan dan lasagna 2 pinggan. Giler melantak

Ok nanti sambung lagi..